Polis cedera dirempuh mat rempit

KUALA LUMPUR 13 Dis. – Seorang anggota polis yang sedang bertugas dalam operasi sekatan jalan raya di Dataran Merdeka tengah malam tadi, cedera di tangan kirinya apabila dirempuh sebuah motosikal yang ditunggangi dua remaja berumur 18 tahun.

Anggota polis berumur 30 tahun yang berkawal lima meter dari halangan sekatan jalan raya itu cuba menahan kedua-dua remaja itu apabila mereka merempuh halangan tersebut, kata Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang kepada pemberita di tempat kejadian.

Chez Chiang mengetuai operasi kira-kira empat jam mulai pukul 12 tengah malam bersama pasukan trafik Kuala Lumpur, unit cegah samun, ragut dan seluk saku serta unit anjing pengesan (K9).

Beliau berkata, penunggang dan pembonceng itu yang melarikan diri selepas kejadian berjaya diberkas polis di kawasan Brickfields, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati penunggang motosikal itu tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan motosikal itu juga sudah tamat tempoh, katanya dan menambah, kedua-dua remaja itu yang tinggal di Negeri Sembilan, datang ke bandar raya untuk “merempit.” – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: