Kapal syarikat AS rosak diserang lanun Somalia

NEW YORK: Lanun Somalia menyerang dan merosakkan kapal Amerika Syarikat (AS) yang membawa bantuan kemanusiaan, bagaimanapun, kapal dan anak kapalnya yang diiringi tentera laut berada dalam keadaan selamat.

Jurucakap Pusat Kawalan AS, berkata Liberty Sun dilaporkan diserang pada jam 11.30 pagi semalam.

Pemilik kapal itu, Lake Success, Liberty Maritime Corp yang berpangkalan di New York, berkata lanun melepaskan roket yang dikenali RPG dan senjata automatik.

Kapal itu sedang menuju ke arah Mombasa, Kenya daripada Houston, AS ketika kejadian berlaku.

Jurucakap tentera, Tentera Laut Kapten Jack Hanzlik, berkata Liberty Sun berlayar bersama-sama 20 anak kapalnya.

Kapal USS Bainbridge berlayar ke tempat kejadian dan dilaporkan tiba pada jam 5.30 petang apabila lanun berkenaan sudah meninggalkan lokasi terbabit dan tiada yang tercedera.

Kini, Liberty Sun, dilaporkan sedang meneruskan perjalanannya ke Mombasa. – AP

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: