Posted by: ourglobal | Ogos 24, 2009

Iklan

Posted by: ourglobal | November 4, 2009

Nik Aziz kesal penangkapan Dr Asri

KOTA BHARU, 3 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas penangkapan yang dilakukan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Ketika dihubungi Harakahdaily beliau berkata, tindakan berkenaan amat tidak wajar dilakukan ke atas seorang pendakwah apa lagi kesalahannya belum dapat dipastikan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden tangkapan yang berlaku ke atas pendakwah berkenaan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur.

Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu juga mengngagap ia satu tindakan yang melampau kerana menangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.

“Penangkapan itu amat tidak masuk akal, masih ramai lagi orang yang patut ditangkap, tetapi kenapa seorang pendakwah, dia mengajar agama dan bukannya buat huru hara atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama,”ujarnya lagi

Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

“Nasihat saya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia dan seterusnya merosakkan imej golongan pendakwah itu sendiri,” katanya.

Beliau meletakkan masaalah itu seharusnya dibincang terlebih dahulu antara Asri dengan JAIS dan bukannya terus menangkap tanpa pasti kesalahannya.

Katanya, kalau benar dia telah melakukan kesalahan di sisi undang-undang, barulah tindakan diambil terhadapnya dan bukannya menangkap begitu sahaja tanpa mengetahui hujung pangkalnya.

“Masyarakat juga menjadi keliru dengan kejadian itu,” ujarnya lagi,

Posted by: ourglobal | November 4, 2009

Dr Asri nafi palsukan sijil

BUKIT MERTAJAM, 4 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menafi memalsukan sijil Sarjana Muda yang diperolehi dari Univesiti di Jordan dan menganggap tuduhan oleh seorang Pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai liar dan satu fitnah.

Beliau ketika menjawab pertuduhan tersebut dalam program ‘Gelombang Fitnah’ di Institut Al-Qayyim, Mengkuang, Bukit Mertajam semalam menambah, sikap Jakim itu membuktikan mereka tidak profesional dalam kenyataan dan tindakan.

Sebaliknya, Asri mendakwa, ia dibuat berdasarkan arahan orang tertentu yang tidak mahu menerima angin perubahan yang di bawa demi kebaikan Islam agar lebih dimartabatkan bukan sekadar penghias zaman.

“Sungguh malu saya nak jawab tuduhan liar pegawai Jakim kononnya saya palsukan sijil Sarjana Muda yang saya perolehi dari Univesiti dari Jordan tempuhari.

“Bayangkan bagaimana saya nak palsukan sijil ketika saya minta kerja sebagai Pensyarah di Univesiti Sains Malaysia (USM) mesti kemukakan sijil yang sah. Masa nak jadi mufti pun mesti kemukakan sijil yang sah. Kenapa bila hadapi keadaan macam ini mereka kata saya palsukan sijil, ” ujarnya.

Beliau berkata demikian di hadapan ratusan orang yang mahu mendengar kejadian penangkapannya oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) serta sepasukan polis selepas mengajar di sebuah rumah dekat Ulu Klang baru-baru ini.

Akibat daripada itu tegas beliau, membuatkannya terpaksa mencari semula sijil yang disimpan lama dan menganggap perbuatan tersebut membuang masa dan tidak lojik dipertikaikan.

Sesiapa pun, sambung beliau, mesti simpan sijil dan memastikan ia tidak dibuang merata-rata apatah lagi beliau turut menggunakan sijil untuk mendapatkan PhD.

Beliau juga mencabar pihak Jakim supaya membuktikan pembabitannya mencerca para ulamak muktabar seperti Imam Ghazali dan Imam Nawawi.

Mereka boleh mencari di mana lokasi beliau mengeluarkan kenyataan menghina para ulamak, perkataan apa yang dinyatakan dan sebagainya.

Jangan hanya mendengar menerusi mulut orang yang senantiasa mencari kesalahan dan sering menggunakan senjata fitnah untuk membunuh kerjaya seseorang, katanya.

“Saya nak tanya mereka di mana lokasi, bila dan hari apa yang saya hina ulamak. Itu sahaja,” tambahnya.

Adakah beliau disifatkan sebagai mencerca sekiranya berbeza pendapat dengan Imam Al-Ghazali atau Imam Nawawi berkaitan hadith dan seumpamanya.

Perkataan cerca, katanya, tidak boleh disamakan dengan perbezaan pendapat atau pandangan sebaliknya mencerca ditakrifkan mengeluarkan perkataan seperti bodoh, tolol, bongok dan sebagainya.

Jakim dan Jais kena kaji dulu kenyataanya sebelum bertindak kerana tindakan melulu membawa padah, tambah beliau.

Perbezaan pendapat tidak boleh dipertikaikan kerana di zaman para ulamak dulu memang berlaku dan tidak mustahil ia terjadi sekarang kerana ia tidak jadi satu kesalahan tambahan lagi di era teknologi terkini serta ruang demokrasi yang menjadi amalan negara.

“Sesiapa pun boleh berbeza pendapat dan tidak timbul ia mencerca sesiapa. Perbezaan pendapat dalam sesebuah negara dibolehkan lebih-lebih lagi Malaysia yang mengamalkan demokrasi, ” jelas

Dr Asri adalah pengasas Institut Al-Qayyim, Mengkuang.

Posted by: ourglobal | November 3, 2009

Nik Aziz kesal penangkapan Dr Asri

KOTA BHARU, 3 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa dukacita di atas penangkapan yang dilakukan ke atas bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Ketika dihubungi Harakahdaily beliau berkata, tindakan berkenaan amat tidak wajar dilakukan ke atas seorang pendakwah apa lagi kesalahannya belum dapat dipastikan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas insiden tangkapan yang berlaku ke atas pendakwah berkenaan malam tadi ketika menyampaikan kuliah agama di Taman Sri Ukay, Kuala Lumpur.

Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu juga mengngagap ia satu tindakan yang melampau kerana menangkap seorang tokoh agama yang juga bekas mufti.

“Penangkapan itu amat tidak masuk akal, masih ramai lagi orang yang patut ditangkap, tetapi kenapa seorang pendakwah, dia mengajar agama dan bukannya buat huru hara atau melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama,”ujarnya lagi

Nik Aziz berkata walaupun ada pihak mendakwa Dr Mohd Asri menyebarkan ajaran Wahabbi, ia perlu diperhalusi terlebih dahulu bagi memastikan ia benar-benar salah di sisi undang-undang.

“Nasihat saya kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), jangan buat untuk kali kedua kerana akan merosakkan imej Islam di Malaysia dan seterusnya merosakkan imej golongan pendakwah itu sendiri,” katanya.

Beliau meletakkan masaalah itu seharusnya dibincang terlebih dahulu antara Asri dengan JAIS dan bukannya terus menangkap tanpa pasti kesalahannya.

Katanya, kalau benar dia telah melakukan kesalahan di sisi undang-undang, barulah tindakan diambil terhadapnya dan bukannya menangkap begitu sahaja tanpa mengetahui hujung pangkalnya.

“Masyarakat juga menjadi keliru dengan kejadian itu,” ujarnya lagi.

Posted by: ourglobal | November 2, 2009

Jais dibidas, tiada pertuduhan!

Kemaskini 1.00 petang:|GOMBAK, 2 Nov: Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin membidas sikap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana tidak profesional, sambil lewa dan memungkiri janji apabila tiada wakil atau pendakwa daripada Jais yang hadir ke Mahkamah Syariah sebentar tadi.

Beliau yang dibebaskan oleh pihak mahkamah tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan menyifatkan Jais tidak wajar memperlakukannya seperti itu sehingga menyusahkan pelbagai pihak.

Berita sebelum ini:

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin akan menunggu di Mahkamah Syariah sehingga jam 1 petang nanti untuk menunggu pertuduhan ataupun dokumen berkaitan difailkan ke atasnya.

Sebelum ini, Dr Asri yang tiba di mahkamah sejak jam 9 pagi tadi diberitahu tiada pertuduhan difailkan.

Demikian siri episod tangkapan terhadap Dr Asri yang dianggap aneh oleh pelbagai pihak hari ini apabila diberitahu bahawa tiada pertuduhan atau dokumen berkaitan difailkan pagi ini.

Dr Asri dilihat tiba pada jam 9 pagi tadi kerana diarahkan untuk hadir di mahkamah atas alasan secara lisan oleh pihak Jais bahawa beliau mengajar tanpa tauliah.

Dalam kejadian malam tadi,beliau ditahan oleh sepasukan anggota polis dan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika mengadakan ceramah agama di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang.

Ceramah itu dihadiri kira-kira 100 orang termasuk Anggota Parlimen Ampang (KeADILan), Zuraida Kamaruddin dan Anggota Dewan Undangan Negeri Hulu Klang (PAS), Saari Sungib.

Namun,Dr Asri yang ditahan tengah malam tadi telah dibebaskan dengan jaminan polis kira-kira pukul 1.10 pagi tadi. Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir ke mahkamah pada jam 9 pagi ini.

Di pekarangan mahkamah pagi tadi, Dr Asri menbidas sikap pihak berkuasa dan pendakwa yang tidak hadir lagi sehingga kini.

“Mereka tangkap saya dulu baru tuduh. Tetapi mahkamah kata belum ada apa-apa pertuduhan lagi. Saya pun tak tahu sebab apa nak datang sini

“Pihak Jais yang bagi arahan, tetapi saya nak tahu ‘tangan ghaib’ siapa di sebaliknya,”tegas Dr Asri.

Menurutnya, tindakan tidak profesional ini menyebabkan membuang masa beliau, para penyokongnya, termasuk wakil-wakil rakyat (Saari Sungib dan Zuraida Kamaruddin) dan wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.Turut kelihatan di pekarangan mahkamah yang memberikan sokongan kepada beliau adalah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Hj Ghazali, Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani, Marina Mahathir dan Zainah Anwar (SIS).

Ketika ini, Dr Asri berada di luar mahkamah dan sedang berbincang dengan wakil NGO dan wakil-wakil rakyat.

Beliau difahamkan akan bertemu dengan Datuk Jamil Khir sebentar lagi.

Hampir 100 orang hadir untuk memberikan sokongan kepada beliau termasuk puluhan wartawan.

11.00 pagi:Ketika ini, Dr Asri sedang menunggu di dalam Mahkamah Syariah dan beliau berkata akan menunggu pertuduhan sehingga jam 1 petang nanti.

1.00 petang:Dr Asri sebentar tadi dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan dengan jaminan pihak mahkamah.

Menurut beliau, semasa ditemui wartawan, penantian (menunggu pendakwa dan wakil Jais) adalah sesuatu yang sia-sia.

Beliau juga mengkritik Jais kerana tidak hadir untuk memberitahu jenis pertuduhan ke atasnya dan mempersoalkan kenapa badan agama itu memungkiri janji sedangkan beliau telah menunggu sejak jam 9 pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa ada perjanjian antara pihak peguam dan mahkamah bahawa mereka boleh dipanggil bila-bila masa atau sebaliknya.

Bertanyakan sebarang tindakan lanjut di pihaknya, beliau memberitahu, pihaknya akan merujuk kepada peguam.

Dr Asri kini akan menuju ke Hotel Putra, Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Datuk Jamil Khir dan selepas itu satu sidang media akan diadakan. _

Di Tahan Jais 2 11 09 edited final

SIDANG MEDIA DR ASRI MENYANGKAL TUDUHAN PGSM

SIDANG MEDIA DR ASRI MENYANGKAL TUDUHAN PGSM Bhg 2

asrip3



Posted by: ourglobal | November 2, 2009

Laporan Terkini Dr. Mohd Asri

Eksklusif! Rakaman Penangkapan Dr. Mohd Asri, sila klik di sini.

 

Laporan Terkini (10.40 pagi, 02 November 2009)

 

Sehingga ke laporan ini ditulis, belum ada pendakwaan lagi yang dibuat ke atas Dr Mohd Asri.

 

Pegawai yang mewakili JAIS belum kelihatan.

 

Turut datang memberi sokongan Datin Paduka Marina Tun Mahathir.

 

Lagi laporan daripada harakahdaily.net, sila klik di sini.

 

Baca selanjutnya…

Mesej daripada Tun Abd Rahman Yaakub

Disiarkan pada Nov 02, 2009 dalam kategori Maklumbalas | Tiada Komen

Mesej daripada Tun Abd Rahman Yaakub, bekas Ketua Menteri Sarawak kepada Dr. Mohd Asri berhubung dengan penangkapan JAIS:

Assalamualaikum,

 

Saya berdoa semoga Allah sentiasa melindungi saudara.

 

Jelas pada saya bahawa golongan-golongan yang dihasutkan oleh iblis akan melakukan segala-gala yang tidak menyenangkan hati mereka.

 

Saya yakin kebenaran akhirnya akan menghapuskan segala-gala fitnah dari golongan yang tidak bertanggungjawab.

 

Baca selanjutnya…

Posted by: ourglobal | Oktober 27, 2009

Era Najib Altantuya : Rundingan Umno-PAS hanya umpan Muhyiddin

KUALA LUMPUR, 27 Okt: PAS menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yasin umpama ‘hidung tidak mancung, pipi tersorong- sorong’ apabila mengambil kesempatan dengan cuba sekali lagi menawarkan rundingan Umno-PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan mengingatkan Timbalan Presiden Umno itu agar tidak cuba mengeluarkan kenyataan memecah belahkan perpaduan antara PAS dan Pakatan Rakyat.

“Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam Utusan Malaysia 26/10/2009.

“Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong,” kenyataannya dipetik.

Katanya Pas berpendapat tindakan Muhyidin itu akibat berasa gelisah dengan perkembangan politik PAS di mana orang bukan Islam semakin menolak Umno dan menerima parti Islam itu.

Orang bukan Islam yang dahulunya ibarat ‘tongkat sakti’ dan ‘balang oksigen’ Umno kini katanya sudah hilang sakti dan kehabisan oksigennya.

Image Talian hayat Umno itu katanya kini sudah berpindah kepada Pas dan Pakatan Rakyat.

“Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini.

“Umno sedar bahawa tongkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam,” beritahunya lagi.

Umno kian bimbang katanya apabila menyedari generasi muda juga menyebelahi PAS.

Gabungan generasi muda, orang bukan Islam dan orang melayu menyokong PAS akan memberi kesan amat parah kepada parti pemerintah itu kerana jika Umno tumbang, penggantinya adalah PAS.

Oleh kerana ketakuitan itu katanya, Umno kini sedang memanipulasi isu Melayu Islam seolah olah Umno adalah harapan pembela Melayu Islam.

“Pas menyedari bahawa Umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau Umno kalah melayu dan Islam akan hancur.

“Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara Umno.

“Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas,” katanya lagi.

Muhyiddin seperti dilaporkan media arus perdana Isnin lalu membuat kenyataan bahawa ‘rundingan Umno-PAS masih terbuka’.

Ianya sebagai memberi tekanan kepada PAS berhubung persoalan terbaru Muktamar Khas sepeti yang dicadang Mursyidul Am, Tuan Guru datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat minggu lalu.

PAS sebelum ini pernah terpalit isu kerajaan perpaduan apabila dimanipulasi Umno BN.

Namun ianya diselesaikan dengan baik oleh PAS dan mengumumkan untuk terus memperkukuh hubungan bersama Pakatan Rakyat.

Manakala terbaru, PAS sekali lagi berdepan isu hampir sama apabila Nik Aziz mengeluarkan cadangan supaya PAS mengadakan Muktamar Khas bagi menyelesai masalah kepimpinan parti.

Nik Aziz bagaimanapun bersetuju untuk hanya diadakan mesyuarat khas mengantikan muktamar seperti yang dicadangkan.

Manakala Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam mengumumkan akan mengadakan Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa PAS esok bagi membincangkan perkara tersebut.

Ianya juga bermaksud bahawa isu Muktamar Khas tidak lagi berbangkit.

Dalam perkembangan lain, PR akan mengadakan satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat pada 13hb Disember ini di Shah Alam Selangor .

Ianya antara lain bertujuan untuk terus memperkasa pakatan sebagai sebuah kerajaan menunggu. _

Posted by: ourglobal | Oktober 26, 2009

Era Najib Altantuya : PAS panggil mesyuarat khas JK Rabu ini

PAS memanggil satu mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat Rabu ini bagi membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar diadakan satu mesyuarat agung luar biasa.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam sidang medianya berkata, mesyuarat itu akan diadakan jam 8.30 malam Rabu ini.

Surat jemputan untuk mesyuarat ini akan dikeluarkan segera oleh beliau.

Mustafa berkata, beliau mendapat arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang agar memanggil mesyuarat khas itu.

Mesyuarat ini, katanya, akan membuat keputusan apa akan dibuat selepas ini.

Dalam pada itu, Dewan Pemuda PAS juga akan mengadakan mesyuaratnya segera. Ia akan diadakan lebih awal iaitu malam ini di Pajabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.

Mesyuarat ini juga dipercayai ada kaitan dengan tulisan Tuan Guru Nik Aziz dalam blognya.

KOTA BHARU, 25 Okt: Kerajaan diminta berlaku adil serta memberi ruang yang secukupnya untuk menangani kematian Setiausaha Politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock apabila 80% punca kematiannya kerana dibunuh.

Pada masa yang sama kerajaan juga wajar berlaku adil serta membela kematian K Kugan yang didapati meninggal dunia dipercayai didera sewaktu dalam tahanan.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa, berkata kenyataan ahli patologi terkenal dari Thailand Dr Prontihip Rajanasunand Rabu lalu yang mendakwa 80 peratus kematian mendiang Teoh kerana dibunuh adalah satu kenyataan yang serius.

“Kerajaan seharusnya berlaku adil dalam menyiasat perkara itu serta pada masa yang sama Suruhanjaya Diraja untuk proses yang lebih adil dan cepat,’ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan menyokong titah ucapan Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra, dalam Sidang Dun Kelantan baru-baru ini.

Menurutnya, kenyataan yang mengejutkan saksi luar negara itu amat mengejutkan seluruh rakyat di negara ini khususnya.

“Kerana itu suruhanjaya khas perlu ditubuhkan demi menuntut keadilan, serta pada masa yang sama kes kematian K.Kugan juga wajar diberi pembelaan yang sama,”ujarnya.

ImageDr Pornthip atau dikenali sebagai Dr Death di negara adalah ahli patologi yang telah memeriksa lebih 10,000 mayat dalam keriernya sebagai pakar forensik.

Antaranya beliau berjaya menyelesaikan pengenalan mayat beribu-ribu mangsa tsunami di Thailand beberapa tahun lalu.

Beliau memberikan keterangan dalam inkues kematian Teoh Beng Hock di mahkamah koroner Shah Alam.

Dalam keterangannya, Dr Pornthip berkata, beliau memberikan 80% punca kematian Teoh Beng Hock adalah dibunuh dan hanya meletak 20% sahaja akibat dari membunuh diri.

Dia juga berkata, tengkorak kepala Beng Hock pevah bukan kerana jatuh tetapi akibat dipukul dengan objek keras.

Beliau juga berkata tanda merah ditengkok Beng Hock adalah kerana jari ketika beliau dicekik dan lubang duburnya luka akibat ditusuk dengan objek keras.

Kenyataan berbeza

Ketika menggulung perbahasan itu juga, Husam berkata terdapat dua perbezaan laporan media terhadap pembangunan ECER yang bakal dilaksanakan di negeri ini.

Katanya, laporan di Parlimen oleh Tan Sri Mohammad Nor Yaacob, mendakwa Kelantan memberi kerjasama yang baik dengan Kerajaan Pusat dalam plan pembangunan ECER.

“Namun baru-baru ini media juga telah mengeluarkan kenyataan seorang timbalan menteri dari Kelantan yang mendakwa kerajaan di negeri ini tidak memberi kerjasama untuk plan pembangunan itu,”ujarnya.

Perbezaan kenyataan ini sewajarnya tidak berlaku memandangkan Kelantan memberi kerjasama yang begitu baik dengan Kerajaan Pusat demi untuk pembangunan di negeri ini.

Posted by: ourglobal | Oktober 25, 2009

Era Najib Altantuya : Adun BN mengaku bakar jentolak

KOTA BHARU, 25 Okt: Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka.

Md Yusoff secara spontan berkata “kalau saya terlibatpun (membakar jentolak) saya membela rakyat.”

Beliau berkata demikian ketika Chek Hashim Sulaima, bangun bertanyakan soalan itu sewaktu Adun BN berkenaan berucap membahaskan Belanjawan 2010 di Sidang Dun Kelantan hari ini.

Pengakuan bekenan membuatkan dewan menjadi gamat seketika kerana secara tidak langsung beliau mengakui teka-teki berkenaan sebelum ini.

Ekoran pengakuan itu, beberapa pihak dikatakan akan membuat laporan polis kerana pengakuan Adun BN itu bermakna beliau mengaku membuat satu perbuatan jenayah.

Sebelum itu dewan juga menjadi gamat dengan kenyataan spontan Adun Nenggiri itu apabila beliau berkata �bila tuduhan tentu tidak ada bukti�.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pada Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) apabila meminta Yusoff membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mempunyai bukti kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk PMBK sebagaimana yang didakwa.

(PMBK adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Ia diuruskan secara langsung oleh pejabat MB pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Antara projek utamanya dan memberikan hasil terbaik adalah PMBK Sawit yang mengurus ladang kelapa sawit yang banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri.)

Adun Nenggiri itu sebelum ini mendakwa kerajaan negeri menyalurkan pelbagai kemudahan kepada PMBK dengan nilaian yang berjuta ringgit termasuk merampas tanah rakyat. _

KOTA BHARU, 25 Okt: Kerajaan negeri Kelantan memberikan tumpuan untuk kebajikan dalam bajetnya tahun ini yang bertema “Memaju dalam hemat’.

Ia telah dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa di pembentangan Bajet 2010 pada sidang Dun hari ini.

Menurut Husam, kemelesetan ekonomi global dan negara ini yang bermula tahun 2007 yang dianggap oleh penganalisa ekonomi sebagai krisis kewangan terburuk sejak zaman The Great Depression yang bermula tahun 1929 dulu.

Ia diikuti kejatuhan dalam bursa saham di seluruh dunia yang kemudiannya menjunam pada September 2008 apabila beberapa gergasi kewangan di Amerika Syarikat terjerumus ke dalam masalah kewangan akibat krisis kredit ekonomi.

Namun demikian walaupun keadaan yang tidak menentu dalam pasaran ekonomi hari ini, Kelantan telah mengambil beberapa langkah terbaik bagi bajet 2010 iaitu dengan menekankan kepada tiga perkara utama iaitu penjanaan ekonomi, pembinaan insan kamil dan membantu golongan yang memerlukan melalui program kebajikan.

Penjanaan ekonomi untuk semua rakyat akan diberikan tumpuan khusus terutamanya galakan usahawan.

ImagePembinaan Insan Kamil yang berteraskan taqwa akan dibuat memalui pembangunan modal insan dan perkongsian penderitaan melalui pembelaan golongan daif, miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.

Berasaskan kepada tema Bajet Memacu Dalam Hemat, Bajet 2010 akan terus berpaksikan kepada strategi seperti mengajak semua pihak melaksanakan dasar berjimat cermat dalam seluruh aspek pengurusan kewangan.

Kerajaan juga akan memantapkan jentera kutipan hasil, mewujudkan urustadbir yang baik berlandaskan ubudiyyah, masulliyyah dan itqan dan mengimbangi di antara pembangunan fizikal dan ruhani bagi pelbagai lapisan rakyat melalui pendekatan pembangunan bersepadu berteraskan iman dan akhlak yang tinggi, kata Husam.

Husam juga berkata penjanaan ekonomi untuk rakyat adalah meliputi pembangunan usahawan, infrastruktur asas, memajukan sektor pertanian, penternakan, perikanan dan pelancongan.

Pembinaan insan kamil yang berteraskan taqwa berterusan pula ialah dengan mengadakan program memartabatkan Islam seperti meneruskan program ke arah membudayakan Al-quran sebagai satu prinsip yang seiring dalam pembangunan fizikal dan rohani.

Sementara itu bagi strategi ketiga yang diambil oleh kerajaan ialah memacu pembelaan kepada golongan daif, miskin, orang kurang upaya, armalah dan warga emas dengan memperuntukkan sejumlah wang yang besar diantaranya ialah mengekalkan RM2 juta bagi golongan armalah, RM2juta untuk anak yatim, RM5 juta bagi Skim perlindungan Sosial Tengku Anis-KIFALAH dan RM4.7 juta bagi program membaiki rumah uzur melalui skim bantuan Rumah Dhuafa�.

Hasil 2010 meningkat

Kerajaan negeri Kelantan sekali lagi mengalami defisit dalam bajet tahun 2010 dimana perolehan hasil yang dianggarkan bakal diperolehi ialah RM 387.38 juta manakala perbelanjaan mengurus dianggatkan berjumlah RM416.88 juta dengan anggaran defisit berjumlah RM29.50 juta.

Menurut Husam, anggaran hasil tahunan 2010 meningkat sebanyak RM387.38juta jika dibandingkan dengan tahun 2009, namun ia masih tidak dapat menampung sepenuhnya perbelanjaan mengurus.

Hasil yang meliputi Cukai iaitu RM 77.33 juta, manakala Bukan Cukai pula ialah RM208.28juta dan Terimaan bukan hasil sebanyak RM101.77 juta.

Peningkatan hasil bagi tahun 2010 adalah berpunca daripada kenaikan beberapa sumber hasil tertentu akibat penyemakan semula yang dibuat oleh jabatan-jabatan setelah mengambilkira pungutan sebenar hasil yang diperolehi bagi tahun 2009.

Hasil Tanah merupakan penyumbang terbesar iaitu RM 110.59 juta atau 28.55 peratus daripada keseluruhan hasil,manakala perhutanan menyumbang RM107.48 juta atau 27.74 peratus.

Husam juga berkata peningkatan dalam perbelanjaan mengurus bagi tahun 2010 sebanyak 13.58 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2009 iaitu sejumlah RM56.62 juta.

“Kerajaan juga berharap agar agensi-agensi negeri seperti Pihak Kerajaan Tempatan, YAKIN, Yayasan Islam Kelantan, Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan PKINK akan terus berusaha untuk mempertingkatkan hasil atau mencari punca hasil baru, mereka perlu proaktif dalam usaha ini supaya dapat berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada sumber bantuan kerajaan negeri,”ujar beliau.

KUALA LUMPUR, 25 Okt: PAS mengambil pendirian untuk membincangkan cadangan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang keperluan mengadakan muktamar khas “dalam tempoh terdekat ini.”

Pendirian ini dinyatakan melalui satu kenyataan ringkas lima perenggan dikeluarkan Ketua Penerangan, Ustaz Idris Ahmad.

Kenyataan itu memberitahu cadangan Mursyidul Am itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat.

PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada Mursyidul Am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas.

“Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am,” kata Idris ketika dihubungi Harakahdaily.

Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelakkan isu ini dimanipulasi.

“Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti,” tegas kenyataan itu lagi.

ImageNik Abdul Aziz dalam blog peribadinya menimbulkan cadangan untuk diadakan satu muktamar khas luar biasa bertujuan menolak beberapa orang pemimpin yang didakwa bermasalah.

Cadangan itu menerima respons pelbagai daripada banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Umno peringkat pusat.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali akan mengadakan sidang media khas esok bagi menjelaskan sikap PAS dalam menghadapi serangan dari Mursyidul Amnya ini.

Menurut satu kenyataan, sidang media itu akan diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut mulai jam 11 pagi esok.

Harakahdaily difahamkan, sidang media ini dibuat untuk menjelaskan sikap dan pendirian pimpinan utama PAS ekoran cadangan Nik Aziz agar diadakan muktamar khas untuk memilih semula pimpinan parti Islam itu.

Ini adalah untuk kesekian kalinya Nik Aziz membuat kenyataan yang mempertikaikan kenyataan dan tindakan para pimpinan PAS. Ia dibuat dalam blognya 22 Oktober dan dipetik oleh kebanyakan media.

Dalam pada itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS telah menemui Nik Aziz di Kota Bharu semalam untuk mendengar sendiri pandangan beliau mengenai perkara ini selepas tulisan beliau keluar dalam blognya.

Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa dan Naib Presiden, Salahudin Ayub telah bertemu beliau semalam.

Dalam pada itu, seorang AJK PAS Pusat, Mujahid Yusof berpandangan, PAS perlu menyelesaikan isu ini secara berorganisasi.

“Ia tidak boleh diselesaikan secara bertemu, peluk-peluk dan buat kenyataan yang masalah sudah selesai sahaja. Ia mesti dibincangkan secara terbuka oleh organisasi utama parti dan selesaikannya dengan cara yang baik,” katanya.

Beliau mencadangkan, Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura perlu bermesyuarat segera dan bincangkan isu ini secara terbuka dan telus.

“Selepas itu barulah kita boleh pertimbangkan, perlu atau tidak mesyuarat agung khas sebagaimana yang dicadangkan oleh Tok Guru itu,” katanya.

Mujahid yang mempunyai ijzah PhD dalam pengurusan organisasi dan telah menjadikan PAS sebagai rujukan tesisnya berkata, isu ini tidak boleh dibiarkan.

“Organisasi yang perlu bertindak segera bukannya individu. Barulah kita akn dilihat terbuka dan bertanggungjawab,” katanya.

Menurut beliau, PAS perlu mengambil teguran Nik Aziz ini sebagai satu yang serius dan perlu dilihat menyelesaikan segala teguran dengan terbuka dan profesional.

Beliau bersetuju bahawa persepsi umum khasnya di kalangan bukan Islam terhadap PAS kurang baik sejak kebelakangan ini berikutan isu di Selangor.

Kekalahan PAS di Bagan Pinang pula telah dianggap sebagai pengesahan kepada persepsi negatif itu.

PENDAPAT

Keputusan drastik dan radikal yang dibuat Umno dalam perhimpunan kali ini menyentuh pindaan perlembagaan bukanlah isu baharu. Ini kerana perlembagaan parti itu pernah dipinda dua kali dalam era pemerintahan perdana menteri keempat, Tun (dulunya Datuk Seri) Dr Mahathir Mohamad dan hasilnya sikap ahli Umno tidak berubah dan masih di takuk lama.
Pindaan kali ini juga menimbulkan kesangsian rakyat dan ramai pemerhati politik berpendapat adakah ia boleh dilaksanakan dan meningglkan kesan mendalam atau tinggal sebagai ikrar cantik di atas kertas seperti yang sudah berlaku sebelum ini.

Agenda pindaan kali ini dikatakan lebih besar dan bermakna jika dapat direalisasikan, dengan ahli mempunyai kuasa mutlak, lebih terbuka dan telus dalam memilih pemimpin dari semua peringkat melibatkan semua ahli perwakilan dari bahagaian dan cawangan.

Pindaan itu jika dilaksanakan sepenuhnya dijangka dapat mengurangkan (sepatutnya menghapuskan) politik wang yang selama ini menghantui Umno setiap kali pemilihan berlangsung. Soalnya, adakah semua ahli dapat menerima dan benar-benar boleh mengubah sikap mereka yang selama ini terkenal dengan suka menerima dan memberi habuan sebagai budaya politik mereka?

Adakah ahli Umno dalam waktu terdekat boleh menukar cara berfikir dan cara hidup mereka yang sudah sebati dengan kehendak keperluan material melangkaui keikhlasan ketika berkhidmat tanpa mengharap apa-apa balasan?

Mahathir bersikap skeptikal terhadap keikhlasan ahli Umno untuk berubah terutama bagi mereka yang sudah biasa dengan kegiatan politik wang. Katanya, sukar bagi mereka ini berubah jika tiada tindakan tegas dan keras dari parti serta keyakinan diri sendiri yang kuat dalam kalangan ahli untuk mengubah cara bertindak mereka selama ini.

Anggapan umum ahli Umno terlibat dalam perniagaan besar, kecil atau sederhana yang melibatkan percaturan wang rasuah bukan cerita baharu. Kebanyakan rakyat sedar terutama ahli Pakatan Rakyat bahawa kebanyakan mereka yang menyertai Umno kerana boleh mandapat nikmat material yang besar. Masuk Umno bermakna boleh membuat wang dan melebarkan perniagaan walaupun sebahagian mereka tiada kelulusan dan tidak pandai berniaga.

Yang perlu, hubungan akrab dengan pihak atasan atau pemimpin tertinggi Umno yang berkedudukan. Mereka ini biasanya boleh membantu mendapaatkan “kerja” atau projek dan jarang sekali menghampakan demi menjaga hubungan dan kepentingan masing-masing.

Seorang kawan peniaga menceritakan, beliau tiada masalah mendapat projek besar jika pandai menjaga hati ketua bahagian Umno dan pengurus projek yang dipohon. Beliau adalah aktivis Umno yang rajin dan aktif serta mempunyai hubungan yang rapat dengan ketua Umno atau pemimpin tertinggi Umno tertentu dalam sesuatu kawasan.

Inilah masalah besar dan kritikal yang perlu ditangani Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam usahanya untuk mengubah sikap ahli-ahli Umno yang masih menebal dengan kegelojohan mengejar material untuk kepentingan diri dan kelompoknya berbanding berkhidmat secara jujur kepada parti seperti yang diharapnya.

Dalam ucapan yang penuh bersemangat dan berapi pada pembukaan mesyuarat perhimpunan itu, Najib mengharapkan ahli Umno mengamalkan semula budaya berkhidmat kepada parti secara ikhlas tanpa mengharap balasan material.

Beliau menggesa ahli mengamalkan semangat sukarelawan dalam kerja-kera parti tanpa menuntut habuan kerana orang-orang Umno dulu sudah melaksanakannya dan ternyata mereka kekal sebagai pejuang sejati yang berkhidmat untuk parti sepanjang hayatnya.

Masalahnya, tidakkah Najib sedar bahawa situasi dan kehendak zaman sudah bertukar dan sikap ahli-ahli Umno juga berubah tidak seperti zaman permulaan penubuhan Umno yang ramai diserati para guru, pekebun, nelayan dan mereka yang berpendapatan kecil.

Tapi ketika ini (sejak awal tahun 70-an) ahli Umno terdiri dari ahli perniagaan, tokoh koperat, para profesional termasuk peguam, doktor, arkitek dan berbagai lagi, yang menyertai Umno dengan matlamat lebih besar mengejar kedudukan dan pengaruh.

Mereka ini kaya, berpendapatan tinggi dan boleh berbelanja besar asal saja cita-cita untuk mencapai kedudukan tertinggi dalam parti terjamin. Ini dibantu dengan sikap pemimpin atasan yang sama dengan menanam budaya permainan wang sebagai senjata mengejar kedudukan di semua peringkat cawangan dan bahagian.

Golongan ini boleh melakukan apa saja tanpa segan silu dan budaya berkhidmat kepada parti dengan jujur dan ikhlas seperti yang disaran Najib tinggal di atas bibir. Mereka tidak perlu bekerja keras dan tidak pernah hidup susah seperti ahli-ahli Umno terdahulu.

Maka itu, untuk mengharapkan mereka berubah apalagi meninggalkan perangai buruk melibatkan wang adalah amat sukar dan mungkin tinggal angan-angan kosong. Tidak mudah bagi mereka yang sudah sebati hidup dan bergelumang kemewahan boleh meninggalkan kesenangan hidup tanpa pengorbanan jiwa dan semangat yang tinggi.

Najib dan Muhyiddin jangan bermimpi dan berharap ahli Umno boleh bertukar sikap dalam waktu terdekat seperti yang diidamkan. Sebenarnya sikap ini bukan dimilikki ahli bawahan tetapi sudah lama bersemadi di kalangan ketua dan pemimpin tertinggi kedudukan dan pangakatnya.

Tindakan jawatankuasa disiplin dalam pemilihan Umno tahun lalu dan sebelumnya sudah membuktikan mereka yang diambil tindakan melibatkan ahli MT dan calon naib presiden.

Setengah pihak mendakwa keikhlasan untuk berubah harus datang dari dalam diri ahli sendiri dengan kesedaran mendalam bahawa politik wang yang dikejar tidak membawa mereka ke mana-mana melainkan ke jurang kemusnahan yang dalam.

Bangsa dan agama bakal hancur jika negara masih dipimpin oleh segelintir pemimpin yang tamak kuasa bersandarkan permainan wang.

Keikhlasan berkhidmat dan semangat kesukarelawan seperti yang ditunjukkan oleh pejuang tulen Umno lama memungkinkan Umno masih panjang usia dan tahan ujian sehingga hari ini tanpa perpecahan sesama sendiri.

Ikrar Najib mengajak ahli berjanji menukar sikap dalam ucapan penggulungannya boleh diketahui secara ketara dalam dua tahun sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Jika ahli Umno masih tidak serius, mengamal feel dan perangai buruk lama tanpa cuba benar-benar insaf, peluang Umno untuk memenangi undi orang Melayu boleh tersekat di tengah jalan jika rakyat tidak berpuas hati dan masih melihat pemimpin Umno hanya pandai bercakap dan membuat janji manis tanpa tindakan konkrit.

Pindaan perlembagaan yang diharapkan oleh kebanyakan pemimpin Umno menjadi medan ujian sebenar kepada parti mereka apakah rakyat benar-benar diberi pembelaan seperti yang dijanji atau satu lagi retorik politik yang menjemukan.

Semua rakyat – orang Melayu dan bukan Melayu – menanti penuh debar perubahan sikap dan tindakan dari pemimpin Umno seperti yang dilaung-laungkan dalam perhimpunan tempoh hari. _

Posted by: ourglobal | Oktober 24, 2009

Era Najib Altantuya : UMNO Meludah Ke Langit….Sekali Lagi

Reaksi pemimpin Umno-Barisan Nasional terhadap cuti enam bulan Zaid Ibrahim dari PKR memang sudah dijangka.

Ia juga melucukan. Sekali lagi kenyataan-kenyataan oleh pimpinan Umno sekadar menzahirkan sindrom meludah ke langit dalam keghairahan parti itu membidas pihak lawan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bingkas mengatakan percutian Zaid itu menunjukkan PKR bermasalah dan parti itu di bawah  telunjuk seorang sahaja – Anwar Ibrahim.

Khairy turut menyifatkan Zaid sebagai seorang berprinsip yang kononnya tidak tahan lagi dengan politik Keadilan.

Dalam kegelojohan membidas Keadilan dan Ketua Umum parti itu,  Khairy buat-buat lupa Zaid meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet ketika bapa mertuanya Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Zaid sendiri angkat kaki dari Umno sebelum parti itu memecatnya.

Ketika itu, tidak pula ada kenyataan dari Khairy mengenai kepincangan Umno atau kualiti kepemimpinan bapa mertuanya sehingga memaksa seorang berprinsip seperti Zaid meninggalkan parti itu dan mencalar lagi kewibawaan Umno.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Umno begitu ghairah membidas Zaid sebagai orang yang kurang Melayu, tidak tahu mengenang budi dan bermacam-macam lagi.

Kritikan peribadi terhadap Zaid turut berulang apabila beliau menyertai Keadilan enam bulan lalu. Sekali lagi tidak sesiapa dari Umno tampil mengatakan Umno harus memeriksa diri kerana pemimpin berkebolehan seperti Zaid boleh menolak parti itu dan memilih Keadilan.

Apabila Zaid mengumumkan hasrat bercuti sementara dari ahli biro politik PKR, maka kedengaranlah suara-suara sumbang dari Pemuda Umno dan kepimpinan tertinggi Umno bahawa ini petanda jelas Keadilan tidak boleh diharap.

Selain Khairy, turut memberikan pendapat “ilmiah” sebegitu ialah Naib Presiden Umno Shafie Apdal dan Ahli Majlis Tertinggi Puad Zakarshi.  Komen mereka hanya menzahirkan sifat hipokrit dan bacul pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Khairy dan konco-konconya.

Mereka mengkritik semata-mata kerana nampak ada “gol terbuka” untuk membidas pihak lawan.

Dalam kegelojohan itu, Khairy dan rakan-rakan lupa kegagalan sendiri mempertahankan Zaid ketika beliau  secara berprinsip menentang tindakan Umno menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan sewenang-wenangnya.

Menyentuh tindakan terbaru Zaid, Khairy dan rakan-rakan juga “buat-buat” lupa bahawa Zaid sendiri menjelaskan beliau hanya mahu direhatkan daripada tugas-tugas Biro Politik Keadilan.

Ini untuk memberi ruang secukupnya kepada beliau untuk memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat khususnya bagi membolehkan gagasan itu didaftar sebagai sebuah parti bagi memastikan “sistem dua parti” di Malaysia menjadi realiti politik.

Tidak dinafikan ada percanggahan pendapat dalam Keadilan dan setiap perbedaan pendapat antara pemimpin, baik dalam Keadilan atau di peringkat Pakatan Rakyat akan digembar-gemburkan oleh media arus perdana.

Dengan bersandarkan orang-orang seperti Khairy, Shafie dan Puad Zakarshi, media arus perdana sentiasa akan mencukupi “pelakon dan penari” untuk sentiasa mencerna pelbagai cerita, mitos dan dongeng mengenai Pakatan Rakyat.

“Percutian” Zaid Ibrahim sebagai petanda Keadilan menghadapi kehancuran hanya satu lagi lipatan mitos sebegitu.

IPOH, 23 Okt: Ketika memuncak cerita dua Adun PKR yang kini menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno mahu kembali menyokong usul untuk membubarkan Dun Perak, saksi utama kes rasuah mereka menukar kenyataannya dalam Mahkamah Sesyen.

Dari mengaitkan kedua-duanya dengan rasuah, saksi utama itu, Mohd Imran Abdullah, agen provokasi dari Badan Pencegah Rasuah (kini SPRM), menukar kenyataannya di Mahkamah Sesyen, lapor wartawan Jaspal Singh dalam laman web NST.

http://www.nst.com.my/articles/21naxz/Article/index_html

Dalam keterangannya, Imran berkata, Jamaludin Mohd Radzi, Adun Behrang yang juga bekas Exco Perak tidak menerima sebarang rasuah dari beliau untuk meluluskan projek di Pusat Bandar Seri Iskandar.

Dia juga berkata, Jamaludin juga tidak meminta sebarang wang untuk kelulusan projek tersebut.

Dia juga berkata, Jamaludin tidak berbincang sebarang projek dengannya ketika beliau bertemu Jamaludin di pejabatnya di bangunan Setiausaha Kerajaan Perak.

Pada 14 Ogos tahun lepas, Imran dalam laporannya kepada SPRM berkata, Jamaludin meminta RM5,000 darinya dan dia telah memberikan wang itu kepada Jamaludin untuk membantu meluluskan projeknya itu.

Image“Saya setuju, kenyataan saya kepada SPRM tidak benar,” kata Imran dalam Mahkamah Sesyen dengan tenang apabila ditanya oleh peguam Jamaludin, Mohd Roni Abdul Rahman.

Jamaluddin dan Osman Jailu (Adin Changkat Jering), bersama dengan bekas ahli majlis Daerah Perak Tengah, Usaili Alias dan Zul Hassan serta kontraktor Fairul Azrim, telah didakwa menerima rasuah antara RM400 hingga RM100,000 antara 6 dan 19 Aug tahun lepas.

Tiga dari mereka juga didakwa menerima perkhidmatan sex oleh tiga wanita Cina yang diuruskan oleh Imran.

Namun denggan keterangan Imran ini ia seolah-olah menyangahi keterangannya sebelum ini dan besar kemungkinan kes ini akan dibuang begitu sahaja ekoran percanggahan keterangan ini.

Sebelum ini, mahkamah bukan saja ditunjukkan video Imran menyerahkan duit itu kepada Osman dan Usaili bahkan juga video tiga lelaki yang didakwa melakukan hubungan sex dengan tiga wanita Cina itu.

Sebelum ini, Jamaludin dan Osman telah bertindak keluar dari PKR dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Umno selepas kedua-duanya didakwa atas kesalahan rasuah di mahkamah.

Mereka berdua bersama Adun Barisan Nasional (BN) yang lain kemudiannya menghadab Sultan Perak dan ekoran itu Sultan Perak telah melantik Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar.

Dengan cara itu jatuhlah kerajaan Pakatan Rakyat di Perak di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin.

Posted by: ourglobal | Oktober 23, 2009

Era Najib Altantuya : PAS nafi bina jurang dengan Umno

KOTA BHARU, 23 Okt: PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam tidak pernah membina jurang dengan mana-mana parti di negara ini khususnya dengan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya, pihak lawan yang telah menciptakan �jurang pemisah� antara pejuang parti Islam itu dengan pihak mereka.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, perpecahan telah berlaku sejak zaman Rasulullah pabila kumpulan penentang diketuai Abu Jahal bertindak mewujudkan persengketaan dengan pengikut Islam.

“Perpecahan serta jurang telah wujud di zaman Rasulullah sebagaimana yang diciptakan oleh Abu Jahal yang memusuhi Islam dan bukannya Nabi Muhammad.

“Begitu juga sekarang ini, bukannya PAS yang memisahkan jurang, sebaliknya pihak mereka (Umno dan BN) yang memisahkan ruang pendekatan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian sebagai menggulung perbahasan menyokong titah ucapan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sewaktu merasmikan pembukaan persidangan Dun Kelantan (Belanjawan).

Kenyataan itu juga sebagai reaksi terhadap kenyataan Ketua Pembangkang yang mengingatkan kerajaan supaya tidak mewujudkan jurang antara kerajaan negeri dengan pihak mereka.

Beliau juga kesal jalinan kerjasama antara PAS-DAP sering dikritik khususnya oleh pemimpin Umno akibat tidak senang dengan perkembangan itu.

“Kerana semakin menerima perjuangan PAS, pemimpin DAP telah menjemput saya pergi menyampaikan ceramah di tempat mereka, namun Umno tidak pernah berbuat demikian,” ujarnya lagi.

Tegasnya lagi, selagi wujud halangan serta sekatan dari mereka yang tidak bertanggungjawab, selagi itu hasrat untuk memberi penerangan tentang Islam kepada golongan terbabit tidak akan berjaya._

Posted by: ourglobal | Oktober 22, 2009

Era Najib : Kekal ISA, GMI tidak terkejut

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), tidak terkejut dengan kenyataan terbaru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya sudah menjangka perkara tersebut biarpun kepimpinan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri najib di lihat lebih terbuka dengan slogan 1Malaysianya, rakyat di dahulukan.

“Saya tidak terkejut sama sekali,” ulasnya spontan ketika dihubungi Harakahdaily.

Ujarnya lagi, alasan kerajaan mengekalkan ISA kerana didakwa berkesan mencegah kegiatan atau aktiviti subversif yang mengancam keselamatan negara juga tidak boleh disandarkan secara seratus peratus.

Menurtnya, masalah kententeramaan awam yang berlaku dalam negara ini sangat sedikit dan undang undang selain ISA mampu mengatasinya berbanding masalah rasuah dan salah guna kuasa yang sering dilaporkan.

“Sejarah membuktikan, masalah melibatkan ketenteraman awam sangat sedikit, berbanding rasuah dan salah guna kuasa, dan tafsiran ketenteraman awam itu sendiri sangat luas,” ujarnya.

Beliau turut memberitahu, penahanan tanpa bicara dan tidak dibuktikan kesalahan antara faktor akta tersebut perlu dimansuhkan kerana ianya bertentangan dengan Hak Asasi manusia.

Sebelum ini Hishammuddin dalam kenyataannya memberitahu, kerajaan tidak akan menghapuskan ISA dan hanya bersedia mengkajinya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat baru baru ini.

Sementara itu, mengulas mengenai langkah mewujudkan perbincangan terbuka, Hishammuddin berkata, ia bagi menjamin ketelusan, keadilan, keterbukaan dan kesediaan kerajaan untuk meminda akta pencegahan tersebut.

Hishammuddin berkata, antara penekanan yang akan diberi dalam pindaan akta itu nanti ialah membabitkan aspek bidang kuasa menteri, tempoh tahanan dan hak-hak orang tahanan.

GMI adalah pertubuhan bukan kerajaan NGO yang lantang memperjuang supaya ISA dihapuskan.

Kali terakhir, mereka menggerakkan rakyat pada 1 Ogos lalu dalam satu himpunan, Mansuh di ibu negara dan menyaksikan beberapa individu ditangkap.

Tiga tuntutan utama meraka adalah, mansuhkan ISA, bebaskan kesemua tahanan dan tutup kem kamunting.

Kali terakhir lima orang tahanan ISA dibebaskan pada 15 September lalu. Salah sorang dari mereka adalah Mat Sah Mohd Satray, suami kepada seoarang aktivis GMI, Norlaila Othman.

Selain Mat Sah, empat lagi adalah Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002. Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail @ Hassan, Ahmad Kamil Md Hanapiah dan Muhammad Amir Md Hanapiah, masing-masing ditahan di bawah akta yang dikatakan zalim itu sejak 30 Mei 2007._

Posted by: ourglobal | Oktober 22, 2009

Era Najib : Bolehkah PR bentuk kerajaan tanpa majoriti Melayu?

Laporan asal di (http://merdekareview.com/bm/news.php?n=10395)

KUALA LUMPUR, 22 Okt: Bolehkah Pakatan Rakyat membentuk kerajaan yang halal dan absah (berlegitimasi), seandainya gagal memperolehi sokongan lebih 50% daripada masyarakat Melayu, tetapi sokongan masyarakat kaum lain memberikan bilangan kerusi yang mencukupi di Dewan Rakyat untuk PR memerintah di peringkat pusat?

“PR mungkin terasa serba salah dengan kesahihan kerajaannya seandainya ia memperolehi kurang 50% daripada sokongan masyarakat Melayu, walaupun mendapat mandat lebih 50% daripada seluruh masyarakat Malaysia.”

Demikianlah pemerhatian dan persoalanan yang dilontarkan oleh pengkaji politik, Wong Chin Huat selepas kekalahan PR di PRK Bagan Pinang pada 11 Oktober yang lalu. Wong mengemukakan statistik bahawa wujudnya kecenderungan pengaliran undi masyarakat India kepada BN dalam PRK tersebut, yang boleh dijelaskan sama ada Bagan Pinang ialah “kes terasing” atau “menggambarkan trend keseluruhannya (khususnya masyarakat India)”.

Seandainya 40% undi Melayu diperolehi…

Perhitungan kasar Wong berdasarkan 165 kerusi parlimen di Semenanjung menunjukkan, seandainya PR memperolehi 40% undi Melayu dan 75% undi bukan Melayu, maka PR akan memperolehi 103 kerusi, dan hanya memerlukan 9 kerusi daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan persekutuan (dengan 112 daripada 222 kerusi).

ImageSeandainya PR memperolehi 50% undi kaum India dan 75% undi kaum Cina, dalam keadaan mengekalkan undi Melayu pada paras 40%, maka PR akan memperolehi 90 kerusi di Semenanjung. Jikalau undi kaum India jatuh kepada 40%, maka PR hanya akan mendapat 80 kerusi, seperti apa yang berlaku pada PRU ke-12.

Pemerhatian Wong (gambar) terhadap senario politik selepas PRU ke-12, termasuk beberapa PRK seperti Bukit Gantang, Manek Urai yang menyaksikan peralihan sokongan sebahagian masyarakat Melayu kepada BN, menyimpulkan bahawa “mustahil untuk PR memperolehi lebih 50% sokongan Melayu dalam masa terdekat.”

Maka, Wong mencadangkan agar PR menggariskan matlamat yang lebih realistik, iaitu mengekalkan undi Melayu sekurang-kurangnya pada paras 40%, di samping melonjakkan graf sokongan masyarakat bukan Melayu kepada 75%, seandainya ingin mengambil alih kuasa kerajaan persekutuan pada PRU ke-13.

Untuk Wong, selagi PR terasa serba salah jikalau gagal memperolehi lebih 50% undi daripada masyarakat Melayu, maka UMNO dan lidahnya, Utusan Malaysia akan diberi kesempatan untuk meneruskan serangannya.

Seandainya Pakatan Rakyat retak…

Logik Wong begini. Seandainya PR terus dihantui bayangannya “untuk mendapat sokongan lebih 50% Melayu”, maka parti komponen PR, terutamanya PAS dan PKR dijangka akan beralih kepada hujah mahupun dasar yang menampakkan perkauman dan keagamaannya sekali-kala, sekiranya tidak tahan dengan serangan UMNO dan Utusan Malaysia.

Lantaran itu, PAS dan PKR akan bertelagah dengan DAP yang perlu tampil untuk menyanggah hujah dan dasar tersebut. Apa yang berlaku seterusnya adalah pengundi bandar, kelas menengah akan hilang yakin kepada PR kerana “harapan (yang diberikan PR)” kini diganti dengan persepsi “sering berbalah sesama sendiri”. Senario ini berakhir dengan retaknya PR seperti Barisan Alternatif sebelumnya…

Untuk mengelakkan ramalan pesimis ini menjadi kenyataan, Wong menganjurkan pandangan bahawa PR perlu yakin bahawa dirinya tetap kerajaan yang absah seandainya mendapat mandat lebih 50% undi daripada masyarakat Malaysia secara keseluruhannya.

Sistem negara yang dikuasai Melayu

ImageKetika mengulas pandangan yang diutarakan Wong Chin Huat, Yong Kai Ping (Editor Malaysiakini, edisi bahasa Cina – gambar) berkata, “legitimasi sesebuah kerajaan dalam masyarakat Melayu” merupakan “persoalan struktur” yang perlu dihadapi bukan sahaja PR, tetapi mana-mana parti politik yang bercita-cita untuk menerajui pucuk pimpinan kerajaan di negara ini.

Yong menjelaskan bahawa setelah berpuluh tahun BN memerintah, sistem negara ini telah diubahsuai kepada satu sistem “negara Melayu”, di mana sektor perkhidmatan awam dan pasukan keselamatan, termasuk tentera dan polis telah dikuasai sepenuhnya kaum Melayu.

Justeru itu, Yong berpendapat bahawa PR tidak dapat mengelakkan dirinya ketika berdepan dengan persoalan ini, dan terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini. Yong menganggap bahawa PR masih belum menemui jalan keluar, ketika berhadapan dengan serangan retorik UMNO bahawa “naiknya PR bermaksud hilangnya kuasa Melayu”.

“Sememanganya, PR tidak akan dapat menandingi UMNO ketika membincangkan Melayu. Namun, apakah hujah sebaliknya yang diketengahkan untuk membalas retorik UMNO? Satu hujah yang senang difahami, berkesan untuk memujuk dan mendapat keyakinan masyarakat Melayu…,” kata Yong.

Misalnya, “Melayu” dipisahkan kepada Melayu-Bandar, Melayu-Kelas Menengah dan sebagainya, agar kepentingan Melayu ini dapat dihalusi dan dibincangkan secara konkrit, cadang Yong.

Malah, Yong (gambar) menganggap “politik berbilang kaum” yang dianjurkan PR ini perlu didalami, dan bukan hanya berpuas hati dengan aktiviti seperti rumah terbuka sahaja. Beliau mencadangkan agar pemimpin PR perlu berdialog dengan sektor perkhidmatan awam, pasukan keselamatan, untuk menghapuskan rasa musuh dan syak wasangka yang wujud.

Apabila tembok ini dipecahkan, barulah PR boleh tampil dan mendakwa dirinya sebagai pakatan politik yang melambangkan kepentingan semua kelas dalam masyarakat Malaysia, simpul Yong.

*Perbincangan ini mengambil tempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, pada 13 Oktober 2009, dalam satu forum yang bertajukkan PRK Bagan Pinang.

Posted by: ourglobal | Oktober 22, 2009

Era Najib : Terima kasih Prof Aziz Bari atas kritikan anda

PENDAPAT

Saya boleh memahami betapa marahnya Ustaz Idris Ahmad terhadap tulisan Dr Aziz Bari di dalam Sinar Harian bertarikh 19/10/2009 (‘Pengajaran dari Bagan Pinang’).

Saya percaya Ustaz Idris tidak bermaksud memperkecilkan kehebatan Prof Aziz Bari yang kita tahu seorang Profesor yang bukan sahaja mendalam ilmunya tetapi amat berani dan lantang menyatakan kebenaran.

Kekerasan sahabat saya Ustaz Idris Ahamd menyanggah tulisan Dr Aziz Bari bagi saya mungkin terbit dari keletihan beliau berkempen secara intensif di Bagan Pinang.

Sudahlah penat berkempen dan berhadapan pula dengan samseng-samseng Umno dan seterusnya mengalami kekalahan yang besar tiba-tiba Dr Aziz Bari pula mengkritik PAS.

Tidak dinafikan saya rasa bukan sahaja Ustaz Idris malahan mungkin ramai juga pemimpin PAS yang lain yang turut berkongsi sentimen seperti Ustaz Idris.

Saya juga pemimpin PAS Pusat. Namun saya tidak sama sekali marah jauh sekali melenting dengan teguran dan kritikan Prof Aziz Bari. Malahan sebagai pemimpin PAS saya benar-benar berterima kasih dengan teguran dan kritikan beliau.

Image Saya yakin tulisan beliau tidak mempunyai unsur mala fide (niat jahat). Tulisan tersebut, bagi saya, lahir dari hati suci beliau untuk melihat supaya PAS membuat koreksi diri agar tidak kecundang dalam pilihan raya yang akan datang.

Tulisan itu saya yakin lahir dari satu pengamatan beliau yang amat panjang tentang beberapa insiden yang berlaku dalam PAS yang diketahui umum.

Pemimpin gerakan Islam Al-Nahdah, Tunisia yang kini hidup dalam buangan di London, Rashid Ghanouchi pernah menyatakan di dalam satu tulisannya bahawa kesilapan paling besar gerakan Islam ialah adalah ketidaksediaan atau keberatan untuk bermuhasabah dan dimuhasabah.

Orang bijaksana berkata kawan yang sebenar adalah kawan yang sudi menegur kita jika dia melihat kita melakukan kesilapan. Kawan yang buruk pula adalah kawan yang hanya mendiamkan diri malahan menyokong pula meskipun dia tahu kita melakukan kesilapan.

Saya tidak kata tulisan Dr Aziz Bari adalah sempurna dan saya juga yakin beliau juga tidak berpendapat teguran dan kritikan beliau adalah sempurna. Tidak dinafikan kenyataan beliau bahawa “Hasan (Hasan Ali) dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokonng mereka” agak menyenakkan sesetengah pemimpin PAS.

Namun jika kita melihat dari perspektif lain, salahkah jika Dr Aziz Bari sebagai pihak di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu.

Politik, orang kata adalah berkaitan persepsi. Saya percaya bukan sahaja Dr Aziz Bari malahan ramai lagi rakyat Malaysia yang lain yang juga mempunyai persepsi seperti Dr Aziz Bari iaitu persepsi bahawa sesetengah pemimpin PAS adalah pro Umno.

Kerana kesan bahaya persepsi sebegitulah yang menyebabkan Muktamar PAS berhempas pulas membuat ketetapan dan penegasan bahawa PAS tidak akan ada hubungan dengan Umno dan akan terus bersama Pakatan Rakyat. Kalau kita tidak mahu dilihat dan dikritik pro Umno janganlah buat perkara-perkara yang menyebabkan orang ramai membuat tanggapan bahawa kita adalah pro Umno.

Adakah persepsi lahir begitu sahaja? Salah ke jika orang-orang di luar PAS mempunyai persepsi sebegitu setelah mereka melihat apa yang berlaku di dalam PAS � melalui tindak tanduk, kenyataan dan gelagat sesetengah pemimpin PAS.

Bagi saya sudah sampai masanya pemimpin PAS, mengambil istilah kata Khairy Jamaluddin, keluar dari ’siege mentality’ (mentaliti terkongkong). Sila lihat di luar sana, orang ramai sedang memerhatikan kita !!!

Salahkah kita menjadi pendengar yang baik (good listener) demi kebaikan parti yang kita sayangi ini.

Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Aziz Bari. Prof, percayalah bagi saya kamu adalah sahabat yang sejati.

——————–

(Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS)

Posted by: ourglobal | Oktober 21, 2009

Era Najib : Bekas tahanan ISA sakit kronik di penjara Manila

KUALA LUMPUR, 21 Okt: “Mereka baru tahu Jamal kini sedang sakit. Saya baru terima panggilan dari Sandakan bahawa keluarga Norhatta mahu segera berangkat mengunjungi suaminya di penjara Filipina.”

Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman berkata demikian ketika mengulas perkembangan terbaru mengenai nasib seorang bekas tahanan ISA, Abdul Jamal Azhari.

Sejurus dibebaskan April lalu, Jamal terus dibawa ke penjara Manila, berikutan dakwaan atas keterlibatannya sebagai pejuang Moro di selatan Filipina.

Abdul Jamal kini, menurut Ahmad Lutfi, menderita penyakit kronik yang masih belum diketahui puncanya yang sebenar.

“Jadi, kelapan-lapan orang anak Jamal itu dan isterinya sangat berharap dapat menemuinya di penjara Manila,” kata beliau.

Dalam perkembangan terbaru, anak sulung Abdul Jamal, Norhasimah, 17, memberitahu Ahmad Lutfi bahawa mereka perlukan bantuan kewangan untuk menampung kos ke Filipina.

“Sekurang-kurangnya, mereka mahu bantuan untuk menampung perjalanan tiket pesawat untuk menziarahi Abdul Jamal di sana,” kata Ahmad Lutfi.

Tambah beliau, mereka sekeluarga memang ada rancangan untuk kembali ke Filipina bagi membina semula kehidupan di sana.

“Di sini, mereka sukar menjalani kehidupan seperti biasa. Anak-anak Abdul Jamal contohnya tidak boleh bersekolah disebabkan ketiadaan dokumen yang sah. Kebanyakan mereka tidak mengenal huruf.

“Melalui kutipan tabung ISA anjuran Harakah, kami telah memberi sumbangan RM5,000, secara berperingkat-peringkat sebagai biaya pendidikan anak-anak Abdul Jamal,” kata Lutfi.

“Kita berharap ada yang ikhlasi menyumbang agar mereka dapat menziarahi ayah mereka di Manila, ” tambahnya.

Abdul Jamal Azhari termasuk dalam kumpulan 13 bekas tahanan ISA yang dibebaskan Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak bersempena perlantikannya sebagai Perdana Menteri, 3 April lalu.

Sehingga kini, telah hampir enam bulan Abdul Jamal Azhari merengkok dalam penjara di Filipina.

Sudah dua kali rombongan Harakah, diketuai Ahmad Lutfi, berkunjung ke rumah mereka Batu 19, Sandakan untuk meninjau keadaan dari dekat.

Dalam kunjungan itu, Harakah mendapati kedai runcit Norhatta yang lusuh, usang dan tidak terurus itu bukanlah aset besar yang boleh menampung perjalanan mereka ke Manila untuk bertemu Abdul Jamal.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan kepada keluarga Abdul Jamal Azhari dan Norhatta boleh menyalurkan terus ke dalam akaun HARAKAHDAILY DOT COM, Maybank 564070000336._

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Seramai 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat Perak termasuk speakernya, V. Sivakumar secara rasminya memutuskan akan hadir ke persidangan DUN pada 28 Oktober ini.

ADUN Pasir Panjang Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dalam satu sidang media di parlimen petang semalam berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan notis panggilan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah, V. Sivakumar.

Kesemua ADUN Pakatan dan ADUN BN menerima surat daripada Sivakumar bertarikh 13 Oktober yang mengarahkan mereka hadir ke persidangan DUN pada 28 Oktober ini.

“Ketetapannya Pakatan telah buat keputusan untuk hadir di atas dasar peringatan mesyuarat yang dikeluarkan oleh speaker yang sah, V. Sivakumar, dan mesyuaratkan diteruskan.

“Kalau dulunya ada desas-desus kata kami (ADUN Pakatan) tidak akan hadir dan sebagainya, tapi hari ini kenyataan rasmi kami akan hadir,”katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Sebelum menerima surat daripada Sivakumar, 59 ADUN termasuk 28 ADUN Pakatan telah menerima surat panggilan ke sidang dun bertarikh 12 Oktober.

Namun, Nizar menjangkakan dua orang ADUN BN, Osman Jailu dan Jamaluddin Md Razi tidak akan menghadiri sidang berkenaan kerana kes rasuah mereka masih dibicarakan dan hakim Mahkamah Sesyen Ipoh mengarahkan mereka hadir ke mahkamah pada tarikh itu.

Nizar turut menegaskan, Datuk Ganesan telah menyamar sebagai speaker dan tidak dilantik mengikut undang-undang tubuh negeri Perak.

Sehubungan itu, Sivakumar telah membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Menurut Nizar juga, Ganesan yang juga ADUN Sungkai telah melanggar perkara 36A(5) undang-undang itu yang menyatakan bahawa seseorang yang memegang jawatan awam iautu speaker mestilah melucutkan atau memberhentikan dirinya daripada menjawat atau mendaftar dengan mana-mana jabatan dan pertubuhan yang boleh memberikan keuntungan kepada dirinya.

Ini kerana ujarnya, dalam tempoh 3 bulan Ganesan mendakwa dirinya sebagai speaker, beliau masih lagi berdaftar dengan majlis peguam sebagai pengamal undang-undang yang aktif.

Perkara ini disahkan oleh Majlis Peguam sendiri yang memberitahu beliau hanya mengangkat sumpah meletak jawatan pada 17 Ogos lalu.

“Ganesan telah melanggar perkara 36A(5), dan dia tidak layak memegang jawatan speaker. Dia tidak layak untuk panggil apa-paa persidangan dan surat dia tidak laku.”tegasnya.

Dalam ada itu, Nizar mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai orang yang bertanggungjawab di atas krisis yang berlaku di Perak.

Sehubungan itu, beliau mencabar Najib mengarahkan Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir menghadap Sultan Perak memohon diperkenankan pembubaran DUN.

“Kalau betul Najib mengutamakan rakyat, beliau kena buktikan dan arahkan Zambry menghadap sultan untuk bubar dun. Kami rakyat Perak hormati undang-undang,”katanya lagi.

Tegasnya, jika Najib enggan berbuat demikian, terbukti 1Malaysia yang diperkenalkan hanya pembohongan semata-mata.

Posted by: ourglobal | Oktober 21, 2009

Era Najib : Ibrahim Ali wajar letak jawatan jika bermaruah

KOTA BHARU, 21 Okt: Dewan Pemuda PAS Kelantan tidak akan menghalang Anggota Parlimen Kawasan Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai semula Umno kerana menyedari pemimpin berkenaan tidak berprinsip.

Ketuanya, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, berkata sekiranya anggota Parlimen itu berprinsip, beliau akan melepaskan jawatan terlebih dahulu sebelum menyertai Umno.

“Anggota Parlimen itu kini sudah tidak bernilai lagi kepada kita berikutan tindakan yang tidak berprinsip serta tidak bertanggungjawab kepada kita selepas pihak parti memberi kepercayaan kepadanya,”ujarnya lagi.

Latif berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Ibrahim untuk menyertai semula parti Umno selepas memenangi kerusi Parlimen Pasir Mas atas tiket Bebas dalam pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata lagi, pihaknya juga tidak terkejut dengan tindakan itu memandangkan tindakannya khususnya dalam persidangan di Parlimen sering mencetuskan kntroversi khususnya pertelingkahan dengan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dewan Pemuda, katanya turut menyokong keputusan Tuan Guru yang meminta anggota Parlimen itu melepaskan jawatannya sekiranya beliau adalah seorang pemimpin yang bermaruah.

Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan pemimpin Umno supaya berfikir semasa-masaknya untuk mengambil semula Ibrahim menyertai parti itu memandangkan rekod anggota Parlimen Pasir Mas itu yang sering membuat onar.

Posted by: ourglobal | Oktober 21, 2009

Era Najib : PKR dakwa Shafie Apdal salah guna kuasa

KUALA LUMPUR, 21 Okt: Pengarah Strategik Parti KeAdilan Rakyat (PKR) Tian Chua mengemukakan bukti tambahan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohamad Shafie Apdal dalam pemberian projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) di Sabah dan Sarawak.

Beliau dalam satu sidang media di lobi parlimen semalam menjawab kembali penafian yang dibuat Shafie semalam mengenai salahguna kuasa itu.

“Saya memang ada bukti mengenai perkara ini.Sebab itu saya buat sidang media semalam. Hari ini saya nak ‘follow up’ dengan bukti tambahan.”katanya.

Kelmarin Tian Chua yang juga ahli parlimen Batu mendedahkan wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam pemberian projek BELB di Sabah dan Sarawak.

Shafie didakwa sebagai menteri yang bertanggungjawab telah menggunakan kroni-kroninya sebagai `broker’ untuk menganugerahkan projek BELB kepada kontraktor yang sudi memberi komisyen kepada beliau.

Kenyataan akhbar yang mempunyai 12 helai muka surat diserahkan beliau kepada media ketika persidangan dewan rakyat berlangsung.

Menurutnya kelmarin, BELB merupakan salah satu dasar pembangunan dalam KLBW dan juga dasar utama Kerajaan Pusat tetapi projek�projek di bawah BELB menjadi punca sumber kewangan kepada individu dan kroni-kroninya.

Semalam pula, Tian Chua mendedahkan bukti mengenai dua lagi syarikat yang diberikan kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta oleh BELB melalui rundingan terus, bukan melalui tender.

Menurutnya, dua syarikat berkenaan iaitu Magnate Innovation Sdn Bhd dan Ternama Tabah Sdn Bhd tidak memenuhi kriteria sebagai syarikat kontraktor kerana tidak berdaftar dengan pusat khidmat kontraktor (PKK) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga serta tiada sijil pengiktirafan taraf bumiputera.

Magnate Innovation Sdn Bhd didaftarkan pada 12 Februari lalu dengan modal hanya RM2. Manakala Ternama Tabah Sdn Bhd bermodalkan RM100.

“Kita ingin tahu bagaimana syarikat yang begini tarafnya boleh diberi kontrak berjumlah RM30 hingga RM80 juta. Ini bermaksud syarikat ini diwujudkan hanya untuk menerima kontrak dan tiada rekod perkhidmatan sebelum ini.”katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Shafie memberikan penjelasan mengenai perkara itu sebelum ia dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kalau beliau (Shafie) enggan memberikan penjelasan, kita tiada pilihan lain selain bawa perkara ini kepada SPRM.”katanya.

Kelmarin, Shafie yang juga ahli parlimen Samporna menafikan dakwaan Tian Chua itu dan menyifatkannya sebagai pembohongan semata-mata.

Beliau turut memberi amaran akan megambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang membuat dakwaan itu.

Posted by: ourglobal | Oktober 21, 2009

Era Najib : Rumah Terbuka Parlimen Malaysia 2009

Posted by: ourglobal | Oktober 21, 2009

Era Najib : UMNO Melatah Dan Meludah Ke Langit

Reaksi pemimpin Umno-Barisan Nasional terhadap cuti enam bulan Zaid Ibrahim dari PKR memang sudah dijangka.

Ia juga melucukan. Sekali lagi kenyataan-kenyataan oleh pimpinan Umno sekadar menzahirkan sindrom meludah ke langit dalam keghairahan parti itu membidas pihak lawan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bingkas mengatakan percutian Zaid itu menunjukkan PKR bermasalah dan parti itu di bawah telunjuk seorang sahaja – Anwar Ibrahim.

Khairy turut menyifatkan Zaid sebagai seorang berprinsip yang kononnya tidak tahan lagi dengan politik Keadilan.

Dalam kegelojohan membidas Keadilan dan Ketua Umum parti itu, Khairy buat-buat lupa Zaid meletakkan jawatan sebagai Menteri Kabinet ketika bapa mertuanya Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri. Zaid sendiri angkat kaki dari Umno sebelum parti itu memecatnya.

Ketika itu, tidak pula ada kenyataan dari Khairy mengenai kepincangan Umno atau kualiti kepemimpinan bapa mertuanya sehingga memaksa seorang berprinsip seperti Zaid meninggalkan parti itu dan mencalar lagi kewibawaan Umno.

Sebaliknya pemimpin-pemimpin Umno begitu ghairah membidas Zaid sebagai orang yang kurang Melayu, tidak tahu mengenang budi dan bermacam-macam lagi.

Kritikan peribadi terhadap Zaid turut berulang apabila beliau menyertai Keadilan enam bulan lalu. Sekali lagi tidak sesiapa dari Umno tampil mengatakan Umno harus memeriksa diri kerana pemimpin berkebolehan seperti Zaid boleh menolak parti itu dan memilih Keadilan.

Apabila Zaid mengumumkan hasrat bercuti sementara dari ahli biro politik PKR, maka kedengaranlah suara-suara sumbang dari Pemuda Umno dan kepimpinan tertinggi Umno bahawa ini petanda jelas Keadilan tidak boleh diharap.

Selain Khairy, turut memberikan pendapat “ilmiah” sebegitu ialah Naib Presiden Umno Shafie Apdal dan Ahli Majlis Tertinggi Puad Zakarshi. Komen mereka hanya menzahirkan sifat hipokrit dan bacul pemimpin-pemimpin Umno, termasuk Khairy dan konco-konconya.

Mereka mengkritik semata-mata kerana nampak ada “gol terbuka” untuk membidas pihak lawan.

Dalam kegelojohan itu, Khairy dan rakan-rakan lupa kegagalan sendiri mempertahankan Zaid ketika beliau secara berprinsip menentang tindakan Umno menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan sewenang-wenangnya.

