UMNO Lebai Malang Memohon Restu Rakyat Lagi di Penanti

MNO oh UMNO! Setelah beriya-iya merayu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan “mohon restu rakyat” tapi ditolak kini terpaksa bertandang ke Penanti.

Apa yang pasti dari keputusan-keputusan pilihanraya semenjak 8 Mac tahun lalu, UMNO dan BN menongkah arus di tengah-tengah kebangkitan rakyat yang tidak berpihak kepadanya lagi menyebabkan ia tewas di dalam setiap kali berpilihanraya. Berjuta sudah dan akan terlokop, kata orang Johor.

Teringat GB akan kisah Lebai Malang. Dikatakan Lebai Malang tinggal di tepi sebatang sungai.

Alkisah tercatat pada suatu hari. Lebai Malang dijemput oleh dua orang penduduk kampung berhampiran untuk hadir ke majlis kenduri. Seorang di hulu dan seorang di hilir. Di hulu sajiannya ialah daging kambing. Di hilir pula disajikan ayam sebagai jamuan.

Setelah membuat perkiraan dan keuntungan perut untuk memilih hidangan yang bertepatan, maka direncanakan dalam jadual Lebai Malang untuk menghadiri kenduri di hulu terlebih dahulu kerana hidangannya adalah kambing. Sajian ayam dikemudiannya kerana tahap seleranya lebih rendah berbanding keinginan untuk melampiaskan selera dengan daging kambing.

Maka, bersusah payah Lebai Malang mengharungi arus menuju ke hulu. Kerana arusnya bertentangan, tempoh masa juga berpanjangan untuk tiba ke destinasi. Ternyata langkah Lebai Malang adalah langkah kiri. Kambing yang diidam-idamkan telah selesai dinikmati penduduk kampung. Walau terasa terkilan, Lebai Malang masih meletakkan harapan untuk menikmati jamuan di hilir. Agar peruntukan belanjawan kos makan pada hari itu dapat dikurangkan. Perjalanan ke hilir tidaklah sukar kerana selari dengan arus yang mengalir. Namun, kelewatan tetap berpihak pada Lebai Malang. Ayam juga telah tiada. Kasihan Lebai Malang. Kasihan. Lebai Malang yang malang. Lebai Malang.

Mungkin penilaian yang diberikan oleh khalayak adalah berdasarkan kepada pengajaran dalam kisah rakyat itu tadi. Dan samada ia bertepatan dengan apa yang saya ingin catatkan atau tidak ia persoalan yang boleh kita simposiumkan semula nanti.

Lebai Malang itu UMNO. Di dalam membuat sesuatu keputusan, Lebai Malang adalah satu watak yang membuat keputusan berdasarkan perkiraan nafsu dan seleranya semata-mata bukan kepada pertimbangan akal yang waras tetapi naif dan tidak mengambil kira faktor persekitaran yang ada.

Sebagai contoh di dalam kes krisis politik Perak. Yang dipenting ialah “merebut kekuasaan yang telah terlepas” dengan apa cara sekalipun (at all costs), nafsu dan seleranya begitu besar sehingga dijayakan satu konspirasi coup de tat tanpa mengira faktor persekitaran bahawa tindakannya “menentang arus” kebangkitan rakyat akan hanya menyeebabkan beliau pulang kelaparan.

Hakikatnya nyata, sewaktu air mengalir ke hilir dia ke hulu, semasa dia mendayung ke hilir seklipun bersama arus One Malaysia untuk memperdaya rakyat supaya nampak semacam sama dengan arus kebangkitan, UMNO-BN sudah terlambat.

Sekalipun segala tenaga dikerah untuk menentang arus dengan SPR, SPRM, Polis, Mahkamah, media massa malah istana juga namun tidak mungkin arus kebangkitan rakyat dapat dikalahkan. Itu satu bahagian. Kisah Lebai Malang ini ada sambungannya.

Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk kedalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badanya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik keatas pohon kayu yang berhampiran disitu. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala pekara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.

Maka bersuaralah sesetengah pemimpin UMNO bermentaliti rendah menyeru umat Melayu untuk bangkit dan bersatu dengan harapan sekalian Melayu di dalam PAS dn PKR akan dapat diapit di celah ketiaknya.

Rupa-rupanya Melayu-melayu yang disangkanya bodoh boleh mengikut sahaja kata-katanya untuk dijadikan mangsa kerakusan untuk melampias nafsunya untuk terus berkuasa sedangkan dirinya telah berbogel dengan segala isu seperti Perak, One Malaysia, Altantuya, Balkis, 10 Lesen Judi, katak-katak melompat, kedatangan semula si tua bangka mahazalim, penyalahgunaan kuasa, rasuah dalam parti dan sebagainya mengangkat tangan untuk menangkap melayu-melayu yang ada diketiaknya.

Melayu-melayu yang terperangkap tadi mujur jika menggunakan akal terbang lari pergi ke dahan pokok yang menghijau sebelum mangsa di Lebai Malang yang telah berbogel dengan pelbagai skandal itu.

Pulanglah Lebai UMNO ke rumah untuk kemudian dimarahi isterinya lantaran dilihat dalam keadaan berbogel itu. Demikian keadaan UMNO nanti di Penanti, menunggu masa untuk di hamun rakyat kerana ketamakan, kerakusan dan kebodohannya di peti undi.

Maka kemudian dinyanyikanlah orang lagu ini menggantikan lagu Warisan

Lebai nasib langkahan malang,
Kehulu hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.

Maka demikianlah ceritanya, dan di dalam cerita diatas Lebai Malang itu UMNO dan di bawah kisah UMNO itu Lebai Malang adanya.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: