Kebebasan Untuk Menghina Islam

Kartun hina Islam: Akhbar Denmark mohon maaf

COPENHAGEN 27 Feb. – Akhbar harian Denmark, Politiken semalam memohon maaf kepada umat Islam kerana menyinggung perasaan mereka berhubung kartun Nabi Muhammad yang disiarkannya pada 2008. Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyesal atas tindakannya menyiarkan gambar kartun itu.

“Kami memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung dengan tindakan kami mencetak semula gambar kartun itu,” ujar akhbar berkenaan dalam satu kenyataan.

Politiken adalah akhbar pertama Denmark yang bertindak memohon maaf secara formal kepada mana-mana pihak yang marah berhubung penyiaran kartun itu. Dalam permohonan maafnya, Politiken berkata, ia menyesal jika gambar kartun itu menghina agama Islam, namun mengatakan tidak menyesal menyiarkannya.

Ketua Pengarang akhbar itu, Toeger Seindenfaden, berkata, dia gembira dengan keputusan itu. “Kami kesal kerana menyebabkan umat Islam tersinggung walaupun ia bukan niat kami untuk berbuat demikian,” tambahnya. Persetujuan itu dibuat ekoran permohonan dikemukakan seorang peguam Arab Saudi, Faisal Ahmed Zaki Yamani terhadap 11 akhbar Denmark.

Dia menggesa semua akhbar berkenaan memohon maaf, berjanji tidak akan menyiarkan lagi gambar sama dan membuang kartun yang menimbulkan kontroversi itu dari laman Web mereka. Permohonan maaf dibuat Politiken itu dikutuk sekerasnya ahli-ahli Parlimen di Denmark yang menuduh akhbar itu tunduk kepada tekanan dan mengorbankan kebebasan bersuara yang dianggap asas demokrasi Denmark.

Beberapa akhbar Denmark yang lain turut mengutuk permohonan maaf itu namun mengatakan mereka tidak akan menyiarkan semula gambar kartun berkenaan. Sementara itu, Perdana Menteri Denmark, Lars Loekke Rasmussen berkata, beliau menolak untuk mencampurinya namun pada masa sama dipetik memuji kebebasan bersuara dan menghormati keputusan pengarang.

Sumber : Utusan Malaysia , 27/02/2010

Kebebasan untuk menghina Islam

Sudah terlalu banyak kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh Barat dimanifestasikan untuk menghina Islam. Sekiranya kebebasan bersuara benar-benar wujud, kenapakah tindakan mahkamah telah diambil terhadap sekumpulan pelukis berbangsa Arab yang menyiarkan kartun mempersoalkan peristiwa Holocaust di Belanda? [Rujuk Ulasan sebelum ini: http://www.mykhilafah.com/luar-negara/1649-holocaust-atau-hollow-cause%5D

Akhbar Politiken telah membuat pormohonan maaf kepada umat Islam, namun tindakan mereka dikutuk oleh beberapa akhbar Denmark yang lain dan juga dikutuk oleh ahli parlimen. Sekali lagi di manakah hakikat kebebasan bagi akhbar Politiken dalam meminta maaf terhadap kesalahan mereka menghina Islam?

Sekiranya Denmark benar-benar menghargai kebebasan bersuara, kenapakah mereka tidak boleh menyiarkan kartun yang mempersoalkan dan menafikan peristiwa Holocaust di dalam akhbar mereka?

Sesungguhnya kebencian dan tipu muslihat Barat terhadap Islam semakin hari semakin terbongkar. Malangnya, para pemimpin umat Islam masih mengharap kepada Barat dalam menyelesaikan segala permasalahan mereka, tanpa menghiraukan seruan di dalam al-Quran:

“Kebencian yang jelas diungkapkan dari lidah mereka, tetapi apa yang mereka sembunyikan di dalam hati mereka adalah jauh lebih buruk[TMQ: Al-Imran: 118]

Wa Allahu A’lam

http://www.mykhilafah.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: