Skandal PKFZ: Bekas Jurutera KDSB Didakwa

Bekas jurutera dengan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), Laww Jenn Dong didakwa di Mahkamah Klang sebentar tadi terhadap 24 tuduhan menipu Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) berhubung skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Laww didakwa membuat tuntutan palsu kepada LPK sebayak RM116 juta antara 29 September 2006 hingga Mei 2008.

Mahkamah menetapkan 4 Februari sebagai tarikh perbicaraan dan Laww dibebaskan dengan ikat jamin RM250,000.

Khamis lalu, bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datin Paduka OC Phang turut didakwa pecah amanah membabitkan wang RM254.85juta.

Turut didakwa, Pegawai Ketua Operasi KDSB Stephen Abok yang menghadapi 2 pertuduhan membuat tuntutan palsu bernilai RM5.41juta dan arkitek Bernard Tan Seng Swee yang menghadapi 26 pertuduhan bernilai RM122.3juta.

http://www.tvselangor.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: