Keputusan Pas pertahankan kerusi Bukit Gantang

07/04/2009 9:50pm

TAIPING 7 April – Keputusan rasmi pilihan raya kecil Bukit Gantang calon Pas mempertahankan kerusinya dengan majoriti 2789 undi.

Kiraan undi rasmi: BN 19,071 undi, Pas 21,860 undi manakala bebas 62 undi.

– Utusan

Dari Bukit Gantang

Keputusan Tidak Rasmi Mula Diketahui

[kemaskini] BUKIT SELAMBAU: Perkiraaan penjumlahan undi yang dilakukan setakat ini PKR telah mendahului UBN sebanyak 2,000 undi! Menurut laporan Setiausaha Umno Bahagian Pokok Sena, Ramli Mohd Yunus yang beliau perolehi dari laporan SB UBN kalah. Katanya banyak peti undi yang sudah diketahui PKR mengatasi UBN.

Keadaan di Bukit Selambau ketika ini juga dilaporkan hujan dan jalan spenuh sesak.

KIRA-KIRA dua jam lalu kesemua 36 pusat mengundi pilihan raya kecil P 59 Bukit Gantang telah pun ditutup. Para penyokong kedua parti yang bertanding telah mula beredar untuk meninggalkan Bukit Gantang menuju ke destinasi masing-masing. Dalam kepala masing-masing juga tertanya-tanya dan ternanti-nanti maklumat mengenai perkembangan hasil pilihan raya itu.

Seperti mana diumumkan peratus keluar mengundi meningkat sebanyak 3%. Peratus mengundi kali ini sebanyak 75.1% berbanding dengan peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu sebanyak 72.65%.

Peratus ini menyebabkan kedua pihak merasakan tidak begitu selesa dan bolehlah dianggap pilihan raya ini dalam keadaan sama berat dan sama ringan.

Saya telah menerima result sepnuhnya dikesemua daerah mengundi dari seorang penjenguk budiman blog ini. Keputuan itu dicatat berdasarkan pengundian pukul 2:30 petang tadi di mana peratus mengundi ketika 49.32%.

Sekiranya result ataupun keputusan itu tidak khilaf dan boleh diyakini pilihan raya Bukit Gantang seperti mana diramalkan berpihak kepada Pas. Pun begitu ia bergantung kepada aliran pengundian kira-kira 25.78% yang belum memangkah ketika itu.

Berdasarkan kepada keputusan itu juga menjelaskan bahawa pengundi Cina telah memihak kepada Pas. Boleh dikatakan semua daerah mengundi yang dimonopoli pengundi Cina dan pengundi Melayu di bawah 60% dimenangi oleh Pas.

Bagaimana pun seperti juga diramalkan pengundi Melayu masih bersama UBN. Mana-mana daerah mengundi yang dominasi Melayu 75% ke atas ianya dimenangi oleh UBN. Yang tidak mencemaskan Pas kekalahan Pas di kawasan Melayu tidak begitu besar.

Hanya beberapa buah daerah saja yang didominasi Melayu dimenangi oleh Pas.

Sementara itu ada beberapa keputusan awal telah diterima setakat ini; Kuala Sepatang Pas mengatasi UBN dengan majoriti lebih 1,500, di Sungai Rotan dan Kampung Cheh juga Pas menang tetapi dengan majoriti kurang 10 undi.

Manakala dari 12,036 undi yang telah dikira Pas telah mendahului UBN sebanyak 2,624 undi.
Jika trend ini berkekalan Bukit Gantang bakal dimiliki Pas dengan majoriti agak selesa. [btk. gantang 7:00 pm 07/04/09]

75 peratus mengundi di Bukit Gantang

07/04/2009 6:46pm

TAIPING 7 April – Peratus keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang adalah sebanyak 75.1 peratus atau 41,626 orang daripada 55,462 orang.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mahmod Morsidi berkata, jumlah tersebut adalah tinggi walaupun SPR sebelum ini menjangkakan jumlah keluar mengundi melebihi 80 peratus.

Katanya, keputusan pilihan raya ini di jangka dibuat sebelum pukul 10 malam dan mungkin lebih lewat jika ada pengiraan semula.

Sehingga kini, tiga peti undi termasuk undi pos tiba di pusat penjumlahan rasmi di Dewan Bandaran Taiping, di sini. – Utusan.

Bukit Gantang: 32 tempat mengundi akan dibuka mulai 8 pagi

TAIPING: Kira-kira sejam lagi mulai 8 pagi, semua 32 tempat mengundi dengan 111 saluran akan dibuka bagi membolehkan 55,563 pengundi pilihan raya kecil Bukit Gantang menunaikan hak masing-masing, hari ini.

Pengundi terutama kakitangan kerajaan dan swasta dijangka keluar mengundi lebih awal pada sebelah pagi dan tengah hari berikutan hari ini adalah hari bekerja di sini.

Keadaan cuaca pada pagi ini adalah cerah dan baik tetapi diramalkan mendung selepas dua hari lalu hujan pada sebelah petang.

Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian, bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mewakili Pas, manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris.

Hanya Ismail layak mengundi hari ini iaitu di Sekolah Kebangsaan Datuk Panglima Bukit Gantang, Changkat Jering.

Mohammad Nizar tidak mengundi kerana beliau pengundi di Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang dalam Parlimen Lumut manakala Kamarul Ramizu pula tidak mendaftar sebagai pengundi di mana-mana kawasan.

Hari Penamaan Calon Bukit Gantang: Umno/BN sokong Israel?

dsc_0490Selepas di”taruk” oleh kerana mempamerkan “Star of David”, mereka pun mematahkan sisi bawah lambang tersebut.

(Lambat update kerana tidak mempunyai masa dan kemudahan internet sebelum ini).

Posting Asal

Kita seringkali didendangkan dengan slogan-slogan Anti Israel oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Umno/BN. Malahan banyak kutipan wang telah dilakukan untuk mangsa-mangsa kekejaman Israel.

Di Bukit Gantang lain yang berlaku, lihat gambar dibawah:

Gambar diatas ialah rupa bentuk “Star of David” yang terdapat di bedera Israel. Lihat gambar bendera Israel dibawah:

israelApakah maksudnya semua ini? Mengapakah Barisan Nasional mempamerkan ini semua? Apakah dalam sembunyi kerajaan Malaysia mempunyai hubungan yang akrab dengan Israel?

P.59 Bukit Gantang: Mohon Restu Rakyat Slogan Kosong.

Ahli parlimen Lembah Pantai YB Nurul Izzah Anwar menyelar UMNO-BN menggunakan slogan “Mohon Restu Rakyat” di dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang melalui calonnya Ismail Safian untuk berdepan dengan calon PAS Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin.

Slogan yang indah itu tidak seindah dengan tindakan-tindakan yang dilakukan oleh UMNO-BN selama ini.

“Apakah mereka terfikir samada rakyat setuju bila harga minyak dinaikkan dulu pada 4 Jun 2008 walaupun sebelum pilihanraya umum (Mac 2008) Timbalan Perdana Menteri (sekarang PM) menyatakan harga minyak tidak akan dinaikkan, tapi sebaliknya yang berlau,” kata Nurulizzah membidas Najib.

“Samalah apabila mereka mengambil keputusan untuk merampas kerajaan negeri Perak apakah mereka memohon restu, menanya kepada rakyat di negeri ini, adakah rakyat bersetuju dengan keputusan tersebut,” tambahnya.

Beliau berkata, bila mereka mengambil komisyen RM500 juta untuk kapal selam apakah restu rakyat dipohon?

Dulu pada 2004 mereka menyerang DAP kerana kononnya DAP bersekongkol dengan PAS yang memperjuangkan negara Islam, kini mereka menyatakan PAS menjadi boneka DAP. Inilah propaganda jahat media massa arus perdana untuk mengelirukan rakyat. Mereka memainkan isu “derhaka” sedangkan mereka lupa di awal tahun 2008 merekalah penderhaka sebenar apabila berdemonstrasi di negeri Terengganu menghina Sultan Terengganu yang waktu itu adalah DYMM Yang Dipertuan Agong. Greenboc

Terbaru dari Bukit Gantang

Penyokong BN Gagal Pasang Poster

Satu kejadian tidak diigini hampir meletus di Batu 9, Kepala Bukit, Bukit Gantang gara-gara poster. Sekumpulan penyokong Pas telah menghalang penyokong BN yang ingin memasang bendera BN di Batu 9, Kepala Bukit.

Katanya perjanjian telah dipersetujui kedua pihak dengan pengetahuan pihak Polis mana-mana penyokong BN tidak boleh memasang bendera BN di kawasan itu kecuali oleh orang tempatan. Kekecohan itu berlaku apabila penyokong BN dari Gerik yang dipercayai mengambil upah untuk cuba memasang bendera BN di kawasan itu di halang.

Ketegangan berlaku selama 15 minit apabila lori berkenaan enggan meninggalkan tempat itu.
Kelihatan beberapa anggota Polis yang berada di tempat kejadian tidak dapat berbuat apa-apa