Kenapa Keputusan Bukit Selambau Lewat?

DI BUKIT Selambau hujan masih turun. Keputusan pilihan raya DUN Bukit Selambau masih belum diumumkan lagi. Mengapa? Apakah ada sesuatu yang misteri berlaku di sana?

Kira-kira ham 9:00 tadi dua orang lelaki telah ditangkap dan diserahkan kepada polis kerana dikatakan membawa tong yang mengandungi kertas undi palsu. Sehingga ini belum dapat dipastikan apakah status dua lelaki berkenaan.

Sementara itu pelapor dari Bukti Selambau memberi tahu PKR dikatakan menang dengan majoriti 2,375 undi. Apa bila ditanya apakah keputusan sengaja dilewatkan, pelapor itu tidak menafikan dan ada tanda-tanda ke arah itu. [dlm perjalan 10:10 pm 07/04/09]

PKR mendahului di Bukit Selambau

07/04/2009 8:11pm

SUNGAI PETANI 7 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini mendahului Barisan Nasional (BN) di Bukit Selambau dengan memperoleh 1,712 undi berbanding BN 1,142 undi.

Keputusan awal tersebut adalah berdasarkan penjumlahan undi melibatkan 11 daripada 65 saluran mengundi sehingga kini. – Utusan

Situasi terkini di Bukit Selambau

Terkini|BUKIT SELAMBAU, 7 April (Hrkh) – Semua pusat mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun N.25 Bukit Selambau mula dibuka jam 8.00 pagi tadi.

12.20 tgh: SPR umum sebanyak 40 peratus telah keluar membuang undi.

11.35 pagi: Keadaan lalulintas di sekitar pekan Sungai Petani, terutamanya Sungai Lalang dan Bukit Selambau mengalami kesesakan yang teruk.

11.22 pagi: Mafrel melaporkan FRU dikejarkan di SM Aman Jaya berikutan suasana tegang antara penyokong KeADILan dan BN.

Penyokong KeADILan tidak puas hati apabila BN cuba mengubah sebuah khemahnya agar diletakkan berdekatan dengan pusat pengundian. KeADILan hanya ada sebuah khemah di kawasan tersebut.

11.00 pagi: Harakahdaily dimaklumkan kira-kira 40 orang dipercayai pengundi hantu ditangkap dalam sebuah bas yang datang dari arah Perlis menuju ke Kuala Sin semalam.

Mereka ditahan oleh petugas Pakatan Rakyat kira-kira jam 3 pagi.Kesemua mereka telah dibawa ke Balai Polis Gurun.

10.25 pagi: Timbalan Pengerusi SPR, Dato’ Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga pukul 10 pagi,sebanyak 20 peratus telah keluar mengundi. Beliau berharap bilangan yang keluar mengundi akan mencacah 50 peratus menjelang pukul 1 tengah hari.

9.30 pagi: Harakahdaily dihubungi Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Ya’akub Abu Seman yang bertugas di pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pakan Bukit Selambau melaporkan berlakunya kekliruan apbila SPR membenarkan dua laluan digunakan untuk memasuki pusat mengundi.

Pertamanya laluan utama menuju ke sekolah tersebut dan laluan kedua merupakan sebuah lorong kecil yang terpaksa melalui khemas petugas BN. Menurut beliau setiap kali pengundi yang mahu masuk ke pusat mengundi, mereka ditarik untuk melalui laluan tersebut.

Bantahan telah dikemukakan kepada SPR, namun SPR tetap membiarkannya. Bagaimanapun, petugas Pakatan Rakyat telah menghubungi wakil calon untuk membuat bantahan rasmi kepada SPR.

8.10 pagi: Calon Pakatan Rakyat, S. Manikumar memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada jam 8.10 pagi.

Beliau membuang undi di saluran 6 kira-kira jam 8.25 pagi.

Beliau yang ditemui wartawan sebelum masuk ke pusat mengundi menyatakan keyakinan akan memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih tinggi berbanding pilihan raya umum tahun lalu.

“Saya rasa begitu bersemangat pagi ini walaupun sedikit keletihan kerana berkempen ke sana-kemari. Apapun saya yakin dengan sokongan semua, kemenangan berpihak kepada kita,”katanya.

PRK ini diadakan berikutan perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam. – mks._

BUKIT SELAMBAU ; CERAMAH PR DIHALANG POLIS KERANA SEBUT NAMA NAJIB

Ceramah yang berlangsung di Bilik Gerakan Utama Taman Tengku Aminah Bukit Selambau yang di hadiri oleh pemimpin Pakatan Rakyat telah di ganggu oleh sepasukan anggota polis yang bertindak memberhentikan ceramah berkenaan beralasankan tidak boleh menyebut nama Najib Razak.

Ceramah yang dihadiri lebih kurang 3,000 penyokong Pakatan Rakyat pada awalnya berjalan lancar sehinggalah diganggu oleh pihak polis selepas penceramah pertama, YB Zuraida, Ahli Parlimen Ampang habis menyampaikan ceramahnya. Seorang anggota polis cawangan khas telah cuba menhentikan ceramah berkenaan dengan alasan tiada permit.

Namun setelah dibuktikan oleh pihak urisetia bahawa ceramah tersebut mempunyai permit barulah dibenar untuk diteruskan.

Orangramai semakin bertambah sehingga jumlah kehadiran mencecah 5,000 orang swaktu YB Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik) yang juga exco Kedah menyampaikan ceramahnya.

Ia diikuti dengan ceramah Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang mana ceramahnya mula diganggu oleh pemuda-pemuda MIC yang pejabatnya terletk lebih kurang 30 km di sebelah tempat ceramah.

Giliran R.Tangam kemudiannya menyampaikan ceramahnya yang menyentuh Datuk Seri Najib. Sebaik sahaja beliau tamat, sekumpulan 30 orang anggota polis telah menghalang program itu diteruskan dan meminta supaya diberhentikan yng menyebabkan timbul kekecohan.

Hasil perbincangan bersama YB Gobalakrishnan dan YB Sim, pihak urusetia bersetuju untuk menghentikan program sekalipun dibantah oleh orangramai. Orang ramai menjadi hairan mengapa pihak menganggu dan menghentikan program ceramah kempen pilihanraya Pakatan Rakyat berkenaan tanpa alasan yang menasabah.