Tindakan Disiplin Sekiranya Ahli PAS Terlibat Menceroboh Gereja

Shah Alam – PAS kesal berhubung tindakan menceroboh dan menyerang gereja yang berlaku dibeberapa tempat di ibu Negara kelmarin.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, ia akan menjadi lebih menyedihkan jika perkara tersebut dilakukan orang Islam sendiri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan program Taklimat Isu-isu penerangan PAS Pusat di Wisma MBSA disini, semalam (gambar)

Beliau menegaskan, Islam yang sebenar, mengajar manusia menghormati penganut agama lain termasuk rumah-rumah ibadat mereka walaupun dalam keadaan peperangan.

“Bila Islam diceroboh, berlaku peperangan, namun dalam peperangan sekalipun gereja perlu dipelihara,” katanya.

Bagaimanapun beliau yakin isu penggunaan kalimah Allah ini mampu diselesaikan dengan mengadakan dialog antara agama.

Katanya, dialog itu penting bagi memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung ajran Islam sebenar berdepan isu-isu berkaitan agama.

“PAS sedia berdialog, menghadiri majlis-majlis memberi kefahaman kepada rakyat,” katanya.

Beliau juga menyeru pihak media memberikan ruang diberikan kepada PAS bagi tujuan tersebut.

Apa yang berlaku katanya, kerana selama ini penyebaran ajaran Islam itu sendiri telah dikongkong dan ditutup.

“Saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan elok, syaratnya jangan ada yang tidak ikhlas untuk menangguk di air yang keruh, untuk dapat sokongan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, katanya, dalam menyampaikan kebenaran, PAS tidak melihat kepada sokongan rakyat, namun apa yang penting adalah kewajipan PAS menjelaskan kebenaran kepada masyarakat.

“Saya anggap ada pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan isu ini dan mengambil kesempatan dan meniupkan api supaya membakar,” katanya.

Jelasnya, kalimah Allah adalah kalimah yang benar, tetapi telah dihuraikan cara mencapai matlamat yang salah oleh pihak-pihak tertentu.

Ditanya sama ada PAS kan mengambil tindakan jika ahlinya didapati terlibat dengan demonstrasi isu kalimah Allah semalam, beliau menegaskan PAS tidak sampai berbuat begitu namun telahpun menasihatkan ahlinya supaya tidak terlibat dengan mana-mana bantahan isu itu.

Namun, sebaliknya, kata beliau, sekiranya ada ahli PAS didapati terlibat dengan insiden serangan ke atas gereja, PAS tidak akan teragak-agak mengambil tindakan seperti diperuntukkan perlembagaan parti.

http://buletinonline.net

Husam sekali lagi nafi akan letak jawatan

KOTA BHARU, 30 Dis: Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat Negeri, Datuk Husam Musa, hari ini menafikan beliau akan meletakkan semua jawatannya termasuk sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor.

Katanya, tidak ada sebab kenapa beliau harus berbuat demikian sedangkan pada masa yang sama beliau lebih menumpukan tuntutan royalti minyak dari Kerajaan Pusat.

“Lainlah kalau dah dapat royalti besok tuan-tuan buat rumous macam tu,”ujarnya sambil ketawa.

Katanya, akibat khabar angin sebagaimana yang didakwa dalam blog atau media itulah yang menyebabkan beliau membuat tuntutan saman dari pihak yang menyebarkan berita tidak benar.

Setakat ini beliau telah mengemukakan saman terhadap satu blog berhubung kes yang mendakwanya akan menerima wang dari Datuk Tamrin sebanyak RM15juta.

“Saya dah hantar surat saman kira-kira lebih sebulan lalu pada alamat di Klang, walaupun penulis blog terbabit orang Kelantan dan peguam saya memang dah saman dia. Dan dia ni kita dapati ‘cybers troopers Umno’,”ujarnya.

Beliau juga memberitahu, media seharusnya tidak menjadikan laman web atau blog tertentu khususnya yang didalangi pihak Umno sebagai bahan berita untuk siaran media.

Sambungnya, sebagai contoh sebuah akhbar harian hari ini yang mendakwa beliau telah menyindir keluarga Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga tidak benar.

“Tidak betul macam tu, kenapa saya nak sindir Tuan Guru, saya sendiri ada keluarga, ada adik-adik, bahkan adik saya sendiri pernah ditemuduga oleh sebuah agensi kerajaan negeri beberapa tahun lalu.

“Saya nasihatkan agensi kerajaan ni jangan ambil adik saya walaupun berkelayakan, saya lakukan demikian untuk menjaga imej kerajaan negeri disamping ingin mengelak tuduhan-tuduhan macam ni dari pihak yang tidak bertanggugjawab,”ujarnya.

Sambungnya lagi  tulisan dalam blognya sebelum ini bukan bermaksud menuding sesiapa, apa lagi kepada Tuan Guru.

Sambungnya, akhbar hari ini memetik kenyataannya dalam blog beliau itu kononnya menyindir Tuan Guru, seolah-olah ingin melaga-lagakan beliau dengan Tuan Guru.

Menurutnya, sebelum ini beliau pernah mengemukakan surat tuntutan saman kepada akhbar Utusan Malaysia dan New Strait Times (NST) berhubung perkara yang sama.

Ketika ditanya berhubung perkembangan tuntutan saman, beliau memeberitahu setakat ini NST mengemukakan kepada peguamnya untuk berunding awal tahun hadapan.

Ketika menjawab  jumlah tuntutan saman terhadap kedua-dua media terbabit beliau bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas berhubung jumlahnya.

“Saya memang tidak letak hargalah, hanya sekadar munasabah saja, lagipun apa yang saya lakukan sebagai pengajaran untuk para media sahaja, tidak lebih dari itu,”ujarnya lagi.

harakahdaily.net

Nik Aziz nafi: Husam letak jawatan dan dua pegawainya dipecat

Kelantan nafi tidak terima calon luar

Ucapan Penutup Tuan Guru Nik Aziz konvensyen PR.

sidang media konvensyen PR

Ucapan Presiden Konvensyen PR

Institusi Awam DiPerkosa, Umno Mengamalkan Politik Perkauman

KUALA TERENGGANU – Institusi Awam seperti Surhanjaya Pilihanraya (SPR), Institusi Kehakiman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini tidak lagi dapat berfungsi dengan bebas dan amanah.
Pengerusi DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing berkata Umno telah menyalahgunakan Institusi tersebut demi untuk mengekalkan kuasa mereka memerintah Malaysia.

”Dan semua Institusi ini telah diperkosa oleh Umno sehingga mereka (institusi awam) tidak dapat berfungsi sebagai satu institusi yang bebas dan amanah kepada rakyat,”katanya ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Hussein yang menuduh Pakatan Rakyat telah menjadi institusi awam sebagai sasaran serangan mereka. Teruskan membaca

Anti-GST sanggah kenyataan Menteri Kewangan Kedua

MP dakwa kronisme di Universiti Malaya

Timbalan Menteri Wilayah didakwa ugut penghuni setinggan

Nga Kor Ming Nafi Pertikai Peruntukan Bina Masjid

Era Najib Altantuya : Pemuda PAS serah memorandum undi pos Bagan Pinang

Era Najib : Rumah Terbuka Parlimen Malaysia 2009

Era Najib : PR sahkan kehadiran sidang Dun Perak 28 Oktober

Era Umno : Tuduh PR ganggu sidang Dun, Nizar selar kenyataan Najib

Berdosa pilih perasuah jadi pemimpin – ulama

gdiKOTA BHARU, 6 Okt: Kitab fiqah menyebut orang yang pernah terbabit dengan rasuah tidak layak untuk dilantik sebagai pemimpin.

Usahkan dipilih sebagai pemimpin menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri pun tidak layak.

Ini kerana kesalahan rasuah dikategorikan di bawah dosa-dosa besar.

Sedangkan syarat untuk melayakkan seseorang Islam menjadi saksi atau wali antaranya mesti berkelakuan adil, tidak bercakap bohong, tidak melakukan dosa besar dan tak mengekalkan dosa-dosa kecil.

Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, orang yang terlibat dengan rasuah dikategorikan sebagai fasik (rosak iman).

“Usahkan mahu dilantik sebagai pemimpin, menjadi saksi kepada perkahwinan pun tidak boleh bagi orang macam itu,” katanya di sini.

Calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Bagan Pinang, Tan Sri Isa Samad pernah disabitkan dengan kesalahan korupsi pada 24 Jun 2005 oleh Panel Lembaga Disiplin Umno.

Pengerusinya panel itu, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail menjatuhkan hukuman penggantungan keahlian Umno selama enam tahun terhadap Isa.

Sebelum itu pada perhimpunan agung Umno Isa menang jawatan Naib Presiden Umno. Bagaimanapun dia telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan rasuah (politik wang).

Pada pilihan raya kecil 11 Oktober ini Isa akan ditentang calon PAS, Mohamad Zulkefly Omar.

Ulama muda lulusan sarjana di Jordan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, banyak kitab fiqah menjelaskan orang yang terbabit dengan rasuah tidak layak untuk menjadi saksi bagi sesuatu perkahwinan.

“Kalau hendak menjadi wali bagi perkahwinan anaknya sendiri lagi tidak layak kerana tanggungjawab wali lebih besar,” katanya.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berceramah di Taman Guru dekat sini, malam Jumaat lalu menjelaskan orang yang pernah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan rasuah tidak boleh menjadi saksi perkahwinan.

Katanya, kalau menjadi saksi pun tidak boleh macam mana pula hendak dilantik sebagai pemimpin. _

Era Najib Altantuya : Harapan melihat Umno terkubur sejak tahun 60an – Nik Aziz

Era Najib Altantuya : Jakarta beri jaminan pelajar Malaysia selamat

Era Najib Altantuya : Isu Kartika: hukuman perlu diteruskan – Nik Aziz