Menyentuh tindakan terbaru Zaid, Khairy dan rakan-rakan juga “buat-buat” lupa bahawa Zaid sendiri menjelaskan beliau hanya mahu direhatkan daripada tugas-tugas Biro Politik Keadilan.
Ini untuk memberi ruang secukupnya kepada beliau untuk memantapkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat khususnya bagi membolehkan gagasan itu didaftar sebagai sebuah parti bagi memastikan “sistem dua parti” di Malaysia menjadi realiti politik.

Tidak dinafikan ada percanggahan pendapat dalam Keadilan dan setiap perbedaan pendapat antara pemimpin, baik dalam Keadilan atau di peringkat Pakatan Rakyat akan digembar-gemburkan oleh media arus perdana.

Dengan bersandarkan orang-orang seperti Khairy, Shafie dan Puad Zakarshi, media arus perdana sentiasa akan mencukupi “pelakon dan penari” untuk sentiasa mencerna pelbagai cerita, mitos dan dongeng mengenai Pakatan Rakyat.

“Percutian” Zaid Ibrahim sebagai petanda Keadilan menghadapi kehancuran hanya satu lagi lipatan mitos sebegitu. -TVA

Posted by: ourglobal | Oktober 20, 2009

Era Najib : PR sahkan kehadiran sidang Dun Perak 28 Oktober

KUALA LUMPUR, 20 Okt: Seperti yang dijanjikan majikan, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) petang tadi menafikan beberapa dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa, yang dibuat pekerja-pekerja bawahannya sejak semalam.

Penafian tersebut termasuk kes kehilangan diesel bernilai RM1.2 juta, serta siasatan sambil lewa oleh Audit Dalaman PPSB dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri.

Melalui faksimili tanpa penama kepada Harakahdaily, tertulis penafian pihak yang didakwa, iaitu SBU Marin, PPSB.

Bagaimanapun, pihak tersebut menjelaskan bahawa pengurusan PPSB telah mengambil tindakan sewajarnya, selaras dengan laporan Audit dalaman mereka.

Tegas pihak terbabit lagi, PPSB juga serius memandang laporan audit dalamannya dan laporan itu sentiasa dipanjangkan kepada Lembaga Pengurusan Syarikat.

Tambahnya lagi, Koperasi Tanjong Sdn. Bhd. bukanlah pembekal diesel kepada syarikat itu kerana syarikat itu sentiasa mengikut prosedur perolehan yang ditetapkan.

Pihak terbabit turut menafikan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng – PPSB mengalami kerugian berdasarkan kejatuhan trafik kontena sebanyak 24 peratus untuk suku tahun pertama, tahun ini.

ImageJelasnya, PPSB telah mencatatkan peningkatan (trafik kontena) sebanyak 13 peratus, dari 199, 391 TEUs pada suku tahun pertama (2009) pada 225, 322 TEUs pada suku tahun berikutnya.

Pada suku tahun ketiga (2009) pula, pihak terbabit mendakwa PPSB mengalami peningkatan (trafik kontena) sebanyak 17 peratus, menjadikan 263, 421 TEUs.

Dakwa pihak terbabit lagi, peningkatan tersebut berlaku dalam suasana ekonomi dunia sedang meleset.

Dalam perkembangan berkaitan, dipercayai faksimili itu dihantar oleh Pembantu Peribadi bagi Pengarah Urusan PPSB, Mohd Sabri.

Ianya berdasarkan panggilan telefon ke Harakahdaily, mengaku mewakili PPSB, memaklumkan bahawa majikannya telah menghantar maklum balas berhubung laporan skandal tersebut.

Semalam, beberapa lembaga pengarah PPSB termasuk Pengarahnya, Datuk Ahmad Ibnihajar didakwa melakukan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pekerja-pekerja bawahannya sendiri.

Umno Bahagian Tanjong yang dikatakan pemain utama dalam Syarikat Tanjong Sdn. Bhd. turut dikaitkan dalam kes penggelapan diesel tersebut.

Petang tadi, pekerja-pekerja bawahan PPSB mendakwa lagi, majikannya mengamalkan rasuah dalam kes beli sewa kapal pengeruk laut yang bernilai RM2.4 juta.

Sekiranya segala penafian pihak terbabit benar, PPSB berjaya membuktikan bahawa pengurusannya tidak mengamalkan rasuah, tidak seperti yang didakwa berlaku di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sehingga kini._

Posted by: ourglobal | Oktober 20, 2009

Era Najib : Makkal Sakti tidak jejas Kelab Penyokong PAS

KUALA LUMPUR, 20 Okt: PAS tidak melihat penubuhan parti serpihan kaum India yang baru, Makkal Sakti memberi ancaman besar terhadap Kelab Penyokong PAS (KPP) yang dipelopori parti Islam itu sejak dua tahun dahulu.

Malah menjangkakan ianya tidak kekal lama dan bakal senasib parti serpihan kaum india yang lain seperti Parti Progresif Rakyat (PPP), dan Parti Barisan Kemajuan India Malaysia (IPF).

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasioanal PAS, Dr. Mujahid Yusuf Rawa berkata, Pas lebih melihat pnubuhan parti baru itu untuk jangka masa panjang, di mana parti yang ditubuhkan atas dasar protes dan kecewa tidak akan kekal lama.

“Tidaklah sebesar mana untuk dianggap sebagai ancaman, kita lihat jangka masa panjang, selalunya parti yang ditubuhkan kerana tak setuju khususnya dari kaum India ini tak kekal lama. Tengok PPP berpecah, IPF hampir tak ada. Saya Yakin Makkal Sakti akan temui jalan yang sama,” katanya ketika ditemui di lobi parlimen semalam.

Mengulas penubuhan parti itu juga, Mujahid berkata BN sengaja mengatur strategi untuk memadam semangat masyarakat India yang nyata menolak parti berasaskan perkauman samada MIC, IPF ataupun PPP.

ImageJusteru itu, BN terpaksa mencipta parti baru untuk mengembelengkan tenaga masyarakat India agar memberikan kepercayaan kepada parti baru kononnya hasil perjuangan rakyat akar umbi untuk menggantikan parti perkauman India lainnya.

Tetapi Mujahid juga tidak menolak kemungkinan ada di kalangan ahli biasa KPP akan menyertai parti itu memandangkan KPP hanya sebuah organisasi yang bernaung di bawah sebuah lajnah dalam PAS.

Namun beliau memberi jaminan KPP tidak akan terjejas memandangkan kepimpinan tertinggi KPP dan aktivis kelab itu masih bersama PAS.

“Saya tiada maklumat, mungkin sebahagian dari ahli kita (KPP) akan menyertai parti itu (Makkal Sakti), itu hak demokrasi ahli, tetapi saya memberi jaminan pimpinan dan aktivis KPP belum dengar lagi ada yang terlibat dengan Makkal Sakti,” katanya lagi.

Beliau juga memberitahu penubuhan parti baru itu juga sedikit sebanyak menimbulkan kekeliruan terhadap ahli kelab tersebut. Bagaimanapun menurut beliau, Pimpinan KPP telahpun memtuskan supaya ahli mereka tidak boleh mempunyai dua keahlian dalam satu masa.

Menurutnya, ahli KPP pada waktu ini hanya diikat berdasarkan ideologi dan keyakinan mereka sendiri terhadap PAS.

Beliau turut mengakui masih belum ada sesuatu yang boleh mengikat ahli kelab ini untuk terus bersama PAS selain daripada menyegerakan penyerapan KPP sebagai sayap PAS berbanding hanya berada dibawah lajnah pada masa ini.

Difahamkan jawatankuasa teknikal yang ditugaskan berhubung perkara ini telah selesai menyiapkan draf mereka dan akan dibentangkan dalam masa terdekat.

“Kita kena segerakan KPP menjadi satu struktur berpelembagaan dalam PAS, diiktiraf dan ada keahlian. Ini akan memberi lebih keterikatan dan kawalan kepada ahli,” katanya.

10 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib melancarkan parti baru itu dan besedia memberi RM30 juta bagi mengembangkan parti itu.

Bagaimanapun Najib menafikan penubuhan Makkal Sakti itu bagi menggantikan MIC.

KUANTAN, 20 Okt: Kerajaan Umno BN mesti melaksanakan peruntukan-peruntukan perlembagaan dalam semangat federalisma yang betul sebelum berkira-kira mahu mewujudkan perpaduan nasional.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya berpendapat perpaduan nasional tidak dapat direalisasikan hanya dengan melaungkan slogan 1 Malaysia, sedangkan realitiunya masih banyak tindakan yang bersifat ‘double standard’.

“Bila menyebut soal perpaduan ia mestilah dalam konteks yang menyeluruh bukan bersifat perpaduan nasional untuk Barisan Nasional sahaja, tetapi mestilah diasaskan kepentingan rakyat dan negara keseluruhan,” katanya.

Beliau juga memberitahu perpaduan tidak boleh wujud atas asas perkauman yang sempit sebagaimana yang diamalkana oleh parti-parti perkauman dalam BN.

“Bila bercakap soal perpaduan bukan dilihat pada ucapannya sahaja tetapi perlu dibuktikan pada kesungguhan dalam amalan.

“Masih banyak amalan yang dilakukan pemerintah Umno BN yang tidak menunjukkan mereka bersungguh-sungguh mewujudkan perpaduan,” katanya.

Mengulas kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mahu orang ramai membantu membincangkan soal perpaduan, Tuan Ibrahim menegaskan BN perlu membebaskan dahulu sekatan kepada kerajaan Pakatan Rakyat sebelum menyeru rakyat berbuat demikian.

“Kita lihat bagaimana penyaluaran bantuan dan peruntukan kerajaan persekutuan tidak dibuat berasaskan semangat federalisma. Mereka salurkan peruntukan yang sepatutnya diberi kepada kerajaan negeri kepada pegawai persekutuan. Ini yang berlaku di Kelantan dan dilain-lain negeri sejak sekian lama.

Beberapa tindakan kerajaan pusat yang didakwa ‘double standard’ masih berlaku dan amalan itu katanya adalah pengganggu utama hasarat mewujudkan perpaduan nasional.

“Kita mahu semua pihak menghormati satu sama lain. Pemerintah menghormati keputusan rakyat memilih kerajaan mereka.

“Begitu juga dalam aspek pentadbiran, hentikan sekatan yang amat tidak bermoral seperti yang pernah dilakukan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Noh Omar, Julai lalu yang melarang sebarang kerjasama oleh kakitangan di bawah kementeriannya dengan kerajaan negeri diperintah Pakatan Rakyat,” katanya.

Kiriman-Kiriman Sebelumnya »

kategori