KETEREH, 29 Julai (Hrkh) – Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak akan menarik kenyataannya sebelum ini yang menyebut ‘pergi jahanamlah dengan Umno’ kerana ia dianggap wajar.
Menteri Besar Kelantan berkata, pemimpin Umno kelihatan kalut dengan kenyataan itu tanpa memikirkan tindakan pemimpin parti itu sendiri yang mencerminkan perkara tersebut.
“Umno langsung tidak pernah fikir ketika pemimpin parti itu memburukkan nama saya sebelum ini.
“Namun setelah pemimpin mereka ditegur sedikit riuh rendah jadinya,” katanya selepas menyampaikan sumbangan kepada 215 mangsa ribut di Kampung Buloh Poh dan Kampung Lancang petang tadi.
Beberapa pemimpin Umno termasuk Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Dr Awang Adek Hussin sebelum ini dilaporkan kesal dengan kenyataan Mursyidul
PAS berkaitan isu terbabit.
“Takkan saya mengeluarkan kenyataan yang agak keras tanpa sebarang sebab,” ujarnya.
Beliau turut mempersoalkan kenyataan pemimpin Umno yang mendakwa seorang tok guru yang bergelar ulama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Siapa ajar tok guru tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan Allah sendiri dalam al-Quran menyumpah manusia macam binatang.
“Ada juga ayat di mana Allah mengumpamakan manusia ini pekak, tuli, buta.
“Jadi sekiranya ada orang menghina kita, kita senyap tak berbuat apa-apa itu bukan merendah diri, tetapi menghina diri sendiri,” tambahnya. – mj _
Regim Bn ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata – mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.
Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata – mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah Anco Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa.Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.
Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN.
Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.
Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.
Najib, PM Malaysia berbohong lagi. Beliau menipu lagi rakyat. Beliau dakwa apakah salahnya BN dalam isu Perak. Sebentar tadi media TV3 suku bersekongkol menyiarkan kenyataan Najib yang menggambarkan ketololan itu.
Apa hujahnya sekalipun Penasihatnya Dr M. Sudah memperjelaskan bahawa UMNO BN gopoh dalam menawan Perak. Beliau tidak memperincikan, malah bagi UMNo yang terkenal dengan KMD(Kajian Masa Depan), SB, Perisik tentera, JKKK, UMNO Kg dan jentera Penerangan di Kementerian Penerangan yang dibayar gaji oleh ‘kita’ tetapi bekerja untuk BN UMNO masih gagal memberikan hujah-hujah yang menyakinkan.
Kalaulah itu, yang diambil kira kenapa dan mengapa Mahkamah Tinggi tetap kekalkan keputusannya bahawa Ir Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak yang sah. Apa hujah mereka. Kalau Mahkamah yang Adil lagi saksama pun mereka tidak ikut apakah mahkamah yang mereka mahu pakai dan guna. Mungkin mereka mahu gunakan Hakim Beruk dan Hakim Nafsu sebagai pegangan dan panduan mereka.
Semangat kedegilan, tidak hormat kepada semua institusi yang berbuat keputusan tidak menguntungkan kumpulan mereka, semua nya akan menjadi musuh mereka. Kita tunggulah Hakim Mahkamah Tinggi ini akan ‘diajar’ kerana gagal mengikut telunjuk mereka. Sifat pendendam UMNO adalah cukup lama. Dalam hal ini KSN pun akan ikut mereka.
Jika mereka buat apa sahaja kepada rakyat, itulah ‘keadilan’ dalam konteks penafsiran dan kehendak mereka. Maka semua keputusan tindak buat mereka tidak boleh dicabar. Sesiapa yang mencabar akan diajar akan cabaran seseorang itu. Walaupun atas apa nama tindakan, tindakan akan tetap mereka akan kenakan ke atas seseorang itu.
Kini, sultan diseret sama dalam masalah Perak. Menggambarkan sultan juga dungu dalam menafsir dan mengikut perlemabgaan Perak. Mereka memang sukakan kambing lebih-lebih lagi kambing hitam sesiapa sahaja sejak 50 tahun dahulu lagi. Itulah tabiat hodoh dan buruk UMNO. -perantaukite
Wan Nordin Wan Yaacob
Mon | May 11, 09 | 10:23:07 am MYT
Jelas, kekalutan yang berlaku 7 Mei sebelum dan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak berlansung adalah idea yang sangat bertentangan dengan semangat demokrasi.
Malah kedegilan Umno/BN yang berkeras mahu sidang dun diadakan hanya mengundang satu lagi episod malang buat Dun Perak yang semakin rumit.
Kekusutan BN melalui Menteri Besarnya, Dato’ Zambry Abdul Kadir dalam menyelesaikan kemelut rampasan kuasa hanya membungkam rasa benci rakyat yang meluap.
Akhirnya ia hanya memperlihatkan krisis politik yang tercetus awal Februari lalu terus berlarutan.
Di pihak BN sendiri seperti kata Ketua Penerangan BN Negeri, Dato’ Hamdi Abu Bakar bahawa beliau percaya akan ada pihak yang akan membawa isu berkenaan ke mahkamah berdasarkan perkembangan semasa.
“Mahkamah akan menjadi penentu. Saya fikir berdasarkan apa yang telah berlaku selama ini, isu lantikan telah dibawa ke mahkamah, soal SPR dibawa ke mahkamah, saya pasti akan ada pihak yang akan membawa isu hari ini ke mahkamah,” kata beliau.
Sidang Dun 7 Mei mencatatkan krisis yang lebih besar memandangkan BN mengemukakan usul pelantikan R.Ganesan selaku Speaker baru walaupun V.Sivakumar adalah Speaker yang sah menurut undang-undang.
Dalam pada itu BN turut meluluskan tiga lagi usul dalam ‘sidang’ yang diadakan dalam sidang Dun tersebut yang dibuat dengan pertindihan sidang dengan Speaker yang sah.
Malah Dun yang sepatutnya dirasmikan oleh Raja Muda Perak pada pukul 10 pagi tertanggguh beberapa jam dengan anggota Dewan bertikam lidah sehingga mencetuskan kekecohan.
Sivakumar yang memasuki DUN pada pukul 10 pagi terus menjalankan tugasnya dengan mengumumkan beberapa ketetapan mesyuarat sebelum sidang dirasmikan Raja Nazrin.
Antara ketetapan itu ialah memecat Zambry Abdul Kadir dan enam exconya yang telah digantung dari memasuki DUN.
Malah tiga Adun Bebas yang telah keluar parti masing-masing dan dikatakan telah meletakkan jawatan turut diarah keluar oleh Sivakumar.
Jelas seperti kata Adun Teja, Chang Lih Kang bahawa sikap yang diambil Adun BN tidak menghormati peraturan dewan dan mencemar nama baik dewan.
Jelas seperti kata beberapa penganalisisi politik dan pengamal undanbg-undang, rampasan kuasa di Perak hanya beban yang sangat besar kepada kemelut yang sudah lama berat dikandung negara ini.
Keputusan speaker hari ini boleh dipertikai dan dicabar hingga sudah tiada hak dan kebebasan Speaker lagi meskipun BN mengucapkan persoalan menghormati undang-undang.
Dalam kes Perak, suasana tegang di sini adalah jelas ‘signal’ rakyat yang sebenarnya bersetuju dengan cadangan Prof Aziz Bari bahawa DUN Perak perlu dibubarkan segera.
MNO oh UMNO! Setelah beriya-iya merayu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan “mohon restu rakyat” tapi ditolak kini terpaksa bertandang ke Penanti.
Apa yang pasti dari keputusan-keputusan pilihanraya semenjak 8 Mac tahun lalu, UMNO dan BN menongkah arus di tengah-tengah kebangkitan rakyat yang tidak berpihak kepadanya lagi menyebabkan ia tewas di dalam setiap kali berpilihanraya. Berjuta sudah dan akan terlokop, kata orang Johor.
Teringat GB akan kisah Lebai Malang. Dikatakan Lebai Malang tinggal di tepi sebatang sungai.
Alkisah tercatat pada suatu hari. Lebai Malang dijemput oleh dua orang penduduk kampung berhampiran untuk hadir ke majlis kenduri. Seorang di hulu dan seorang di hilir. Di hulu sajiannya ialah daging kambing. Di hilir pula disajikan ayam sebagai jamuan.
Setelah membuat perkiraan dan keuntungan perut untuk memilih hidangan yang bertepatan, maka direncanakan dalam jadual Lebai Malang untuk menghadiri kenduri di hulu terlebih dahulu kerana hidangannya adalah kambing. Sajian ayam dikemudiannya kerana tahap seleranya lebih rendah berbanding keinginan untuk melampiaskan selera dengan daging kambing.
Maka, bersusah payah Lebai Malang mengharungi arus menuju ke hulu. Kerana arusnya bertentangan, tempoh masa juga berpanjangan untuk tiba ke destinasi. Ternyata langkah Lebai Malang adalah langkah kiri. Kambing yang diidam-idamkan telah selesai dinikmati penduduk kampung. Walau terasa terkilan, Lebai Malang masih meletakkan harapan untuk menikmati jamuan di hilir. Agar peruntukan belanjawan kos makan pada hari itu dapat dikurangkan. Perjalanan ke hilir tidaklah sukar kerana selari dengan arus yang mengalir. Namun, kelewatan tetap berpihak pada Lebai Malang. Ayam juga telah tiada. Kasihan Lebai Malang. Kasihan. Lebai Malang yang malang. Lebai Malang.
Mungkin penilaian yang diberikan oleh khalayak adalah berdasarkan kepada pengajaran dalam kisah rakyat itu tadi. Dan samada ia bertepatan dengan apa yang saya ingin catatkan atau tidak ia persoalan yang boleh kita simposiumkan semula nanti.
Lebai Malang itu UMNO. Di dalam membuat sesuatu keputusan, Lebai Malang adalah satu watak yang membuat keputusan berdasarkan perkiraan nafsu dan seleranya semata-mata bukan kepada pertimbangan akal yang waras tetapi naif dan tidak mengambil kira faktor persekitaran yang ada.
Sebagai contoh di dalam kes krisis politik Perak. Yang dipenting ialah “merebut kekuasaan yang telah terlepas” dengan apa cara sekalipun (at all costs), nafsu dan seleranya begitu besar sehingga dijayakan satu konspirasi coup de tat tanpa mengira faktor persekitaran bahawa tindakannya “menentang arus” kebangkitan rakyat akan hanya menyeebabkan beliau pulang kelaparan.
Hakikatnya nyata, sewaktu air mengalir ke hilir dia ke hulu, semasa dia mendayung ke hilir seklipun bersama arus One Malaysia untuk memperdaya rakyat supaya nampak semacam sama dengan arus kebangkitan, UMNO-BN sudah terlambat.
Sekalipun segala tenaga dikerah untuk menentang arus dengan SPR, SPRM, Polis, Mahkamah, media massa malah istana juga namun tidak mungkin arus kebangkitan rakyat dapat dikalahkan. Itu satu bahagian. Kisah Lebai Malang ini ada sambungannya.
Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk kedalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badanya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik keatas pohon kayu yang berhampiran disitu. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala pekara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.
Maka bersuaralah sesetengah pemimpin UMNO bermentaliti rendah menyeru umat Melayu untuk bangkit dan bersatu dengan harapan sekalian Melayu di dalam PAS dn PKR akan dapat diapit di celah ketiaknya.
Rupa-rupanya Melayu-melayu yang disangkanya bodoh boleh mengikut sahaja kata-katanya untuk dijadikan mangsa kerakusan untuk melampias nafsunya untuk terus berkuasa sedangkan dirinya telah berbogel dengan segala isu seperti Perak, One Malaysia, Altantuya, Balkis, 10 Lesen Judi, katak-katak melompat, kedatangan semula si tua bangka mahazalim, penyalahgunaan kuasa, rasuah dalam parti dan sebagainya mengangkat tangan untuk menangkap melayu-melayu yang ada diketiaknya.
Melayu-melayu yang terperangkap tadi mujur jika menggunakan akal terbang lari pergi ke dahan pokok yang menghijau sebelum mangsa di Lebai Malang yang telah berbogel dengan pelbagai skandal itu.
Pulanglah Lebai UMNO ke rumah untuk kemudian dimarahi isterinya lantaran dilihat dalam keadaan berbogel itu. Demikian keadaan UMNO nanti di Penanti, menunggu masa untuk di hamun rakyat kerana ketamakan, kerakusan dan kebodohannya di peti undi.
Maka kemudian dinyanyikanlah orang lagu ini menggantikan lagu Warisan
KUALA LUMPUR: Jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan yang disandang Datuk Suhaili Abdul Rahman gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta-merta berikutan pendakwaan terhadap beliau di mahkamah.
Menurut kenyataan yang disiarkan dalam laman web Umno-online hari ini, pengguguran jawatan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Umno, Fasal 10.10.
Dua hari lalu, Suhaili, 48, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas tuduhan membuat kenyataan palsu kepada Mohd Naser Mohd Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran Syarikat Saraequity Sdn Bhd pada 3 Ogos 1995.
Mengikut pertuduhan itu, Suhaili didakwa memberi maklumat palsu kepada Mohd Naser Mohd Noor dalam akuan berkanun, menggunakan nama Ahmad Suhaily Abdul Rahman dengan kad pengenalan bernombor H 0552182.
Suhaili yang juga bekas Ahli Parlimen Labuan turut dituduh menipu Malayan Banking Bhd cawangan Kota Kinabalu sebanyak RM160,000 untuk membeli sebuah apartmen di Kota Kinabalu pada 1996.
Sementara itu, Suhaili ketika dihubungi di Labuan hari ini mengesahkan menerima surat pengguguran itu.
“Surat telah saya terima…surat yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan,” katanya.
Sambil meluahkan rasa kesal, Suhaili berkata beliau telah menemui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dinasihat supaya membuat rayuan.
Suhaili berkata pengguguran jawatannya itu sepatutnya dibuat hanya selepas dibincang pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti.
“Ia (pengguguran) juga dibuat sebelum saya diberi hak untuk membuat pembelaan diri,” katanya. – Bernama