Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Apr 15, 09 | 12:03:03 pm MYT
KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh) – Pada 7 April yang lepas ketika ramai sedang memberikan tumpuan ke Bukit Selambau, Batang Ai dan Bukit Gantang, Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor telah turun ke Rembau untuk melawata Pusat Anak Permata Negara di Chembong.
Sempena kehadiran Rosmah itu iklan satu muka sebuah akhbar arus perdana telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk ‘memuja’ Rosmah yang sudi turun ‘mencemar duli’ ke Rembau, dakwa Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin.
Menurut sumber kata Badrul Hisham, akhbar itu mengenakan harga iklan untuk memuja Rosmah itu sahaja sudah berharga RM 45,786.
“Saya mengecam Kerajaan Negeri Sembilan kerana membazirkan sebegitu besar jumlah wang rakyat hanya untuk memuja dan mengambil hati isteri seorang Perdana Menteri. Itu baru iklan di akhbar itu sahaja bagaimana dengan iklan di akhbar lain?,” katanya.
Jumlah itu juga katanya tidak termasuk berapa perbelanjaan kain rentang, bendera dan lain persiapan yang menjurus ke arah pembaziran.
“Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Menteri Besar, Dato’ Seri Utama Mohammad Hasaan pernah dilaporkan dalam laporan audit negara bahawa dalam isu menggunakan wang untuk rakyat miskin dan peruntukan lain untuk mengubah suai dapur rumahnya dan membuat kain rentang ucapan dan sambutan,” katanya.
Kali ini ujar Badrul Hisham ia berulang lagi dengan sambutan kehadiran ‘first lady’ ke Negeri Sembilan._
Filed under: Info terkini | Tagged: Wang rakyat dibazirkan untuk puja Rosmah di Rembau? |
Tinggalkan Jawapan