Anwar kesal pihak keselamatan ‘ganggu’ sambutan 10 tahun KeADILan

KUALA LUMPUR, 11 MEI (Hrkh) – Sambutan 10 Tahun penubuhan KeADILan peringkat Bandar Tasik Puteri terpaksa bertukar lokasi apabila pihak polis menarik balik permit yang telah diperolehi semenjak 5 Mei lalu dibatalkan sejurus pada hari program berkenaan malam tadi.

Menurut Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, beliau kesal dengan alasan polis mengikut arahan �politik atasan� yang meminta agar program sambutan 10 tahun berkenaan dibatalkan kerana penarikan permit berkenaan.

�Permit telahpun diperolehi sebelumnya oleh pihak penganjur pada 5 Mei 2009, tetapi dibatalkan pada saat akhir tanpa sebarang alasan munasabah. Pun begitu maklumat sahih mengesahkan ada arahan ‘politik atasan’ di sebalik tindakan rakus pihak keselamatan ini,� menurut Anwar yang dipetik daripada Suara KeADILan online.

Dalam kejadian 9 Mei lalu, polis telah menceroboh tapak sambutan berkenaan serta meletakan kira-kira lebih 50 anggota polis dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di kawasan berkenaan.

Tambah beliau anggota FRU yang muncul di tapak acara sambutan dengan diiringi anggota polis daripada IPD Gombak telah merampas bendera, kain rentang serta mengenakan sekatan jalan raya di kawasan sekitar Tasik Puteri menuju ke tempat di mana sambutan tersebut diadakan.

Anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang juga turut terlibat membuat rampasan dan menggagalkan acara tersebut walaupun ia mendapat dokongan kerajaan negeri.

Menurut Anwar beliau kesal dengan instrumen kerajaan termasuklah FRU dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertindak menggagalkan sambutan program ini semenjak jam 2 petang.

Jelasnya lagi, beliau dan pimpinan KeADILan membantah keras tindakan pihak berkuasayang jelas bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan rakyat untuk berhimpun dan bersuara

“Jika pihak berkuasa berterusan dimanipulasi sebegini rupa hanya demi melampiaskan nawaitu politik Umno-BN, janganlah sesekali kita pelik dan hairan kenapa jenayah ragut terus berleluasa, jenayah culik gagal dibanteras. Keselamatan politik Umno-BN nampaknya lebih penting daripada keselamatan rakyat terbanyak!” katanya lagi.

Walau bagaimanapun, sambutan berkenaan tetap terus diadakan walaupun terpaksa berpindah tempat ke Masjid Tasik Puteri, Rawang.

Majlis yang dimulakan dengan solat magrib berjemaah diikuti solat hajat dan tazkirah turut dihadiri hampir 700 jemaah walaupun terpaksa berpindah tempat.

http://www.harakahdaily.net

Pindaan Perlembagaan Parti Perkenal Pemilihan Terus

Parti  Keadilan Rakyat akan memperkenalkan sistem pemilihan akar umbi, atau grassroot democracy, bagi mengukuhkan urustadbir parti dan mencerahkan halatuju perjuangan.

Sehubungan itu, PKR bercadang untuk membenarkan kesemua 300,000 ahli di seluruh negara terbabit secara langsung dalam pemilihan pemimpin nasional.

Naib Presiden Sivarasa Rasiah berkata sistem pemilihan akar umbi ini adalah tujahan utama dalam strategi menerapkan nilai demokrasi dalam parti.

“Antara usul penting adalah melaksanakan sistem pemilihan terbuka menggantikan sistem perwakilan sedia-ada. Sistem ini membolehkan semua ahli PKR memilih pemimpin mereka dari peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat,” kata Sivarasa.

Kongres khas akan diadakan pertengahan tahun ini untuk perwakilan membahaskan pindaan-pindaan terbabit.

Sivarasa menjelaskan gejala politik wang yang dilihat dalam pemilihan parti politik lain khususnya Umno mendesak kepada pelaksanaan sistem demokrasi akar umbi ini.

“Kita juga berpendapat menyerahkan kuasa undi ke peringkat akar umbi dapat mengatasi politik wang yang menular dalam parti-parti lain. Kita tidak mahu gejala yang sama meresap ke dalam PKR,” tegas beliau.

Selain dari aspek pemilihan parti, Sivarasa berkata tempoh jawatan Presiden akan dihadkan kepada tiga penggal sahaja. Penggal penuh adalah 3 tahun.

“Ini satu lagi usul penting, dan diperkenalkan sejajar dengan seruan demokrasi yang kita canangkan. Melihat kepada kedudukan PKR hari ini, adalah penting untuk menampilkan imej yang PKR benar-benar komited kepada demokrasi,” katanya.

Sistem cawangan juga akan diaktifkan semula bagi mengukuhkan gerak-kerja parti di peringkat akar umbi dan masyarakat seluruhnya.

Selain itu, jawatan Naib Presiden ditambah dari 5 kepada 7, sesuai dengan kemajmukan PKR hari ini.

“PKR adalah satu-satunya parti yang benar-benar nasional. PKR mempunyai pembabitan dari semua kaum dengan pelbagai budaya dan agama, lantas barisan Naib Presiden perlu dibesarkan supaya PKR benar-benar mewakili aspirasi rakyat seluruhnya,” ujar Sivarasa.

Pelantikan ke jawatan kanan parti juga turut dihadkan bagi membuka ruang kepada lebih ramai pemimpin yang dilantik akar umbi PKR.

Sivarasa menjelaskan pindaan-pindaan ini perlu sesuai untuk PKR menghadapi cabaran politik Malaysia di masa hadapan.

Annuar Jangan Heret Politik Ke Dalam Padang

AKHIR-AKHIR ini sukan bola sepak Kelantan ada sikit kemajuan. Satu masa dulu pasukan bola sepak Kelantan tersenarai antara pasukan terbaik dan banyak melahirkan pemainan bertaraf nasional dan international.

Banyak pemain Kelantan mewakili pasukan kebangsaan. Bagaimana pun kecemerlangan itu tidak kekal ia menurun dan merudum sehinggakan bola sepak tidak lagi menjadi daya tarikan di Kelantan. Satu ketika sukan ini tidak lagi menjadi sebutan rakyat Kelantan kerana kemerosotan mutunya.

Tetapi akhir-akhir ini nama Kelantan dalam bola sepak bergema semula. Pasukan Kelantan perlahan-lahan melonjak dan kini berada dalam pasukan top dalam liga Malaysia.

Untuk perkembangan ini pujian langsung boleh diberikan kepada presiden KAFA, Annuar Musa (foto). Annuar lebih berjaya dalam bola sepak daripada politik atau pun dalam penanamam padi. Ada baiknya juga beliau kalah dalam politik kerana boleh memajukan bola sepak Kelantan.

Begitu juga ada baiknya beliau dilantik menjadi pengerusi KADA kerana prasarana KADA boleh digunakan untuk kepentingan bola sepak. Sebuah bangunan KADA di Kubang Kerian telah ditukar menjadi wisma KAFA, tempat pemain berkarokeo, berihat dan sebagainya. Apakah pengubahsuai bangunan ini tidak merupakan penyelewengan?

Alangkah baiknya kalau kesungguhan Annuar dalam mengolahkan bola itu digunakan untuk memajukan KADA. Nasib kira-kira 9,000 petani di bawa KADA masih lagi ditakak lama. Hasil jualan tidak meningkat, keluaran padi tidak bermutu, KADA hanya hidup ala kadar sahaja.

Projek mahu menjadikan KADA sebagai baloh negara juga masih tidak ke mana. Buloh untuk dibuat baloh sudah ditebang namun baloh tidak juga terbina. Jadi tinggal buloh kering dan Baloh Negara kering dalam impian. Maka impian menjadikan Kelantan sebagai traminal makanan negara hanya tersurat dalam kertas kerja saja.

Tidak payah cerita panjanglah kenapa Annuar lebih fokus dan berminat kepada bola sepak daripada penanaman padi. Bola sepak tidak payah turun ke bendang. Tidak payah harung baruh dan bercepuah dengan selut dan tahi lembu.

Urus bola sepak atas padang yang bersih berkilat. Mesyuarat di bilik berhawa dingin. Ada sponsor boleh cari duit seberapa banyak. Tidak macam KADA kerjanya lebih kepada kebajikan untuk memajukan petani. Kalau ada peluang untuk dapatkan duit pun menerusi kontrak kerja-kerja pembangunannya. Itu pun tidak seberapa. Siapalah nak sponser petani yang pandai menanam padi ratusan ribu ringgit?

Lazimnya kalau kita serius, beri tumpuan dan prihatin tinggi apa-apa kerja pun akan berjaya. Kenapa bola sepak berjaya kerana diberi tumpuan tinggi. Ada duit sikit makin berjaya. Begitu juga kalau Annuar tumpukan KADA seperit bola dia akan berjaya. Projek tanaman ubi kayu di Pasir Mas tidaklah mampus begitu saja. Tetapi kerana tumpuan di KADA hanya ketika menteri pertanian datang ke Kelantan saja, maka itulah jadinya. KADA tidak semaju KAFA.

Mengenai Annuar dan bola sepak ini sekali pandang beliau berjalan lurus. Tak nampak apa-apa agenda di sebalik penglibatannya itu. Tetapi lama kelamaan hakikatnya makin jelas dan makin nyata.

Kalau orang politik dia akan tetap berpolitik walaupun di mana mereka berada. Orang politik macamlah orang yang ketiaknya hampak dan hangit. Pergilah ke mana dan lumurlah dengan tanah liat atau daun sirih ia akan bau hangit. Kalau pun hilang tetapi kesan psikologisnya tetap ada. Begitu juga dengan Annuar lidah dan otak politiknya tidak pernah hilang. Di samping membangunkan bola sepak dia cuba memulihkan semula reputasi politiknya.

Sepatutnya dia sudah bersara dari politik. Sedekahkan masa dan tenaganya yang tersisa itu untuk rakyat dan negeri Kelantan. Kalau tidak boleh untuk petani, buatlah sukan betul-betul. Tumpulah dengan penuh ikhlas sebagai ibadat kepada rakyat Kelantan. Tidak salah, tolonglah Kelantan. Harapkan kepada kerajaan Pas Kelantan mereka pula tidak tahu bagaimana hendak mencari pahala menerusi sukan ini.

Apabila beliau mengulas mengenai rusuhan di stadium Sultan Muhammad ke IV beberapa hari lalu kononnya ada pihak yang merancang untuk menimbulkan huruhara kerana mereka tidak suka bola sepak, kenyataan itu sudah salah. Kepada siapa Annuar nak tunding terlunjuk lurus keliling berkaitanya itu?

Siapa yang nak kacau bola sepak? Orang Kelantan tidak kira Pas atau Umno bila pasukan mereka berlawan dengan negeri lain mereka akan bersatu. Jangan Annuar cuba menetaskan perasaan tidak senang di kalangan penonton, kerana ia bahaya. Apakah Annuar mendapati bukti jelas siapa yang mencetuskannya?

Pada saya kenyatan dan andaian Annuar itu kurang bijak. Beliau meletakkan dirinya dalam masalah dan kebencian orang lain.

Beliau patut meminta maaf dengan kenyataannya itu dan jangan sesekali cuba mengheret sentimen politik dalam sukan. Annuar harus ingat rusuhan atau kekecauan dan semangat fantik penyokong bola Kelantan adalah genetik, keturunan dari dulu algi.

Tahun 60-an dan 70-an lagi orang Kelantan sudah fanatik dengan bola sepak. Seingat saya kalau pasukan Kelantan bertemu dengan Terengganu maka akan adalah perbalahan di dalam padang dan diluar padang. Membakar bas pasukan pelawat juga satu kebiasaan di Kelantan.

Mereka akan sokong pasukan mereka habis-habisan dan mereka juga akan marah kepada pasukan mereka kalau kalah. Apa lagi kalau pengadil jelas tidak adil dan berat sebelah mereka akan mengamuk.

Sebagai penegrusi KAFA, sepatut Annuar ketahui dan pelajar sejarah serta latar belakang ini. Sekali lagi diulang jangan cuba mengheret sentimen politik dalam bola sepak, kalau Annuar mahu kekalkan penonton yang ramai menyaksikan Kelantan. Bukankah penyokong itu nandi kepada KAFA. [wm.kl. 8:00 am 12/04/09]

Siaran Langsung: Sidang Media Anwar Ibrahim Bersempena Perkembangan 3 Pilihan Raya Kecil.

08 April 2009


.fullpost{display:inline;}

Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media untuk mengulas perkembangan keputusan tiga pilihan raya kecil yang dijalankan semalam. Berikut merupakan butiran terperinci:Tarikh: 8 April 2009 (Rabu)
Masa: 11.30 pagi
Tempat: Ibu Pejabat KeADILan, Tropicana Damansara, Petaling Jaya

Anda boleh mengikuti siaran langsung di  www.justin.tv/anwaribrahim

Serikandi Keadilan, dikasari dan cuba di londeh seluar