Annuar Jangan Heret Politik Ke Dalam Padang

AKHIR-AKHIR ini sukan bola sepak Kelantan ada sikit kemajuan. Satu masa dulu pasukan bola sepak Kelantan tersenarai antara pasukan terbaik dan banyak melahirkan pemainan bertaraf nasional dan international.

Banyak pemain Kelantan mewakili pasukan kebangsaan. Bagaimana pun kecemerlangan itu tidak kekal ia menurun dan merudum sehinggakan bola sepak tidak lagi menjadi daya tarikan di Kelantan. Satu ketika sukan ini tidak lagi menjadi sebutan rakyat Kelantan kerana kemerosotan mutunya.

Tetapi akhir-akhir ini nama Kelantan dalam bola sepak bergema semula. Pasukan Kelantan perlahan-lahan melonjak dan kini berada dalam pasukan top dalam liga Malaysia.

Untuk perkembangan ini pujian langsung boleh diberikan kepada presiden KAFA, Annuar Musa (foto). Annuar lebih berjaya dalam bola sepak daripada politik atau pun dalam penanamam padi. Ada baiknya juga beliau kalah dalam politik kerana boleh memajukan bola sepak Kelantan.

Begitu juga ada baiknya beliau dilantik menjadi pengerusi KADA kerana prasarana KADA boleh digunakan untuk kepentingan bola sepak. Sebuah bangunan KADA di Kubang Kerian telah ditukar menjadi wisma KAFA, tempat pemain berkarokeo, berihat dan sebagainya. Apakah pengubahsuai bangunan ini tidak merupakan penyelewengan?

Alangkah baiknya kalau kesungguhan Annuar dalam mengolahkan bola itu digunakan untuk memajukan KADA. Nasib kira-kira 9,000 petani di bawa KADA masih lagi ditakak lama. Hasil jualan tidak meningkat, keluaran padi tidak bermutu, KADA hanya hidup ala kadar sahaja.

Projek mahu menjadikan KADA sebagai baloh negara juga masih tidak ke mana. Buloh untuk dibuat baloh sudah ditebang namun baloh tidak juga terbina. Jadi tinggal buloh kering dan Baloh Negara kering dalam impian. Maka impian menjadikan Kelantan sebagai traminal makanan negara hanya tersurat dalam kertas kerja saja.

Tidak payah cerita panjanglah kenapa Annuar lebih fokus dan berminat kepada bola sepak daripada penanaman padi. Bola sepak tidak payah turun ke bendang. Tidak payah harung baruh dan bercepuah dengan selut dan tahi lembu.

Urus bola sepak atas padang yang bersih berkilat. Mesyuarat di bilik berhawa dingin. Ada sponsor boleh cari duit seberapa banyak. Tidak macam KADA kerjanya lebih kepada kebajikan untuk memajukan petani. Kalau ada peluang untuk dapatkan duit pun menerusi kontrak kerja-kerja pembangunannya. Itu pun tidak seberapa. Siapalah nak sponser petani yang pandai menanam padi ratusan ribu ringgit?

Lazimnya kalau kita serius, beri tumpuan dan prihatin tinggi apa-apa kerja pun akan berjaya. Kenapa bola sepak berjaya kerana diberi tumpuan tinggi. Ada duit sikit makin berjaya. Begitu juga kalau Annuar tumpukan KADA seperit bola dia akan berjaya. Projek tanaman ubi kayu di Pasir Mas tidaklah mampus begitu saja. Tetapi kerana tumpuan di KADA hanya ketika menteri pertanian datang ke Kelantan saja, maka itulah jadinya. KADA tidak semaju KAFA.

Mengenai Annuar dan bola sepak ini sekali pandang beliau berjalan lurus. Tak nampak apa-apa agenda di sebalik penglibatannya itu. Tetapi lama kelamaan hakikatnya makin jelas dan makin nyata.

Kalau orang politik dia akan tetap berpolitik walaupun di mana mereka berada. Orang politik macamlah orang yang ketiaknya hampak dan hangit. Pergilah ke mana dan lumurlah dengan tanah liat atau daun sirih ia akan bau hangit. Kalau pun hilang tetapi kesan psikologisnya tetap ada. Begitu juga dengan Annuar lidah dan otak politiknya tidak pernah hilang. Di samping membangunkan bola sepak dia cuba memulihkan semula reputasi politiknya.

Sepatutnya dia sudah bersara dari politik. Sedekahkan masa dan tenaganya yang tersisa itu untuk rakyat dan negeri Kelantan. Kalau tidak boleh untuk petani, buatlah sukan betul-betul. Tumpulah dengan penuh ikhlas sebagai ibadat kepada rakyat Kelantan. Tidak salah, tolonglah Kelantan. Harapkan kepada kerajaan Pas Kelantan mereka pula tidak tahu bagaimana hendak mencari pahala menerusi sukan ini.

Apabila beliau mengulas mengenai rusuhan di stadium Sultan Muhammad ke IV beberapa hari lalu kononnya ada pihak yang merancang untuk menimbulkan huruhara kerana mereka tidak suka bola sepak, kenyataan itu sudah salah. Kepada siapa Annuar nak tunding terlunjuk lurus keliling berkaitanya itu?

Siapa yang nak kacau bola sepak? Orang Kelantan tidak kira Pas atau Umno bila pasukan mereka berlawan dengan negeri lain mereka akan bersatu. Jangan Annuar cuba menetaskan perasaan tidak senang di kalangan penonton, kerana ia bahaya. Apakah Annuar mendapati bukti jelas siapa yang mencetuskannya?

Pada saya kenyatan dan andaian Annuar itu kurang bijak. Beliau meletakkan dirinya dalam masalah dan kebencian orang lain.

Beliau patut meminta maaf dengan kenyataannya itu dan jangan sesekali cuba mengheret sentimen politik dalam sukan. Annuar harus ingat rusuhan atau kekecauan dan semangat fantik penyokong bola Kelantan adalah genetik, keturunan dari dulu algi.

Tahun 60-an dan 70-an lagi orang Kelantan sudah fanatik dengan bola sepak. Seingat saya kalau pasukan Kelantan bertemu dengan Terengganu maka akan adalah perbalahan di dalam padang dan diluar padang. Membakar bas pasukan pelawat juga satu kebiasaan di Kelantan.

Mereka akan sokong pasukan mereka habis-habisan dan mereka juga akan marah kepada pasukan mereka kalau kalah. Apa lagi kalau pengadil jelas tidak adil dan berat sebelah mereka akan mengamuk.

Sebagai penegrusi KAFA, sepatut Annuar ketahui dan pelajar sejarah serta latar belakang ini. Sekali lagi diulang jangan cuba mengheret sentimen politik dalam bola sepak, kalau Annuar mahu kekalkan penonton yang ramai menyaksikan Kelantan. Bukankah penyokong itu nandi kepada KAFA. [wm.kl. 8:00 am 12/04/09]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: