Royalti Minyak – GEGAR desak Kerajaan Malaysia

Jerteh, BESUT – Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (GEGAR) mendesak Kerajaan Malaysia segera menunaikan janji dan tanggungjawabnya untuk membayar wang tunai kepada kerajaan di negeri-negeri

dari mana minyak telah dikeluarkan untuk kebaikan dan manfaat rakyatnya.

Pengerusi Bersama GEGAR, Dr Abdul Halim Bin Yusof (Gambar kiri – tiga dari kanan) dan Encik Moigahamad Fauzi bin Abu Samah (dua dari kiri) membentangkan lima hujah mengapa kerajaan Malaysia mesti mengembalikan wang royalti kepada negeri sebagaimana komitmen Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak, bapa Perdana Menteri Dato’ Seri Najib di Parlimen pada 12 Disember 1975.

“Selain itu, perjanjian telah dibuat pada 1975 antara Menteri-menteri Besar Semenanjung dengan Pengerusi PETRONAS untuk memberi 5% royalti kepada negeri.

”Dan berdasarkan niat dan amalan, Petronas telahpun membayar kepada kerajaan negeri Terengganu, Sabah dan Sarawak,”kata Mohamad Fauzi dalam sidang media yang diadakan disini semalam.

Menurutnya, pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 (United Nations Convention on the Law of the Sea) 1982 yang ditandatangani oleh Malaysia, yang menetapkan negeri mempunyai hak zon eksklusif ekonomi menjangkau jarak 200 batu nautikal.

Katanya, pernyataan yang menyatakan jarak tiga batu nautikal adalah mengelirukan kerana Akta Dharurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum masih tidak wujud.

GEGAR adalah badan NGO yang dilancarkan pada awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.

Kenyataan penuh GEGAR boleh di rujuk pada laman blog rasminya,

royaltirakyat.blogspot.com

Satu Respons

  1. Nikmat Allah hanya untuk melaksanakan hukum Allah dan kemuslihatan kearah kebajikan alam ciptaan Allah SWT bukan untuk memuaskan hawa-nafsu. Jangan jadikan kita diantara mereka yang kufur nikmat Allah SWT . Malulah kepada Allah apabila kita menggunakan nikmat Allah untuk melakukan maksiat. Semoga Allah memberkati perjuangan anda yang murni.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: