Era Najib Altantuya : Walaupun Dipinda, ISA Tetap Zalim – GMI

Selagi unsur tahan tanpa bicara masih dikekalkan, selagi itulah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikenali sebagai akta zalim yang menidakkan hak asasi manusia.

Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim syed Noh menasihati rakyat Malaysia agar tidak terkeliru dalam isu kezaliman akta penjajah ini. Beliau berkata demikian merujuk kepada pengumuman Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien bahawa tempoh siasatan tersebut akan dipendekkan dari tempoh sebelum ini iaitu selama 60 hari.

Menurut beliau, GMI tetap dengan pendirian bagi mewakili suara rakyat di negara ini yang mahukan akta kontroversi itu dimansuhkan sama-sekali dan bukannya hanya dipinda.

” Sebagimana yang kita katakan dulu, tak main la pinda-pinda ni. Kita kena mansuh terus. sekiranya ada aspek tahan tanpa bicara undang-undang itu sama seperti apa yang ada sekarang. Cuma dia nak pendekkan masa, dia nak tubuhkan satu badan menyiasatlah, tapi apabila ada lagi elemen tanpa bicara, ISA itu tetap ISA” kata Syed Ibrahim.

Katanya lagi apa yang cuba dilakukan oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien hanyalah sebagai langkah pengubahsuaian tetapi perkara pokok dalam akta tersebut tidak disentuh langsung.

Setiap warganegara, kata Syed Ibrahim, berhak diadili di mahkamah. Beliau percaya mereka yang berkepentingan dalam akta berkenaan seboleh-bolehnya tidak akan membenarkan akta tersebut dimansuhkan.

” Kita jangan terpedaya dengan apa saranan untuk meminda ini, selagi ada elemen tanpa bicara, pindaan tidak membuat pindaan yang menyeluruh dan dimansuhkan dan kalau pun ada undang-undang lain, boleh tetapi ianya mestilah ada elemen-elemen perbicaraan dan membenarkan proses perbicaraan serta mahkamah”.

Menurut beliau, kementerian yang berkenaan perlu lebih prihatin terhadap pemansuhan ISA kerana usul tersebut datangnya dari suara majoriti di negara ini.

Pada 1 Ogos lalu, kira-kira 30 ribu rakyat Malaysia berkumpul di hadapan Kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara sebagai membantah akta zalim tersebut.

” Mereka rasa mereka tidak perlu merasa tekanan untuk membuat perubahan, sebenarnya mereka memang tertekan kerana majoriti bukan sahaja orang Melayu tetapi orang Cina dan India memang setuju supaya undang-undang ini dimansuhkan. Jadi tekanan itu wujud tetapi untuk membuat pindaan dan sebagainya, mereka takut mereka nampak seperti rakyat tekan dan mereka terpaksa ubah”.

Advertisements

Pemuda PAS: Polis Enggan Serah Kad Pengenalan Peserta Anti-ISA

Tidak cukup dengan keganasan yang dilakukan terhadap orang awam pada perhimpunan aman anti ISA 1 Ogos lalu, polis sekali lagi menyalahguna kuasa dalam cubaan mengekang hak demokrasi rakyat untuk bersuara.

Terbaru, Dewan Pemuda PAS mendedahkan tindakan polis enggan menyerahkan semula kad pengenalan sebilangan besar peserta perarakan itu yang ditangkap walaupun mereka dibebaskan kemudiannya.

Sebaliknya polis mengarahkan mereka membuat laporan kononnya kad pengenalan berkenaan hilang.

Tidak ada alasan diberikan mengapa polis bertindak sedemikian, walaupun ia jelas melanggar undang-undang, kata Timbalan Ketua Pemuda PAS Azman Shapawi.

“Kami mendapat maklumat bahawa tahanan pada 1 Ogos berkenaan sebahagian besar daripada mereka, walaupun telah dibebaskan tetapi kad pengenalan mereka tidak diberikan semula oleh polis kepada mereka yang dibebaskan.

“Malah polis menasihati mereka supaya membuat laporan kad pengenalan berkenaan hilang. Pada hal Polis tidak meyerahkan kad pengenalan kepada mereka. Kita minta polis segera berbuat demikian tanpa mengenakan apa-apa syarat,” kata Azman.

Pemuda PAS Pusat sendiri mengesan sekurang-kurangnya tujuh orang dari Johor yang yang ditahan polis semasa himpunan berkenaan belum mendapatkan kembali kad pengenalan setelah dibebaskan.

Menurutnya, Pemuda PAS juga kesal dengan tindakan ganas polis terhadap orang awam pada 1 Ogos ternyata tidak profesional malah mengakibatkan peniaga mengalami kerugian besar.

Pada 1 Ogos lalu polis menahan secara rawak 589 orang termasuk ahli politik, wanita dan kanak-kanak yang dikatakan meyertai perhimpunan berkenaan. Ribuan rakyat disembur dengan air bercampur kimia dan ditembak dengan gas pemedih mata kerana mendesak pemansuhan undang-undang zalim ISA.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak-pihak tertentu yang menyebarkan surat palsu kononnya peniaga-peniaga di sekitar Masjid India boleh membuat tuntutan pampasan akibat perhimpunan itu kepada PAS.

“Surat ini kononnya ditandatangani oleh Nasaruddin Hassan Tantawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. Ini palsu kerana beliau bukan timbalan sebaliknya Ketua Pemuda,” katanya.