Tidak Cukup Hanya Mengawal Internet Dan Media

Penapisan Internet, media

KUALA LUMPUR 1 Mac – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim membayangkan akan berlakunya penapisan Internet, media dan komunikasi bagi membendung hakisan tamadun dan budaya tempatan. Menurut beliau, seperti perniagaan dan penulisan yang mempunyai had dan peraturan tersendiri, Internet juga tidak boleh dibiar sepenuhnya tanpa pemantauan dan kawalan.  “Seperti Facebook dan Twitter, kita tidak boleh terima bulat-bulat aplikasinya. Lihat bagaimana kanak-kanak boleh leka dengannya sehingga lupa membantu ibu bapa, mengaji (al-Quran) dan membaca buku.  “Tanpa kawalan, tanpa tanggungjawab di atas apa yang dilakukan dalam Internet (menulis blog atau menonton pornografi), bagaimana kita mahu membina sebuah negara, sebuah tamadun yang murni,” soalnya ketika ditemu ramah secara langsung melalui program Soal Jawab di TV3 malam ini.  Tegas beliau, dayus bagi rakyat negara ini jika mengatakan Internet itu bebas dan tidak boleh ada sekatan sedangkan pendedahan unsur lucah dan keganasan di kalangan generasi muda kini semakin teruk.

Sumber: Utusan Malaysia, 02/03/2010

Tidak Cukup Hanya Mengawal Internet Dan Media

Jika pihak kerajaan serius untuk menjaga masyarakat dari sebarang bentuk ancaman yang dikatakan boleh merosakkan rakyat dalam konteks tamadun dan budaya, maka suatu tindakan yang bersepadu mesti dilakukan. Janganlah ibarat sebuah rumah yang dikawal dan dijaga dari dimasuki pencuri tetapi malangnya hanya pintu depan sahaja ditutup sedangkan pintu belakang dibiarkan ternganga. Apakah tindakan menapis internet dan media ini cukup? Sudah pasti tidak!!

Ketika pihak kerajaan berusaha untuk mengawal internet dan media, ia dalam masa yang sama membiarkan tempat-tempat maksiat seperti kelab malam dan seumpamanya bebas beroperasi. Majlis-majlis hiburan yang bercampur dengan maksiat dibiarkan. Jelas sekali inil merupakan manifestasi ketidakseriusan pihak kerajaan dalam tindakan mereka untuk menjaga urusan rakyat.

Dalam menyentuh persoalan internet dan media, kita perlu melihat bagaimana Islam memandang isu ini. Bagi Islam internet dan media adalah persoalan yang terkait dengan ‘benda’. Di dalam Islam, segala hukum yang berkaitan dengan benda didasarkan kepada kaedah fiqih : al-ashlu fi al-asy-syaa` al-ibahah hatta yadulla ad-dalilu ‘ala at-tahrim. Ertinya, hukum asal sesuatu (benda/barang) adalah boleh, sehinggalah terdapat dalil yang mengharamkannya. (Imam Suyuthi, Al-Asybah wa al-Nazha`ir fi Al-Furu’, hal. 108; Imam Syaukani, Nailul Authar, 12/443). Yang dimaksud dengan al-asy-yaa’ [jamak dari asy-syai`] dalam kaedah ini adalah segala bentuk materi (zat) yang digunakan oleh manusia dalam melakukan perbuatannya [al-mawaad allaty yatasharrafu fiiha al-insaanu bi-af’alihi]. (M. Muhammad Ismail, Al-Fikr Al-Islami, hal. 41).

Maka dari itu sebenarnya internet dan apa-apa yang terbit darinya seperti laman facebook dan yang seumpamanya adalah mubah. Namun yang demikian hukum untuk internet ini dapat berubah menjadi haram, jika ianya digunakan untuk melakukan perbuatan yang diharamkan. Asas keharamannya adalah berdasarkan kaedah fiqih : al-wasilah ila al-haram haram. Ertinya, segala perantaraan yang membawa kepada yang haram, hukumnya adalah haram. (Al-Kasani, Bada`iu Ash-Shana`i’, 10/478; Izzuddin bin Abdis Salam, Qawa’id al-Ahkam fi Mashalih al-Anam, 2/402; Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah, I’lamul Muwaqqi’in, 3/345). Kaedah fiqih ini membawa erti bahawa segala sesuatu, baik ianya perbuatan manusia (al-af’aal) mahupun benda (asy-syai`), yang diduga kuat dapat menghantarkan kepada yang haram, hukumnya menjadi haram walaupun hukum asalnya adalah mubah.

Maka dari itu, internet hukumnya akan menjadi haram, jika digunakan untuk segala sesuatu yang menjurus kepada keharaman. Sebagai contoh, menggunakan internet untuk melakukan transaksi haram, seperti pelacuran ataupun untuk menyebarkan idea-idea kufur, seperti sekularisme, pluralisme, liberalisme, demokrasi, nasionalisme, marxisme, dan sebagainya. Kesimpulannya, hukum asal internet adalah mubah. Namun hukumnya menjadi haram jika ia digunakan untuk sesuatu yang telah diharamkan oleh syariah Islam. Oleh itu bagi memastikan negara dapat membuat kawalan agar rakyat bebas dari pengaruh unsur-unsur haram yang datang menyerang dari luar, maka tidak ada cara kecuali dengan menerapkan Islam secara sepenuhnya dalam kehidupan individu, masyarakat mahupun negara. Ini akan hanya muncul jika sistem Khilafah ditegakkan. Apakah Rais serius atau tidak?

IKLAN: http://musagdi.ws

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: