Berdosa pilih perasuah jadi pemimpin – ulama

gdiKOTA BHARU, 6 Okt: Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.

Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.

Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.

Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).

“Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu,” katanya di sini.

Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan korupsi pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno.

Pengerusinya panel itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian Umno selama enam tahun terhadap Isa.

Sebelum itu pada perhimpunan agung Umno Isa menang jawatan Naib Presiden Umno. Bagaimanapun dia telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan rasuah (politik wang).

Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini Isa akan ditentang calon PAS, Mohamad Zulkefly Omar.

Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan.

“Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Taman Guru dekat sini, malam Jumaat lalu menjelaskan orang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan.

Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin. _

GMI ulas tangkapan 44 juvana

Walaupun Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah mengeluarkan panduan melarang juvana menyertai demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu, gabungan NGO itu bagaimanapun tidak dapat menghalang mereka hadir ke tempat awam, kata Pengarusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

“Kita tidak boleh hendak halang mereka ke tempat awam. Mungkin ada yang ikut ibu bapa mereka untuk membeli-belah,” kata ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan penunjuk perasaan anti-ISA yang membawa anak-anak mereka bersama dalam demonstrasi besar kelmarin.

Dalam perhimpunan besar 20,000 orang itu, polis menahan 589 orang penunjuk perasaan termasuk 44 juvana di bawah umur 18 tahun.

Pada 28 Julai lalu, GMI mengeluarkan panduan kepada peserta demonstrasi itu, antaranya larangan membawa kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Mengulas tangkapan juvana itu, Syed Ibrahim menyifatkannya sebagai satu penganiayaan dan tidak berperikemanusiaan.

“Kanak-kanak di bawah tanggungjawab keluarga mereka. Jangan diapa-apakan kanak-kanak. Ini tidak, ditahan dalam lokap tanpa wakil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sepatunya polis menggunakan budi bicara dan sifat perikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, sebagai salah seorang daripada 11 orang yang dicari polis berhubung demonstrasi itu, Syed Ibrahim berkata, beliau akan memberikan kerjasama sekiranya dipanggil secara betul.

“Saya tidak ada apa hendak lari. Kalau mereka perlu panggil untuk siasatan, kalau ada notis yang betul, kita akan datang,” tambahnya.

Setakat ini, katanya, beliau belum dihubungi polis bagi tujuan itu.

Kelmarin, polis dilaporkan ingin menyiasat 11 individu termasuk penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung perhimpunan Sabtu lalu.

Manipulasi kenyataan, Utusan kena bertanggungjawab

Royalti minyak, Kelantan mungkin guna mahkamah antarabangsa

Inkues : DNA tidak dikenali pada tubuh Teoh

SHAH ALAM, 30 Julai (Hrkh) – Prosiding perbicaraan inkues kematian pembantu exco kerajaan negeri, Teoh Beng Hock yang diadakan di Mahkamah Majistret disini semalam ditangguhkan kepada 5 Ogos ini.

Penangguhan ini dilakukan bagi membenarkan wakil peguam pemerhati keluarga Teoh dalam inkues, Gobind Singh Deo dan Sankara Nair, kerajaan negeri Selangor dan Majlis Peguam meneliti beberapa dokumen yang berkaitan dengan kematian pembantu exco itu.

Permohonan penanguhan ini dibenarkan oleh Koroner, Azmil Muntapha Abad dan menetapkan pada tarikh itu sama ada dokumen berkaitan dengan kematian Teoh boleh diberikan.

Menurut Gobind Singh Deo, ketika ditemui pemberita pada jam 12.30 tengahari, Mahkamah telah membenarkan penangguhan dilakukan selama seminggu untuk membuat kajian mengenai laporan forensik, postmoterm dan gambar-gambar dari rakaman CCTV.

“Mahkamah telah pun membenarkan penanguhan selama seminggu untuk pihak kami diberi peluang supaya mencari pendapat kedua dan juga untuk mengkaji dokumen-dokumen yang diserahkan kepada kami pagi tadi, termasuklah laporan forensik, postmoterm, laporan gambar-gambar CCTV dan sebagainya,” katanya.

Beliau berharap, dapat membuat apa yang perlu dalam tempoh ini supaya kes ini dapat diteruskan dan semua 77 orang saksi dipanggil termasuklah tunang Teoh, Soh Cher Wei yang ditemani keluarga.

Pihak Peguam Pemerhati juga difahamkan bahawa pihak polis dalam proses membuat perbandingan DNA. Ini adalah kerana, dalam siasatan tersebut menunjukkan bahawa terdapat satu DNA seseorang yang tidak dikenali terdapat pada tubuh Teoh Beng Hock.

“Kami rasa petunjuk DNA ini adalah amat penting kepada pihak kami. Kami harap bahwa laporan DNA ini juga dapat disiap dan diserahkan kepada pihak kami dalam masa seminggu ini,” katanya.

Dalam laporan polis itu, menunjukkan terdapat dua sampel lelaki DNA dikesan di pakaian Teoh namun, belum dapat dikenalpasti pemiliknya.

Pihak polis juga telah menjalankan ujian DNA kepada 90 individu untuk mengenalpasti pemilik DNA itu dan sedang dalam proses untuk mendapatkan ujian DNA daripada 12 orang lagi.

Teoh Beng Hock ditemui mati selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) selangor pada 16 Julai lalu, diatas tingkat lima, Plaza Masalam, disini, yang menimbulkan pelbagai persoalan.

Kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor ini mendorong kerajaan pesekutuan untuk menubuhkan satu Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes ini. – azm_

26 Organisasi Mahasiswa sokong himpunan mansuhkan ISA 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) – Sejumlah 26 organisasi Mahasiswa mengambil pendirian tegas menyokong perhimpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos (Sabtu ini).

Berikut adalah kenyataan bersama organisasi terbabit:-

Kami, gerakan mahasiswa dan mahasiswi yang bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan, mengecam sekeras-kerasnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta undang-undang lain yang berisfat anti hak asasi manusia dan anti demokrasi. Kami, sebagai gerakan mahasiswa dan mahasiswi yang bertunjangkan keadilan, atas dasar tanggungjawab kami kepada negara dan masyarakat dalam memperjuangkan prinsip-prinsip keadilan menyokong sepenuhnya matlamat serta perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI)

Kecaman keras kami terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) desakan-desakan serta sokongan kami terhadap matlamat dan perjuangan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di atas pertimbangan kami,berasaskan prinsip-prinsip keadilan yang menjadi tunjang kami serta tanggungjawab kami terhadap masyarakat dan negara berasaskan pertimbangan kami bahawa:

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan hak asasi manusia

Hak asasi manusia telah memberikan dan menjamin hak setiap individu atau kumpulan untuk bebas bersuara tanpa sebarang ancaman atau intimidasi atau tindakan-tindakan lain yang bermotifkan ugutan atau intimidasi daripada individu atau kumpulan-kumpulan lain.Hak asasi manusia juga menekankan pemberian dan jaminan terhadap hak untuk setiap individu atau kumpulan untuk dibicarakann atas kesalahan yang didakwa secara adil di institusi-institusi keadilan yang bebas dan berintegriti.

Hak asasi manusia turut memberikan dan menjamin hak untuk setiap individu untuk bebas daripada sebarang ancaman, ugutan, seksaaan atau mana-mana tindakan yang bermotifkan intimidasi atau ugutan atau ancaman daripada mana-mana individu atau kumpulan-kumpulan lain.

Namun begitu, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokarsi bukan sahaja telah merampas hak-hak tersebut daripada individu-individu atau kumpulan-kumpulan- kumpulan tertentu malah turut melegitimasikan tindakan-tindakan tersebut.Justeru, atas prinsip-prinsip keadilan yang dijunjung oleh kami serta adalam menunaikan tanggungjawab kami terhadap masyarakat dan negara, maka, kami mengecam dan menentang sekeras-kerasnya Akta Keselamatan dalam negeri (ISA) serta undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan memberikan dan menjamin serta melindungi hak asasi setiap warganegara Malaysia.Akta Keselamatan dalam Negeri sertaa undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokarsi bagaimanapun memberikan kuasa mutlak kepada individu-individu serta pihak-pihak berkepentingan sendidri untuk sewenang-wenangnya mencabul sebahagian atau semua hak-hak asasi individu-individu atau kumpulan-kumpulan lain.

Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokratik jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang telah memberikan, menjamin dan melindungi hak asasi setiap warganegaranya. Justeru, selaku gerakan yang bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan serta bertnaggungjawab terhadap masyarakat dan negara, maka, kami mengecam dan menentang sekeras-kerasnya Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokrasi.

Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bertentangan dengan Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (Universal Declaration of Human Rights)

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat merupakan satu deklarasi yang menjadi asas kepada komuniti antarabangsa dan komuniti lokal bagi membentuk dan mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabnagsa dan tempatan telah memberikan,menjamin dan melindungi hak asasi setiap individu dan kumpulan.

Sebarang tindakan dalam segala bentuk yang menyekat dan merampas sebahagian atau keseluruhan hak asasi manusia merupakan suatu tindakan yang betentangan dengan asas komuniti natabangsa dan komuniti lokal dan merupakan suatu bentuk pencabulan dan penindasan yang serius dan ancaman yang am,at besar terhadap keamanan dan keselamatan komuniti global dan tempatan.

Akta keselamatan dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokratik melalui peruntukan-peruntuk an di bawahnya bersifat opresif sdan jelas bertentangan dengan deklarasi ini.Justeru, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat nati hak asasi manusia dan anti demokrasi.Undang tersebut jelas sekali merupakan suatu pencabulan dan penindasan yang serius sera bertentangan dengan matlamat komuniti antarabangsa dan tempatan bagi mewujudkan sebuah dunia yang maan dan selamat.

Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) merupakan suatu bentuk ancaman yang serius terhadap prinsip dan amalan demokrasi.

Prinsip dan amalan demokrasimenjadi suatu basisi yang penting dalam pembentukan dan pembangunan Malaysia.Prinsip dan amalan demokrasi bertunjangkan kepada prinsip hak asasi manusia yang diberikan,dijamin serta diamalkan oleh mana-mana individu atau kumpulan tanpa sebarang intimidasi atau kekangan daripada mana-mana individu atau kumpulan.

Bagaimanapun, Akta Keselamtan Dalam Negeri serta undang-undang lain yang bersifat nati hak asasi manusia dan anti demokratik memberikan legitimasi kepada sebahagian individu atau kumpulan untuk mengintimidasikan dan menghalang individu-individu atau kumpulan-kumpulan lain untuk mengamalkan hak asainya sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Umum Hak Asasi Manusia.

Justeru, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokartik merupakan suatu bentuk ancaman yang serius kepada prinsip-prinsip serta amalan-amalan demokrasi yang menjadi asas kepada pembentukan dan pembangunan Malaysia dan komuniti antarabangsa,

Justeru,kami, gerakan mahasiswa dan mahasiswi yang berateraskan dan bertunjangkan prinsip-prinsip keadilan menuntut:

Pemansuhan Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bertentangan dengan hak asasi manusia dan demokrasi Perbicaraan terhadap individu-individu yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang lain yang bersifat anti hak asasi manusia dan anti demokrasi di institusi-institusi keadilan dan perbicaraan tersebut hendaklah dijalankan dengan bebas,adil dan penuh integriti tanpa campur tangan atau tekanan daripada mana-mana individu atau kumpulan

Pembebasan tahanan-tahanan Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) dan mana-mana tahanan undang-unfdang yang anti hak asasi manusia dan anti demokratik andainya tahannan-tahanan tersebut didapati ditahan tanpa sebab yang musabah atau diadapati tidak bersalah setelah dinilai dan dibicarakan oleh institusi keadilan yang bebas,adil dan berintegriti.

Kami turut menyeru individu-individu dan kumpulan-kumpulan yang cintakan keadilan,masyarakat dan negara untuk bersama kami dalam Perhimpuan Mega Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 sebagai tada solidariti dan sokogan terhadap perjuangan ini.

Organisasi Mahasiswa yang menyokong:

1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

2. Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)

3. Gerakan Mahasiswa Islam UUM

4. Gerakan Mahasiswa Maju UPM

5. Gerakan Mahasiswa Maju USM

6. Gerakan Mahasiswa Maju UUM

7. Gerakan Mahasiswa Maju NEC

8. Inter Varsity Council (IVC)

9. Ikatan Studi Islam (ISI) UKM

10. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa/i (JKMI)

11. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)

12. Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)

13. Majlis Pelajar Cina UTM

14. Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) UM

15. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UIAM

16. NEC Social Concern Group

17. Persatuan Bahasa Cina UM

18. Persatuan Bahasa Cina UUM

19. persatuan Bahasa Tionghua UPM

20. Persatuan Bahasa Tionghua USM

21. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

22. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM

23. Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UPM

24. Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia Cawangan Kedah (GBBM)

25. Pro-Mahasiswa (Pro-M) UUM

26. UUM Community Service Group

Sebarang pertanyaan sila menghubungi Ong Jing Cheng pada 012-7583779.

Ong Jing Cheng
Setiausaha Pentadbiran
Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA)
012-7583779
// <![CDATA[// <![CDATA[
var prefix = 'ma' + 'il' + 'to';
var path = 'hr' + 'ef' + '=';
var addy1975 = 'jingcheng85' + '@';
addy1975 = addy1975 + 'yahoo' + '.' + 'com';
document.write( '‘ );
document.write( addy1975 );
document.write( ” );
//\n
// –>]]>
jingcheng85@yahoo.com// <![CDATA[// <![CDATA[
document.write( '‘ );
// ]]>Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya // <![CDATA[// <![CDATA[
document.write( '’ );
// ]]>

Ong Jing Cheng
Secretary of Administration
Malaysia Youth And Students Democratic Movement(DEMA)
012-7583779
// <![CDATA[// <![CDATA[
var prefix = 'ma' + 'il' + 'to';
var path = 'hr' + 'ef' + '=';
var addy1975 = 'jingcheng85' + '@';
addy1975 = addy1975 + 'yahoo' + '.' + 'com';
document.write( '‘ );
document.write( addy1975 );
document.write( ” );
//\n
// –>]]>
jingcheng85@yahoo.com// <![CDATA[// <![CDATA[
document.write( '‘ );
// ]]>Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya // <![CDATA[// <![CDATA[
document.write( '’ );
// ]]>

http://demamalaysia.wordpress.com_

Wabak H1N1 makin serius, empat meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) – Seorang wanita berusia 20 tahun meninggal dunia pagi semalam akibat jangkitan selesema A (H1N1), menjadikan angka kematian di negara ini meningkat kepada empat orang sejak seminggu lalu.

Perkembangan ini disifatkan oleh pihak berkuasa kesihatan sebagai “membimbangkan”, lapor agensi berita.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dipetik berkata wanita yang mengalami masalah kegemukan mati di Hospital Melaka akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran, dan palitan tekaknya mengesahkan dijangkiti virus itu.

Pesakit mula demam, sakit tekak dan batuk sejak 16 Julai lalu, katanya lagi.

“Pada 8.30 malam hari yang sama kes dipindahkan ke unit rawatan rapi kerana mengalami sesak nafas dan memerlukan bantuan alat pernafasan, dan dua hari lepas, dia mengalami pelbagai komplikasi klinikal termasuk septicemia disebabkan oleh pneumonia, kegagalan buah pinggang dan kegagalan fungsi paru-paru sebelum meninggal dunia jam 9.40 pagi semalam,” beliau dipetik berkata.

Dr Mohd Ismail yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pandemik Influenza A (H1N1) berkata kes kematian yang semakin meningkat adalah “membimbangkan”, lebih-lebih lagi kerana ia disebabkan oleh rawatan yang lewat, sama ada disebabkan oleh pesakit yang lewat mendapatkan rawatan atau doktor yang gagal mengesan jangkitan itu lebih awal.

Tambahnya, mesyuarat hari ini mengambil ketetapan bahawa semuapengamal perubatan sama ada di hospital atau klinik termasuk swasta hendaklah memberikan tahap pemerhatian lebih tinggi kepada kes-kes pneumonia yang disebabkan oleh influenza A (H1N1).

“Kes-kes pneumonia terutama yang teruk hendaklah diuji kemungkinan jangkitan influenza A (H1N1),” katanya.

Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia teruk yang dirawat di hospital perlu diambil palitan tekak untuk ujian influenza A (H1N1) dan dimulakan rawatan antivirus serta diambil sejarah jangkitan penyakit seakan-akan selesema (ILI) dan influenza A (H1N1).

“Selepas berlaku empat kematian, saya harap orang ramai akan lebih berhati-hati. Jika ada yang tidak sihat dan mempunyai simptom seperti sesak nafas dan sebagainya, gunakan penutup muka dan segera dapatkan rawatan.

Dr Mohd Ismail berkata semua kes pneumonia yang teruk yang disyaki disebabkan oleh influenza A (H1N1) juga hendaklah diberi rawatan antivirus influenza dengan dos diganda.

Mengenai situasi semasa, Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 47 kes baru dilaporkan di seluruh negara dan kesemuanya merupakan kes tempatan.

Sebanyak 27 daripadanya meibatkan kejadian dari enam gugusan penularan baru, 10 kes dari lima gugusan sedia adam manakala 10 lagi dikelaskan kes-kes terpencil.

Semalam, seorang lelaki rakyat tempatan berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1) Khamis lalu.

Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal dunia pada 27 Julai jam 4.40 petang akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 12.35 tengahari Ahad.

Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat “pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut” selepas tujuh hari di unit rawatan rapi di hospital swasta di Subang Jaya.

Rakyat tempatan itu yang bekerja di Belgium pulang pada 4 Julai lalu mula mengalami demam serta batuk selepas bercuti bersama keluarga di Langkawi pada 13 Julai.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1). – azm _

Video: Pasca Muktamar:Hadi diaju 2 isu kontroversi

Bahasa Melayu di Malaysia, satu gambaran kabur – Pak Samad

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Hrkh) – Sungguhpun Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berucap sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Kajian Luar Beijing (BFSU) kepadanya semasa kunjungannya ke China baru-baru ini , ia belum dapat diterjemahkan bahawa terdapat bayangan beliau bersedia mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

Demikian antara pandangan yang diutarakan Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said sebagai ‘signal’ yang boleh disampaikan kepada kerajaan Malaysia apabila Najib berucap dalam Bahasa Melayu di sebuah negara yang mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan.

Jelas pejuang bahasa yang dianugerahkan Tokoh Bahasa pada Muktamar PAS ke-55 ini sewaktu dihubungi Harakahdaily, memandangkan Najib menerima ijazah doktor kehormat yang dikurniakan kepadanya, sudah tentu beliau menggunakan Bahasa Melayu dalam ucapannya.

“Penerimaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia belum lagi menentukan itu akan dilakukannya di Malaysia. Selain itu saya juga melihat gambaran yang agak kabur.

“Di Malaysia ini, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi kenyataan kadang-kadang kita dapati seolah-olah akan mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Tetapi kadang-kadang kita nampak seolah-olah ada keraguan akan menghapuskan PPSMI ini ,”tegasnya.

PAS kesal majikan larang pekerja bersolat

KANGAR, 23 Mei (Hrkh) – Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar (LPPB) PAS Pusat, Haji Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa kecewa dan mengecam tindakan sebuah syarikat MLM yang menghalang pekerja Islamnya daripada mengerjakan ibadah solat semasa waktu bekerja.

Dalam sebuah memorandum yang dikeluarkan, pihak pengurusan syarikat MP E-Worldwide Sdn Bhd telah mengeluarkan arahan berbunyi, “NOT APPROVED – PRAYER FOR MUSLIM STAFF DURING OFFICE HOUR” (Tidak Diluluskan – Waktu Solat Bagi Pekerja Muslim Semasa Waktu Bekerja).

Alasan yang diberikan ialah kesukaran untuk memantau pekerja Muslim yang berhenti untuk solat waktu tengahari dan petang. Pihak pengurusan telah memansuhkan masa untuk solat semasa waktu dan tiada pekerja yang dibenarkan untuk berhenti solat kecuali yang dibenarkan pada hari Jumaat dari jam 1.00 hingga 2.00 petang.

Mengulas perkara ini, Anuar berkata, pihaknya memandang berat arahan syarikat tersebut yang tidak membenarkan pekerjanya menunaikan solat yang kewajiban seorang Islam.

Kata beliau, perkara ini adalah serius yang tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan juga bercanggah dengan prinsip perlembagaan yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk mengamalkan agama masing-masing.

“Kita tak mahu perkara ini dibiarkan dan menuntut pihak berwajib mengambil tindakan segera dengan memanggil syarikat ini dan memberi amaran keras supaya tidak menghina Islam.

“Bukan sahaja Islam sebagai agama rasmi persekutuan, malah tindakan ini juga telah mencabul hak rakyat untuk mengamalkan agama mereka seperti yang dibenarkan oleh perlembagaan,” katanya.

Menurut beliau lagi, LPPB mendesak syarikat ini meminta maaf serta menarik balik arahan yang telah dikeluarkan itu.

“Sekiranya mereka tidak berbuat demikian kita harap pihak berkenaan mengambil langkah mendakwa syarikat tersbut mengikut undang-undang yang ada.

“Saya difahamkan bahawa syarikat ini adalah syarikat MLM dari Korea yang mempunyai cawangannya di sini. Perkara ini harus dipandang berat dan tak boleh dibiarkan kerana kita bimbang langkah sedemikian akan diikuti oleh syarikat lain pula.

“Kita tak mahu adanya majikan-majikan yang tidak menghormati kedudukan Islam di negara ini sebagai agama persekutuan dan sewenang-wenangnya mencabul dan merampas hak seorang Muslim utk menunaikan tanggungjawab hariannya.

“Kami sekali lagi mengecam dan menuntut pihak berwajib untuk mengambil tindakan segera ke atas isu ini dan ingin memberi amaran keras kepada syarikat atau mana-mana organisasi supaya tidak menunjukkan sikap biadap sebegini apatah lagi ke atas sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan turut memberikan hak untuk rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing,” tegasnya.

Calon PAS harungi banjir berkempen

Situasi terkini di Bukit Selambau

Terkini|BUKIT SELAMBAU, 7 April (Hrkh) – Semua pusat mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun N.25 Bukit Selambau mula dibuka jam 8.00 pagi tadi.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar membuang undi.

11.35 pagi: Keadaan lalulintas di sekitar pekan Sungai Petani, terutamanya Sungai Lalang dan Bukit Selambau mengalami kesesakan yang teruk.

11.22 pagi: Mafrel melaporkan FRU dikejarkan di SM Aman Jaya berikutan suasana tegang antara penyokong KeADILan dan BN.

Penyokong KeADILan tidak puas hati apabila BN cuba mengubah sebuah khemahnya agar diletakkan berdekatan dengan pusat pengundian. KeADILan hanya ada sebuah khemah di kawasan tersebut.

11.00 pagi: Harakahdaily dimaklumkan kira-kira 40 orang dipercayai pengundi hantu ditangkap dalam sebuah bas yang datang dari arah Perlis menuju ke Kuala Sin semalam.

Mereka ditahan oleh petugas Pakatan Rakyat kira-kira jam 3 pagi.Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Gurun.

10.25 pagi: Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari.

9.30 pagi: Harakahdaily dihubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya’akub Abu Seman yang bertugas di pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pakan Bukit Selambau melaporkan berlakunya kekliruan apbila SPR membenarkan dua laluan digunakan untuk memasuki pusat mengundi.

Pertamanya laluan utama menuju ke sekolah tersebut dan laluan kedua merupakan sebuah lorong kecil yang terpaksa melalui khemas petugas BN. Menurut beliau setiap kali pengundi yang mahu masuk ke pusat mengundi, mereka ditarik untuk melalui laluan tersebut.

Bantahan telah dikemukakan kepada SPR, namun SPR tetap membiarkannya. Bagaimanapun, petugas Pakatan Rakyat telah menghubungi wakil calon untuk membuat bantahan rasmi kepada SPR.

8.10 pagi: Calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada jam 8.10 pagi.

Beliau membuang undi di saluran 6 kira-kira jam 8.25 pagi.

Beliau yang ditemui wartawan sebelum masuk ke pusat mengundi menyatakan keyakinan akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

“Saya rasa begitu bersemangat pagi ini walaupun sedikit keletihan kerana berkempen ke sana-kemari. Apapun saya yakin dengan sokongan semua, kemenangan berpihak kepada kita,”katanya.

PRK ini diadakan berikutan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam. – mks._

Situasi terkini di Bukit Gantang

Terkini|BUKIT GANTANG, 7 April (Hrkh) – Proses pengundian bermula jam 8 pagi tadi. Keadaan cuaca di Bukit Gantang adalah baik.

1.00 petang: Keadaan trafik di jalan-jalan utama seperti Jalan Changkat Jering dan Jalan Simpang mengalami kesesakan teruk.

Hujan mula lebat. Keadaan ini mungkin mengganggu kelancaran pengundian kerana dijangkakan ramai yang berhasrat untuk keluar mengundi di saat akhir terutamanya sewaktu rehat ketika ini.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar mengundi.

11.15 pagi: Di Madrasah Al- Khairyah Addiniah, Kampung Larut Tin, Dun Changkat Jering, berlaku kekecohan waktu ketibaan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ismail Sabri antara peyokong BN dan PAS. Polis mengambil tindakan menyuraikan keadaan. Keadaan kembali terkawal.

10.30 pagi: Kenderaan yang dinaiki calon PAS, Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin telah dihalang oleh penyokong BN.

Beberapa penyokong BN dilihat menyerbu dan menendang kenderaan tersebut di Pusat Pengundian SK Ayer Puteh.

Tindakan tersebut telah menyebabkan kemarahan terhadap penyokong Pakatan Rakyat. FRU datang dan menenangkan suasana.

10.15 pagi: Di SMK Pengkalan Aor, Air Kuning (Dun Changkat Jering) berlaku kekecohan apabila penyokong BN menghalang petugas PAS berada berhampiran mereka.

Berlaku ketegangan apabila ada kalangan petugas BN yang mencurah air ke atas penyokong PAS. Polis dan FRU menyuraikan keadaan.

Di kawasan tersebut kelihatan ramai penyokong PAS yang menenggelamkan penyokong BN. 10.00 pagi: Hampir 20 peratus telah keluar mengundi di kawasan Bukit Gantang, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof

9.00 pagi: Kira-kira 10 peratus keluar mengundi di bahagian Parlimen Bukit Gantang. Calon BN, Ismail Saffian dan isteri mengundi di SK Panglima Bukit Gantang.

7.35 pagi: Calon Pas, Dato’ Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin serta penyokong berhimpun di Markas PAS, Jalan Air Kuning untuk melawat 34 pusat pengundian. – mks._

Najib bebas 13 tahanan ISA, benar terbit semula 2 akhbar

SERAH TUGAS…Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan Fail Meja YAB Perdana Menteri simbolik penyerahan tugas sebagai Perdana Menteri keenam kepada penggantinya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pejabat Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan tiga keputusan penting lewat petang semalam – menarik balik penggantungan dua akhbar terbitan Pakatan Rakyat selain membebaskan 13 tahanan ISA dan memulakan langkah mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ia merupakan pengumuman awal dibuat oleh beliau pada hari pertama – kira-kira 10 jam selepas dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

Daripada 13 orang itu, dua orang merupakan pemimpin Hindraf yang telah diharamkan hujung tahun lalu.

Dua pemimpin Hindraf itu ialah V.S. Ganapathy Rao and R. Kengadhedharan yang ditahan pada 13 Disember 2007.

Tahanan lain yang dibebaskan ialah tujuh orang anggota Darul Islam, tiga rakyat asing kerana memalsukan dokumen dan seorang anggota Jemaah Islamiah.

Anggota Darul Islam yang dibebaskan ialah Binsali Omar, A. Artas A. Burhanudin, Idris Lanama, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Pakana Selama, dan Mohd Arasad Patangari yang ditahan sejak 2006.

Tiga rakyat asing itu ialah Sundaraj Vijay (Warga India) dan dua warga Myanmar iaitu San Khaing dan Amir Hussain. Mereka ditahan sejak 2007.

Anggota Jemaah Islamiah yang dibebaskan ialah Wan Amin Wan Hamat yang ditahan sejak 2003.

Mereka dibebaskan berkuat kuasa serta-merta, kata Najib.

Difahamkan mereka akan keluar dari pusat tahanan Kamunting awal pagi esok.

mStar Online dimaklumkan keluarga pemimpin Hindraf akan menemui mereka awal pagi ini.

Pada 23 Mac lalu, Kementerian Dalam Negeri telah menggantung permit dua akhbar parti pembangkang iaitu Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengumumkan bahawa pihak kerajaan akan menarik balik larangan penerbitan sementara bagi dua surat khabar serta membebaskan 13 tahanan ISA berkuat kuasa serta-merta.

“Proses kajian semula terhadap ISA akan juga dimulakan,” kata beliau dalam perutusan khas sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri keenam semalam.

Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pukul 10 pagi semalam.

Pada asasnya, menurut Najib, kepimpinan yang bakal diwujudkan wajar membawa pendekatan baru, bagi menempa sebuah zaman baru, demi menjelmakan sebuah kerajaan yang mengutamakan prestasi berpaksikan keutamaan rakyat.

“Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional.

“Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik,” katanya.

Dalam hal ini, potensi golongan anak muda akan dibangunkan kerana percaya merekalah generasi pewaris bakal pendidik, doktor, peguam, akauntan, saintis, jurutera, tokoh perniagaan, cerdik pandai dan saf pemimpin masa depan.

“Maka dengan itu, pada hari yang bersejarah ini saya berikrar untuk bekerja tanpa mengenal erti jemu atau penat lelah, berkhidmat dan membela untung nasib rakyat,” katanya.

Justeru kata Najib, beliau sedar sudah tepat masanya “kita mengambil langkah-langkah demikian untuk mengukuhkan lagi keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara serta mengembalikan keutamaan kita untuk menangani ancaman-ancaman yang dianggap merbahaya dan munasabah.”

Katanya, Kementerian Dalam Negeri akan memberikan butir-butir selanjutnya selepas ini.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno memberitahu, beliau menyedari bahawa sekarang adalah masa yang cukup mencabar bagi setiap warga.

“Saya komited memastikan kepimpinan terus berdiri teguh bagi menghadapi krisis ekonomi yang kini melanda seluruh dunia termasuk di negara kita.

“Saya akan tetap berpegang kepada iltizam untuk memenuhi keperluan, kepentingan dan aspirasi setiap warga Malaysia,” katanya lagi.

Malah beliau juga mengajak seluruh warga untuk sama-sama melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: “Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.”

Mengirai Najib

Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri

SEJAK beberapa malam dulu dan kemuncaknya hari ini semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir – sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai ‘dewa bangsawan politik.’

Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.
Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.
Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.
Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!
Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.
Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.
Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?
Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.
Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?
Tidak…. wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?
Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.

Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.

Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.
Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.
Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam membina negara dan nusa.
Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa hari ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.
Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini. [wm.kl. 10: 30 am 04/04/09]

Jenayah Babitkan Para Pelajar Meningkat!

Saturday, 04 April 2009 01:02

KUALA LUMPUR: Peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan lain-lain kesalahan jenayah membabitkan pelajar yang meningkat membimbangkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Selain peningkatan dalam kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Musa berkata, sepanjang 2007, 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan, manakala tahun lalu, jumlah kes jenayah meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes dengan 3,725 pelajar ditahan. “Ini satu perkembangan yang merisaukan dan perlukan tindakan segera bagi mencari jalan penyelesaian kepada perkara ini. Gejala ini boleh dibendung jika pelajar diberikan pendedahan, penerangan jelas mengenai kesan dan akibatnya jika terjerumus dalam kegiatan jenayah,” katanya ketika merasmikan Sambutan Ulang Tahun Ke-39 Pasukan Kor Kadet Polis di sini, semalam.

Perutusan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Abdul Samah Mat. Musa berkata, kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia turut menunjukkan pelajar cenderung untuk terbabit dalam aktiviti kurang sihat seperti mat rempit dan gengsterisme. “Hasil kajian itu menunjukkan 48.1 peratus mat rempit berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan. Jadi di sinilah peranan penting boleh dimainkan ahli keluarga dan anggota masyarakat untuk mengelakkan golongan ini tidak terus dibiarkan tanpa diberikan panduan yang betul dalam kehidupan mereka.

“Masalah gengsterisme yang dilaporkan semakin menular ke peringkat sekolah juga tidak boleh dipandang remeh.

“Unsur negatif semakin mudah menyelinap masuk ke sekolah, justeru saya meminta anggota Kor Kadet Polis yang kini sudah mencecah 89,110 ahli ini menjadi mata dan telinga polis,” katanya. Beliau berkata, Kor Kadet Polis yang dilantik perlu menyalurkan maklumat agar tindakan segera boleh diambil.

Sumber : Berita Harian:01/04/09

Apakah analisis yang kita boleh tawarkan berkaitan data stastistik di atas? Jelas sekali statistik peningkatan jenayah di kalangan pelajar sekolah seperti yang tersebut di dalam laporan di atas memberikan gambaran kepada kita bahawa masyarakat, terutamanya generasi muda kini semakin rosak. Bukan hanya golongan individu pelajar sahaja yang rosak bahkan masyarakat dan sistem yang diterapkan oleh pemerintah itu sendiri nampaknya juga rosak dan bermasalah. Di manakah peranan masyarakat dan negara dalam menangani persoalan di atas? Yang jelas, kedua-duanya telah gagal dan terus gagal. Islam telah menjelaskan bahawa ketiga-tiga elemen di dalam masyarakat, iaitu individu, masyarakat dan negara perlu berperanan untuk memastikan rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni.

Untuk memperbaiki masyarakat, kita perlu memahami takrif masyarakat itu sendiri. Menurut Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, sekelompok manusia itu dapat dikatakan sebagai sebuah masyarakat apabila ia memiliki pemikiran, perasaan, serta sistem/aturan tertentu. Sebuah masyarakat yang berideologi merupakan masyarakat yang mendasari ketiga-tiga elemen di atas dengan suatu asas yang serupa. Dengan kesamaan ini, manusia kemudian berinteraksi sesama mereka berdasarkan prinsip dan kemaslahatan yang digariskan oleh asas tersebut. Oleh kerana itu bagi mereka yang ingin memperbaiki masyarakat maka mahu tidak mahu mereka perlu memperbetulkan elemen-elemen yang membentuk masyarakat itu sendiri – pemikiran, perasaan dan sistem yang diguna pakai. Persoalannya adalah, apakah ini yang sedang diubah dalam masyarakat hari ini dalam mencapai kemuliaan dan akhlak yang tinggi? Bagi seorang Muslim, hanya Islamlah yang dilihat sebagai satu-satunya penyelesaian yang terbaik untuk manusia. Asas yang menjadi penyokong bagi ketiga-tiga elemen masyarakat tadi haruslah asas yang didasari oleh akidah Islam.

Masyarakat Barat, yang kononnya merupakan masyarakat yang bertamadun dengan segala kehebatan yang diagung-agungkan, telah gagal dan akan terus gagal untuk selama-lamanya dalam membina masyarakat yang mulia dan berakhlak. Apa yang menyedihkan adalah kita sendiri telah mengadopsi asas pemikiran, perasaan dan sistem yang diwarisi oleh Barat ini dan akibatnya, kita juga tersungkur dalam membina masyarakat yang mulia dan berakhlak. Apakah bagi kita saat ini tidak cukup lagi ayat-ayat al-Quran untuk menjadi peringatan kepada kita semua?

“Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta”. [TMQ Thaahaa(20):124]

Pemimpin Malaysia Perlu Ahli Tafsir Perlembagaan atau Ahli Tafsir Al-Quran?

Saturday, 04 April 2009 00:58

KUALA LUMPUR, 30 Mac – Kerajaan tidak bercadang mewujudkan Mahkamah Perlembagaan memandangkan terdapat peruntukan memadai yang memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi mengendalikan sesuatu kes yang menyentuh Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri-negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, semua Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa kes berkaitan tafsiran Perlembagaan Persekutuan atau perlembagaan negeri-negeri.
Menurutnya, Mahkamah Tinggi juga mempunyai bidang kuasa mendengar apa-apa kes yang berkaitan atau berbangkit mengenai Perlembagaan Persekutuan dan perlembagaan negeri.
“Rayuan boleh dibuat terhadap kes yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

“Mengikut Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan mengenai kuasa menyelesaikan kes yang berkaitan di Mahkamah Tinggi,” katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian dalam jawapan kepada soalan asal Senator Datuk Ahmad Rusli Iberahim di Dewan Negara di sini hari ini mengenai keperluan mewujudkan Mahkamah Perlembagaan berdasarkan suasana masa kini dan kedudukan masa depan.

Jelas beliau, mengikut Perkara 130 Perlembagaan, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa memberi pendapat tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan yang telah berbangkit, atau yang tampak pada Yang di-Pertuan Agong mungkin berbangkit.

“Setelah Yang di-Pertuan Agong merujuk soal tersebut kepada Mahkamah Persekutuan, mahkamah itu hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujuk itu di mahkamah terbuka,” katanya.
Kepada soalan tambahan Ahmad Rusli, Mohamed Nazri menjelaskan, tidak berbangkit soal kurang kepakaran atau kurang hakim mendengar kes perlembagaan kerana terdapat 50 atau 60 hakim Mahkamah Tinggi.

“Kita tidak menghadapi masalah kurang kepakaran dan hakim dalam menentukan soal perlembagaan ini,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia, 31/04/2009

Pemimpin Malaysia Perlu Ahli Tafsir Perlembagaan atau Ahli Tafsir Al-Quran?

Pemimpin-pemimpin negara kecoh bila perlembagaan Malaysia tidak dapat ditafsir mengikut kehendak parti pemerintah, dan kecoh juga bila undang-undang tubuh  negeri tidak dapat mengikut telunjuk pihak yang gilakan kuasa dan mengesahkan secara pasti ‘rampasan kuasa’ oleh puak-puak yang terdesak. Inilah fenomena yang berlaku dalam masyarakat yang tamakkan kuasa, yang mana mereka melihat kuasa politik adalah senjata untuk mempersiapkan diri, mengumpul kekayaan dan menajamkan taring, sedangkan dalam Islam kuasa politik adalah tanggung jawab yang boleh membawa seseorang  itu ke syurga ataupun ke neraka. Begitulah beratnya tanggung jawab mengurusi umat dengan hukum-hakam Islam.

Kepada pemimpin yang terlibat dalam penipuan wang rakyat dan kaki rasuah ingatlah sebuah hadis  dari Abu Ya’la  (ra) bahawasanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda “Seseorang yang memimpin kaum Muslimin dan dia mati sedangkan dia menipu mereka (umat) maka Allah akan mengharamkannya masuk syurga.” [HR Bukhari & Muslim]

Pemimpin sekarang sibuk memikirkan bagaimana mereka boleh membuat penafsiran perlembagaan yang tepat untuk tujuan mentadbir negara sedangkan pada masa yang sama mereka lupa untuk menafsirkan Al-Quran dan mengambilnya menjadi pentunjuk untuk kehidupan bersosial dan bernegera.

Ciri sistem orang-orang yang rosak ini telah dijelaskan dalam Al-Quran, yang mana mereka ini membina kebaikan atas asas yang rosak dan mereka mendakwa merekalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mencari-cari panduan dan memperbaikinya tapi saying sekali,  mereka telah melakukakan kesalahan sejak awal lagi.

‘Dan bila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: “Sesungguhnya kami dalah orang-orang yang mengadakan perbaikan”.  Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar’ [TMQ Surah Al-Baqarah (2) : 11-12]

Apakah belum tiba masanya untuk pemimpin kita bergerak menafsirkan Al-Quran untuk menjadikannya sebagai panduan hidup kita semua serta menjadikannya sebagai sumber perlembagaan dan perundangan negara? Ingatlah, Allah pasti akan menggantikan  kalian, wahai pemimpin yang lupa, dengan orang yang lebih baik dari kalian. Yang pastinya,  khilafah akan kembali ke pangkuan umat. Kaki rasuah, kaki mabuk, kaki perempuan dan kaki penipu akan dihinakan oleh Allah SWT, sebagaimana mereka (para pemimpin ini) dahulunya menghina para pendakwah yang ikhlas di jalan Allah.

Tun Mahathir Bantu Jentera BN

Saturday, 04 April 2009 01:22
SUNGAI PETANI, 2 April – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan akan turun membantu jentera Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, dalam tempoh terdekat.   Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien yang mengesahkan perkara itu berkata, kehadiran negarawan berkenaan amat dialu-alukan.  “Tun sudah menyatakan kesediaan untuk bersama kita. Di Bukit Selambau, beliau akan tiba pada hari Isnin tetapi masa belum ditetapkan lagi,” katanya.  Menurut Hishammuddin, kesudian Dr. Mahathir membantu jentera BN pilihan raya kecil kali ini juga mengembalikan kekuatan UMNO dan boleh menangkis tanggapan bahawa BN tidak bersatu.
“Inilah keramat UMNO dan BN kerana saya rasa bahawa di hati kecil Tun sendiripun, beliau tak mahu orang ramai tertipu dengan dakyah-dakyah kosong,” katanya.   Beliau berkata, kehadiran Dr. Mahathir juga boleh meyakinkan lagi pengundi terutama di Bukit Selambau bahawa rakyat tiada pilihan lain untuk mengecapi pembangunan melainkan memilih UMNO dan BN.

Sumber : Utusan Malaysia, 03/04/09

Dimana akhir-akhir usia mu?

Nampaknya UMNO semakin bersemangat apabila bekas presidennya Mahathir Mohammad dijangka akan turun untuk berkempen di kempen pilihanraya kecil Bukit Selambau. Diberitakan juga beliau akan turut turun berkempen di Bukit Gantang. Nampaknya usia bukan penghalang buat beliau untuk terus berjuang bagi membantu mempertahankan kedudukan UMNO yang nampaknya semakin parah. Satu kejutan memandangkan selama ini beliau sendiri mempertikaikan UMNO dan turut mengisytiharkan keluar dari UMNO.
Hakikatnya, sebagai seorang Muslim, kita perlu melihat untuk apa kita hidup di atas muka bumi ini? Apakah bukan untuk menjadi hamba Allah SWT?  Firman Allah SWT

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu” [Adz Dzariyaat(51):56].

Oleh itu, satu soalan yang sepatutnya beliau fikirkan ialah, apakah usia beliau yang masih berbaki ini akan terus digunakan untuk mempertahankan dan memperjuangkan faham ashobiyyah dan sekular yang menjadi dasar dan perjuangan UMNO selama ini? Mungkin kisah sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al Ansari, dapat memberikan iktibarnya kepada kita semua amnya dan khususnya kepada beliau sesuai dengan usinya.

Abu Ayub Al Ansari adalah seorang sahabat dari kaum Ansar. Rasulullah SAW pernah tinggal di rumah Abu Ayub ketika berhijrah ke Madinah. Meskipun umurnya sudah tua, namun Abu Ayub tetap berkeras untuk berangkat berperang untuk menawan kota Konstantinopel. Hatinya sangat yakin dengan Rasulullah SAW dan ingin menagih janji Rasulullah SAW sebagaimana tersebut dalam hadis baginda: “Konstantinople akan jatuh ke tangan seorang pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik.”  Setelah tiba di Konstantinople tentera Islam bergabung, pasukan dari Mesir diketuai oleh Uqbah bin Amir dan dari Syam diketuai oleh Fudalah bin Ubaid r.a. Barisan tentera Romawi amat besar sekali dengan kelengkapan perang yang jauh lebih hebat. Tentera Islam pun berbaris untuk menghadapi mereka. Tiba-tiba seorang lelaki dari kalangan tentera Islam telah menerjah masuk ke dalam barisan tentera Romawi. Melihat tindakannya itu, tentera-tentera Islam pun berteriak kepadanya:

“Maha Suci Allah! Dia mencampakkan dirinya ke dalam kebinasaan.”  Mendengar kata-kata mereka itu, Abu Ayub Al Ansari segera tampil lalu berkata, “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu mentakwilkan ayat ini dengan takwil yang seumpama itu. Kami lebih mengetahui mengenai ayat tersebut. Sesungguhnya ia telah diturunkan kepada kami golongan Ansar. Tatkala Allah menguatkan agama-Nya dan bertambah ramailah pengikutnya, kami telah berkata sesama kami secara rahsia dari pengetahuan Rasulullah SAW: “Sesungguhnya harta-harta kita telah terbiar, adalah elok kita tinggal di sana dan memperbaiki apa yang telah kehilangan dan kerugian terhadap harta-harta tersebut.”  Allah SWT berfirman:

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” [TMQ Al Baqarah(2): 195].

Ada pun kebinasaan itu adalah tinggal bersama kaum keluarga di mana kami telah berkeinginan untuk melakukannya, demi untuk memperbaiki harta benda kami. Maka kami telah diperintahkan untuk keluar berghuzwah (berperang). Demikianlah pendirian Abu Ayub, sebab itulah dia gigih berjuang walaupun umurnya sudah lanjut.  Dalam peperangan membebaskan Konstantinopel itu, syahidlah para syuhada bagai kembang-kembang berseri yang gugur di taman-taman syurga. Pada hari itu bermati-matian Abu Ayub bertempur dari terbit matahari sampai tenggelam. Akhirnya Abu Ayub jatuh sakit, terbaring lesu tidak dapat bergerak lagi. Tentera-tentera Islam datang melawatnya.  Setiap yang datang, akan mendoakan:

“Ya Allah, sihatkanlah ia dan sembuhkanlah ia.”

Mendengar doa itu, Abu Ayub menoleh kepada mereka dan berkata,

“Jangan doakan begitu. Tapi ucapkanlah, ya Allah, kalau ajalnya sudah dekat, ampunilah ia  dan berilah dia rahmat. Akan tetapi sekiranya ajalnya masih belum tiba, sihatkanlah dia dan sembuhkanlah ia segera dan berilah dia ganjaran.”

Ketika sakitnya semakin tenat, Abu Ayub berwasiat agar jasadnya dikuburkan di benteng Kota Konstantinopel. Diwaktu kematiannya(usianya ketika itu lebih kurang 80 tahun), peperangan masih bergelora. Jenazah sahabat yang mulia itu dibawa ke benteng Konstantinopel untuk dikuburkan. Ternyata beliau bukan orang yang dijanjikan Tuhan untuk menawan kota Konstantinople itu. Namun begitu, pahala untuk beliau tetap diganjari Allah SWT kerana cuba membuktikan Hadis Nabi SAW. Itulah yang menjadi kekuatan Abu Ayub untuk berjihad habis-habisan di kota tersebut. Setelah 800 tahun berlalu, Muhammad Al Fateh berjaya membebaskan kota itu pada tahun 1463M. Beliaulah yang menepati Hadis Nabi SAW tersebut.

Abu Ayub Al Ansari adalah salah seorang yang telah cuba membuktikan kebenaran Hadis Nabi itu. Ini diikuti pula dengan Muhammad Al Fateh dan beliaulah pemimpin yang dijanjikan Allah. Abu Ayub Al Ansari terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:

“Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Konstantinopel”.

Apakah kita juga menjadikan Hadis Nabi SAW sebagai pendorong untuk mengakhiri kehidupan kita ini sebagaimana sahabat Abu Ayub Al Ansari? Ataukah kita menjadi penerus kepada legasi Lord Reid?


Najib angkat sumpah esok

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri diadakan jam 10 pagi esok di Istana Negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, Mohd Sidek berkata, Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka jam 10 pagi ini untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.

Beliau berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam bahawa Seri Paduka sudah memberi perkenan itu ketika beliau menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat mingguan Kabinet.

“Yang di-Pertuan Agong juga sudah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara,” kata kenyataan itu. – Bernama

Beri sokongan penuh

Oleh Johari Ibrahim, Mohd Anwar Patho Rohman dan Mohd Hamizar Hamid
bhnews@bharian.com.my


ABDULLAH menandatangani pengesahan dokumen minit Mesyuarat Kabinet minggu lalu sambil disaksikan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet), Tan Sri Mazidah Abdul Majid serta Jemaah Menteri sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet, semalam.

Pak Lah tinggal amanat sebelum serah kuasa kepada Najib

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan Jemaah Menteri, sama ada yang baru atau mereka yang kekal dalam Kabinet selepas ini supaya memberi sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Datuk Seri Najib Razak yang akan menggantikannya sebagai Perdana Menteri.

Perdana Menteri turut berharap semua dasar yang diluluskan Kabinet ketika era kepemimpinannya, diteruskan demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Harapan itu antara amanat yang disampaikan Abdullah pada mesyuarat Kabinet yang terakhir dipengerusikannya di Putrajaya, semalam. Mesyuarat itu bermula kira-kira jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari.

Beberapa anggota Kabinet yang ditemui dan dihubungi selepas mesyuarat itu berkata, Najib selaku Timbalan Perdana Menteri turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghormatan kepada Abdullah atas sumbangan besarnya kepada negara.

Najib yang ditemui pemberita selepas majlis penyerahan peruntukan RM80 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bantuan Kerajaan di Putrajaya berkata, mesyuarat Kabinet yang terakhir dipengerusikan Abdullah berlangsung dalam suasana ‘sentimental.’

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebahagian besar daripada jemaah menteri turut diselubungi emosi.

“Pak Lah sangat terbuka (bercakap) mengenai apa yang sudah dilakukannya dan apa harapan beliau kepada kepemimpinan baru.

“Bagaimanapun, secara keseluruhannya, beliau (Abdullah) akan menyokong kepemimpinan baru dan sedia membantu jika diperlukan. Jika kita perlukan nasihat, beliau sedia memberikannya tetapi tidak akan campur tangan dan mengkritik,” katanya.

Najib berkata, beliau menghargai sikap Abdullah dan yakin Perdana Menteri akan terus memberikan sokongan berterusan selepas ini.

“Beliau bercakap dengan saya dengan nada yang sama sejak beberapa bulan lalu dan saya yakin beliau akan memberikan sokongan terhadap apa juga yang akan kita lakukan,” katanya.

Mengenai majlis perpisahan, Najib berkata kerajaan akan menganjurkannya sesuai dengan kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri sejak lima tahun lalu.

Najib juga berkata, Abdullah memintanya bersama-sama menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, hari ini bagi urusan penyerahan jawatan Perdana Menteri.

“Bergantung kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong, upacara (mengangkat sumpah) akan diadakan pada Jumaat,” katanya.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mesyuarat itu berlangsung dalam suasana agak muram dengan anggota Jemaah Menteri terharu mendengar amanat Abdullah.

“Kami merakamkan penghargaan di atas peralihan kuasa antara Abdullah dan Najib yang berjalan dengan lancar. Kabinet mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan permintaan beliau sudah diminitkan di dalam mesyuarat,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pula berkata Abdullah menyentuh mengenai kesinambungan yang perlu dilakukan oleh barisan Kabinet baru terhadap keputusan Jemaah Menteri sebelum ini.

“Kami rasakan apa yang dibuat Abdullah sebelum ini perlu diterima pakai sebagai dasar yang akan dilaksanakan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan yang dibentuk sepanjang lima tahun pemerintahannya.

“Abdullah turut memberi nasihat kepada barisan Kabinet baru untuk meneruskan dasar yang sudah dibuat walaupun selepas pertukaran Perdana Menteri dan dalam perkara ini kaedah pelaksanaan perlu dibuat mengikut kesesuaian Najib,” katanya.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Abdullah juga menekankan perkara yang cukup dekat di hatinya, iaitu berkaitan perpaduan rakyat majmuk.

“Saya terkilan kerana ramai sebenarnya yang masih tidak mengenali Abdullah seperti saya dan rakan Kabinet yang lain… jiwanya besar, hatinya bersih, dia seorang pemimpin yang jujur dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi.

“Menjadi harapan saya agar rakyat mengenang dan mengingati kepemimpinan beliau dengan nilai mulia ini,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata Abdullah tetap ceria tetapi beliau bercakap dengan nada lembut berbanding kebiasaannya.

“Boleh dikatakan perasaan Pak Lah bercampur-baur,” katanya ketika ditemui di lobi Dewan Negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata mesyuarat Kabinet semalam dimulakan dengan perbincangan mengenai proses dan program peralihan kuasa, termasuk penetapan tarikh serta masa majlis angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri.

Ia kemudian diteruskan dengan ucapan dan amanat terakhir Abdullah kepada Jemaah Menteri, diikuti ucapan Najib sebelum diakhiri dengan membincangkan kertas Kabinet.

“Mesyuarat Kabinet berjalan dengan selesa, tetapi `touching’ kerana ia mesyuarat terakhir Pak Lah,” katanya.

Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata amanat terakhir itu memberi kekuatan kepada semua bakal menteri di bawah kepemimpinan Najib nanti.

“Suasana agak sedih dan muram. Kami sudah seperti sebuah keluarga dan kita semua menerima hakikat bahawa kuasa itu adalah satu amanah yang berterusan,” katanya.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar, berkata Kabinet juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Abdullah di atas jasa dan pengorbanannya selama ini.